The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Sunday, May 30, 2010

..Hanya Dengan 4 Ayat..

Surah Al-Ikhlas merupakan antara surah yang penting didalam Al-Quran. Surah Makiyyah ini berkisar tentang tauhid dan aqidatussalimah yang menjadi pancang utama sahabat terawal iaitu golongan assabiqunal awwalin.

SURAH AL-IKHLAS

بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2)

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Ayat 1 surah Al-Ikhlas :
” Katakanlah Dia adalah Allah, Maha Esa’ (1)

Ayat 1 merupakan menunjukkan pokok pangkal akidah, puncak dari kepercayaan, dan PengEsaan yang mutlak kepada Allah. Pengakuan atas ke-SatuanNya, keEsaanNya dan ketunggalanNya itulah dinamakan dengan TAUHID.

Ayat 2 Surah Al-Ikhlas :
”Allah itu tempat pergantungan” (2)

Ayat 2 memberi makna segala sesuatu itu Dia yang mencipta,sebab itulah maka segala sesuatu itu kepadaNya lah bergantung. Abu Hurairah mengatakan ,maksud ”as-shamadu” ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapapun.

Ayat 3 Surah Al-Ikhlas :
” Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan”

Mustahil bagi Allah Dia beranak dan diperanakkan, kerana sesuatu makhluq bernyawa yang beranak menginginkan penyambungan keturunan yang berterusan.Jika seseorang itu tiada anak,maka keturunannya akan terputus.Allah SWT langsung tidak berkehendak pada keturunan kerana Dialah yang membuat keturunan makhluk.

Ayat 4 Surah Al-Ikhlas :
” Dan Tiada setara denganNya, seorang pun ”

Sememangnya Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlaq kuasanya,tidak terbahagi,tiada gandingan dan bandingan. Keyakinan tentang sifat kekuasaaan dan nama yang mulia diterjemahkan melalui tauhid asma’ wa sifat. Penegasan ini juga disebut dalam Surah Assyura ayat 11 : Tiada ada seperti zat Allah segala zat,dan tiada ada seperti sifatNya segala sifat. Ianya disyarahkan dalam kitab ” Perisai bagi sekelian mukallaf” karangan Syeikh Abdul Qadir AlMandili. Sememangnya hanya Allah yang sebenarnya Hidup kerana makhluk tidak memberi bekas.Secara syariatnya manusia ada,tetapi secara hakikatnya manusia itu tiada.

Fadhilat Surah Al-Ikhlas

  • Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
  • Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
  • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim
lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul Qurthuby).
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu
terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Berdasarkan kelebihan2 ni, terbukti la Allah sangat2 Pemurah kpd hambaNya.. Hanya kita je yg perlu usaha utk wat kebaikan..kan..Tingkatkan amal kita..Amalkan surah Al-Ikhlas dlm kehidupan seharian..insyaAllah Allah akan merahmati kita semua..aminn..
ok..Assalamualaikum..=)

Saturday, May 29, 2010

..Ketenangan..

Assalamualaikum..
Urmm..syukran ya Rabb..aku lbih tenang skrg ni..dri segala keserabutan otak yg menggila (apakah??)hehe.. Lepas exam ni rasa bosan la plak..nk cita something..Conclusion utk sem 2 di I4P..hehe

Sejak msuk sem 2 ni (skrg dh abis sem pun),aku rasa serabut sgt..mcm2 masalah yg muncul tiba2..Perkara yg xpnah aku jangka akan jd sejak dr sekolah, ttbe singgah sebentar..Sejak dri sekolah,aku blom pernah lagi diuji sebegini.. Ya Allah.. Aku tau ni sume ujian dariMu..Aku redha..Cuma apa yg ku harapkan..Janganlah jauhkan diriku daripadaMu..Tetapkanlah imanku..Lindungilah perasaanku..Jangan sampai aku terleka dengan apa yg berlaku selama ni..aminn..

Ujian Allah ni bukan hanya utk aku..tp utk si dia..Maafkan aku ye..Aku xmintak ujian mcm ni menjengah kita.. Alhamdulillah..dia memahami keadaan aku ni..Aku bersyukur..Setidak-tidaknya, aku masih diberi kekuatan utk hadapi ujian ini..Perkara ni ada kalanya aku rasa menjejaskan persahabatan aku dgn dia..Aku xnk jd cmtu lagi..Susahnye dlm keadaan cm tu..Bila segala yg aku cakap,dengan sapa aku cakap, pandangan aku, pergerakan aku diperhati. Rimas2..Sume dh mula pandang serong..Masa tu,xde bnde lain yg aku mintak dari semua..hanyalah kepercayaan mereka kt aku..2 je..time tu xde keja lain yg aku wat kalo terlalu tertekan..nangis..aku rasa berat sket nk kongsi ngan kwn2 yg laen..ntah la napa..aku juz cita kt dia je apa yg aku rasa..Nasib bek la dia fhm & try to solve our problem in a positive way..

p/s utk si dia: syukran ye awk..sy amat2 menghargai awk for giving me ur support, attention, advices and thanks for trying to make me smile again=).. 1 lg,maaf sbb dh byk nyusahkan awk..maaf sgt2..

Alhamdulillah Ya Allah..skrg ni semua dh beransur ok..Bukanlah 100% lg..tp dlm proses.. Mungkin ujian ni nak mematangkan aku yg cm budak2 ni..(said someone) huhu.. hanya Allah je yg tau betapa hepinye aku skrg ni..Rasa dh tenang..ni lah nikmat ketenangan..

Selain masalah ni, aku risau ngan exam..cuak je bila fikir..Xtau la napa..sem ni aku xconfident lgsung jwb exam compared to last sem..Dengan assignment yg lintang pukang & serabut..Dengan presentation yg ntah pape..Assignment yg byk2 tu sume xwat sungguh2..Cam maen2 pun ada gak..Skrg ni bru rsa nyesal..Tpi dh terlambat..=( Harap2 pointer sem ni dpt bertahan lg..Aku doakan sume kwn2 aku yg lain pun sama gak..Nak tgk diorg hepi..Xnk bila dpt result t,ada yg wat muka seposen..dua posen..lima sen pon ada..eh hiperbola lak describe org..maaf2..hehe..Skrg ni bukan time nk nyesal..Aku sedar yg tu..time doa je..tawakal..utk exam kali ni,aku dh usaha yg termampu..the rest aku pasrah..

Tekad baru utk sem dpan..Sem dpn aku harap aku boleh buang sifat malas aku ni..xnk study last minute..nk kurangkan apa yg sepatutnya xterlebih..xnak tangguh keja..tmbah2 assignment..nak tmbah amalan sunnat..harap2, boleh maintain qiam..the vital nutrition for me in finding my way to get closer to Him..insyaAllah..Aku try nk jd tough sket..bkn bodybuilder, Sazali Samad tu..hehe..aku xnak nangis2 lagi..nak jd tabah..1 more thing, aku nk laksanakan tekad2 yg belum terlaksana lagi.. Pimpinlah aku Ya Allah..Jangan rapuhkan peganganku terhadapMu Ya Azim..aminn..

Aku harap, kwn2 yg laen pun sentiasa ada tekad baru yg boleh membawa kita dekat kpd Pencipta.. Kalo dh yg ada tekad, jgn la xlaksanakan lak ye..Peringatan utk diri sndiri & sahabat2 sekalian.. OK? Urmm..byk lagi masalah2 yg melanda aku sbenarnya bagai tsunami memusnahkan Aceh..(ttbe je)huhu Tp xkan nk cita sume..xlarat nak taip dh.. pape pun tq for reading my post..get to go now..Assalamualaikum..=)

Monday, May 24, 2010

..Cintaku Untuk Siapa?..

Ya Allah..Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimin..Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana..Jika aku jatuh hati, Kau jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku pada jalanMu..
Ya Rabbul Izzati..Jika aku merasa nikmat rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindukan syahid di jalanMu..
Ya Allah..Jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malamMu..
Ya Allah..Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku bertatih & terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah..Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas hingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu..

Sesungguhnya aku hambaMu yang xdapat lari drpd semua godaan di usia remaja. Tp insyaAllah setakat ni aku masih dapat kawal perasaan. Bantulah aku Ya Rabb. Tolonglah aku. Aku masih mengejar cinta milikMu Ya Rasyid. Aku xnk cinta yang aku kejar ini diracuni cinta berlandaskan nafsu. Aku sedar cinta sememangnya indah. Tuntunlah aku ke arah cinta yang Kau redhai Ya Rahim. Xde lain yang mampu aku lakukan selain berserah segalanya kepadaMu..

Indah kan kata2 ni. Kata2 ni petik dalam 1 buku bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'. Buku ni banyak cita psal cinta remaja yang xdikawal. Berdasarkan pengalaman seorang novelis iaitu Fatimah Syarha Mohd Nordin, beliau menceritakan betapa indahnya perkahwinan tanpa didahului dengan percintaan. Agak teruja baca cita pasal beliau ni.. Bkn apa, juz sbb islamik.. 2 je..


Kalau tanya sapa2 pun pasal jodoh, mesti akan cakap nak yang beriman, bertanggungjawab, penyanyang... Tapi nak dpt jdoh yg cmtu, kita kena start dulu perbaiki diri. Dah dicatatkan seungkap nama pasangan hidup kita di Luh Mahfuz. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita. Sekiranya kita berada di jalan yang diredhai, insyaAllah dia pun turut di jalan yang sama.

Sorang sahabat aku penah cakap, "Jangan risau la sapa pun jodoh kita.. Xperlu la nak risau akan kehilangan seseorang.. Kalo betul org tu milik kita, xperlu takut.. Selagi kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.." Walaupun hanya sebaris kata2, cukup utk buat aku insaf. Syukran awak dengan kata-kata ni..Sampai sekarang saya masih pegang kata2 ni..insyaAllah..harap awak pun cmtu jgak..=)

Selalulah tanya diri sendiri, cinta kita setakat ni dah cukup mantap ke kpd Allah kalau kita nak alihkan cinta kita kat makhluk yang Allah ciptakan? Aku penah dengar satu kisah. Xingat la zaman bila. Ada seorang wanita yang xkahwin. Bila ditanya nape, wanita tu cakap, dia xnak cinta dia kt Allah menjadi sedikit lantaran dibahagikan dengan bakal suaminya. Sampai mcm tu sekali dia menjaga cintanya kpd Allah. Kita ni plak cne? Mcm tu jgk ke? Sedar la sblum terlewat. Cinta sesama manusia xkan ke mana kalau xdpt redha Allah.. Harap2 semua sahabat2 dpt mesej yg cuba disampaikan.. Akhir kata, assalamualaikum=)

Sunday, May 16, 2010

..Homesick..

Assalamualaikum..

Post kali ni, xde banyak benda yg nak dikongsi.. Juz nak luahkan perasaan..
Mesti sume orang akan ketawa kalo aku cakap aku homesick..hehe..Mau x nye..Aku kat dok Penang.Study pon kt Penang..Cne bleh homesick..huhu..Tapi ni la hakikatnya apa yang aku rasa sekarang..Walaupun baru 3 minggu xbalik umah, rasa rindu sangat nak balik.. Rindu umah, mama, abah, adik, abang, Kak Midah, baby Aliya & sume2 la..

Actually minggu ni dlm perancangan tu memang nak balik umah.. Tapi lepas cakap kat mama yg next week exam, mama terus xbagi balik.. Ma ckap, "Kamu xpyh balik la..ti kat umah ma dh tau, kamu mesti xstudy.. Keja dok dlm bilik je.." Agak sedih di situ.. Bila fikir balik,pe ma ckap tu ada betulnye..Ma memang dh masak sgt dh ngan habit aku.. Maklumla.. Kalo dlm fmily, aku sorg je anak pmpuan.. The rest laki.. Walaupun sorg je pmpuan,tapi xdela manja sgt..(agaknye ar) hehe..

Bila boring2 je mesti tingat kt umah.. Sekarang ni baru la aku faham perasaan kwn2 yg berbulan-bulan xboleh balik umah.. Cam Husna, Paah, Sal, Su...Ciannye kat diorang..Aku ni sekurang-kurangnya dlm sebulan tu mesti balik umah gak.. Rasanya msuk bulan ni,dh 3 bulan diorang xbalik umah.. Kalo aku kt tempat diorang,mesti tiap2 malam nangis..hukhuk.. Sebab tu la aku rasa bersyukur sangat2 dapat belajar kat tmpat yg dekat ngan umah..xksah la org nak ckp xberkembang ke..anak manja ke..asalkan dpt jumpa famili selalu..2 yg penting..=)

Sebelum masuk maktab, aku kat Matrik Melaka.. Aku sempat belajar kat sana 3 bulan je..Tapi rasa susah sangat.. Xboleh nak catch-up..Tapi result UPS aku xde la teruk sangat.Sbb mind set dah xnk sambung kt sana..Jauh tu Melaka ngan Penang..Maybe gak aku xbiasa ngan condition study yang rush..Bayangkan dlm seminggu 2-3 topik nak kena abiskan..Setiap topik tu plak ada anak2 dia lgi..Sape yg penah rasa hidup kat matrik tau la rasa cne..Nasib la ada Aisyah.. Aisyah ni ex-Kisasian..Kat matrik,dia kwn baek aku..Rasa bersyukur sangat dapat kenal Sya.Ada hkmah sebenarnya Allah temukan aku ngan dia..Walaupun baru kenal, rsa ukhwah kami erat sgt..hanya orang yg alami je yg bleh explain perasaan tu..Ingat lagi, tido sekatil..mkn sepinggan..belajar sama2..kelas pun sekali..Time aku homesick, dia selalu tenangkan aku.. Dia penah ckap, "Pape yg kita buat, mintalah kt Allah,Sbb Dia tahu segalanya..Even time kita sedih, ngadulah kt Allah..sbb Dia Maha Mendengar..Allah suka dengar rintihan kita..Rajin2 la bangun qiam..InsyaAllah kita akan tenang.." Kalo nk cita psal Sya ni,banyak sangat yg aku belajar ngan dia.Dia sangat tabah & rajin wat solat tahajjud.. Beruntung parents Sya..

Sya..syukran kasiran..uhibbuki fillah..=) Rasa sedih sangat tinggalkan Sya kt matrik waktu tu.. Xsampai ati masa tgk Sya nangis2 xnak aku keluar dri matrik..Sya, Mai harap Sya berjaya fiddunya wal akhirah xkisah la sejauh manapun jarak kita..InsyaAllah..

Berbalik kpd cita homesick ni, sebenarnye aku nak ckap, kita kenalah bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan kpd kita. Walaupun aku homesick, tapi bila fikir kwn2 yg dok jauh & xboleh balik, diorang sepatutnye lagi homesick drpd aku..Kalo kita rasa kita ni dah diuji dengan ujian yg berat, try fikir orang yg terima ujian lebih berat drpd kita. Adakah mereka akan mengeluh mcm kita?? Contohnya orang yg xde makanan..Kita kt Malaysia ni dh kira beruntung byk sbb xde perang, xde bncana alam,makanan melimpah-ruah.. Tapi kita selalu je nak komen tentang nikmat yang Allah dh bagi..Muhasabah diri selalu..Jangan sampai kita tergolong sebagai hamba Allah yg xbersyukur..na'uzubillah..

Rasanya setakat ni dulu yang mampu aku taip..Nak g sambng study..Exam dah dekat.. Semoga apa yg diceritakan menjadi pengajaran buat semua..InsyaAllah..Assalamualaikum..=)

Thursday, May 13, 2010

..Nasihat Yang Berguna..

Assalamualaikum..
Untuk hari ni, xtau la apa yang aku rasa sebenarnye.. Sedih + terharu + hina..
Nak tau, arini salah seorang rakan kelasku memberi teguran yang sangat menusuk kalbu.. Actually teguran ni bukan ditujukan khas untuk aku je.. Untuk sume dak2 kelas yang seramai 19 (kecuali Nabil).. Aku rasa terharu sebab masih ada lagi Muslimin yang berani menegur kawan2 beliau & Muslimat secara terbuka.. Jarang sekali nak jumpa Muslimin cam Aizuddin.. Aku respect sangat ngan beliau.. Dah2.. point kat sini bukan nak cita pasal Aizuddin.. terlebih lak..huhu..sambung2..

Tadi masa kat kelas, tetiba je Aizuddin bersuara.. Dengan niat yang baik, beliau menegur pergaulan antara kami semua.. Muslimin dengan Muslimin.. Muslimat Align Centerdengan Muslimat.. & pergaulan antara Muslimin dengan Muslimat..yang ni penting ni..

Sebenarnya, dah lama aku detect cara pergaulan dak2 kelas aku yang boleh dikatakan agak over di situ.. Aku pun termasuk skali la.. Teringat plak kata2 ustazah masa kt Irsyad dulu.alaupun seseorang tu ada ilmu tentang batas2 pergaulan antara Muslimin dan Muslimat, xsemestinya dia akan sentiasa menjaga batas2 pergaulan yang telah ditetapkan dalam Islam. Kalau boleh, aku xnak jadi manusia yang hanya mampu berbicara, tetapi tidak pernah mengamalkannya.Sebab orang yang tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki lebih buruk dari orang bodoh. Ia mendapat murka Allah di dunia dan mendapat siksaan dari-Nya di akhirat. Bahkan, ia akan mendapat siksa yang berat dan termasuk orang yang pertama kali merasakan azab neraka. Nauzibillah.. Moga2 kita xtermasuk dalam kalangan manusia yang rugi di dunia & akhirat.. InsyaAllah..

Berbalik kepada cita dak2 kelas aku tu.. Aku insaf bila dengar kata2 Din. Sesungguhnya dengan merobohkan benteng2 pergaulan antara Muslimin dan Muslimat, mudah la bagi syaitan memasukkan jarum2nya untuk melemahkan anak Adam.. Rasa berdosa..=( Mama, Mai mintak maaf sgt2 sebab dah lalai pesan ma..xmenjaga batas pergaulan..Mai dah kianati kepercayaan ma.. Kepada Din, syukran kerana telah menyedarkan insan yang leka dan sentiasa hanyut dibuai godaan dunia ini..

Imam Thabrani meriwayatkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tidak ada ibadah kepada Allah yang lebih utama dari kefahaman agama. Sesungguhnya seorang yang mendalam ilmu agamanya (fakih) lebih susah untuk diperdayakan syaitan berbanding seribu orang ahli ibadah..."

Tapi napa masih ramai antara kita yang sukar menjaga syariat pergaulan antara sesama rakan?? Termasuklah insan yang hina ini.. Ya Allah..janganlah jadikan ujian ini istidraj kepada aku dan rakan2 yang lain jauh daripada jalanMu.. Kepada Engkau kami memohon Ya Allah.. Betapa hinanya diri aku jika nak dibandingkan dengan orang lain. Rasa kerdil sangat2. Moga2 kita sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan diri agar tidak berterusan dibelenggu dosa.

Tadi Din ada gak cakap pasal cara2 untuk mendapatkan Mahabbah Allah dan Rasulullah s.a.w. MENUNAIKAN YANG FARDU & MEMPERBANYAKKAN AMALAN SUNNAT. Dua amalan ini cukup untuk kita mendapatkan MahabbahNya. Ini tidak bermakna sekiranya kita xmelakukan amalan sunnat,kita tidak dikasihiNya. Sesungguhnya kita sedia maklum kasih sayang Allah kepada hambaNya tiada penghujung. Cuma kita saja yang selalu hanyut dengan dunia kita sendiri tanpa memikirkan Pencipta.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)

Antara perkara sunnat yang selalu dilakukan Rasulullah:

1) Siti Aisyah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW : “Ya Rasulullah !. Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk surga tanpa hisab ?”. Beliau menjawab : “Ada. Yaitu orang yang mengingat dosanya lalu dia menangis”. Karena itu Umul Mukminin itu pernah berkata : “Beruntunglah orang yang mendapati istigfar yang banyak dalam catatan amalnya”.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membanyakkan istighfar nescaya dijadikan Allah baginya kelapangan dari tiap-tiap kesusahan dan jalan keluar dari tia-tiap kesempitan dan dianugerahkan rezeki dari jalan yang tidak diduganya ” ( HR. Abu Daud, An Nasai, Ibnu Majah dan Al Hakim)

2)Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa)

Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.
Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:

"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang soleh, mendekatkan kamu kepada Tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat." (Hr Hakim)

Sebab apa kita tidak mampu bangun untuk solat malam?

Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tidur malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:

"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua-dua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:

"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullail; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang
kamu lakukan."

3)عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Maksud: Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

Telah berpuasa Rasulullah s.a.w. sehingga kami mengatakan bahawa beliau tidak pernah berbuka, dan beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa. Kemudian aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.

Ibadat puasa juga secara tidak langsung dapat menyihatkan badan dan mendapat ganjaran pahala yang xterhitung di sisiNya.

Setakat ini dulu bingkisan yang ingin aku kongsi dengan kalian semua.
Semoga perkongsian kali ini akan membawa kita dekat dengan Mahabbah Allah yang x ternilai harganya dan x mampu diucap dengan kata2.. Sama2lah kita bermuhasabah diri serta memperbanyakkan amalan sunnat di samping amalan fardu yang wajib kita kerjakan dalam kehidupan kita seharian sebagai seorang hambaNya..InsyaAllah..

Bantulah Aku Ya Allah..

Bismilahirrahmanirrahim..

Exam datang lagi untuk sem ni.. Setelah mcm2 yang dilalui selama lebih kurang 5 bulan dlm tahun 2010 ni, tibalah saat penentuannya. Frankly, aku belum sedia lagi nak ambik exam. Sekarang ni pun belum habis lagi revise. Ada lagi yang perlu aku study. Nak kongsi something. Dua hari lepas mama ada bagi aku satu buku. Sekarang baru abis baca. Orang time exam baca buku yang nak masuk exam, aku plak dok menelaah buku motivasi.hehe.. Bukan apa, juz nak dapatkan semangat nak study. Tajuk buku tu, 'Peperangan Sebagai Seorang Remaja Islam'. Sangat menarik.. Apa yang terkandung dalam buku tu......

Sesungguhnya, Imam Al-Ghazali menjelaskan, ada tiga perkara yang apabila diberikan kepada pemuda, sesungguhnya ia sudah memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat iaitu hati yang sentiasa bersyukur, lidahnya sentiasa berzikir dan dirinya sentiasa bersabar menghadapi ujian.

Peperiksaan sebenarnya bukan hanya ujian untuk menentukan tahap pemahaman seseorang pelajar. Bahkan merupakan ujian daripada Allah. Tujuannya adalah supaya kita bersabar dan terus memohon pertolongan daripadaNya. Kita selalu merungut akan sesuatu ujian yang menimpa kita. Siapalah kita untuk mempertikaikan apa yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.

Bila baca kat part ni, tetiba rasa tersentuh dan hina sangat di sisiNya. Selama ni aku selalu gak merungut bila hadapi saat2 yang sukar. Selalu je xsabar walaupun pada hakikatnya aku tau ujian tu sume ada hikmahnya. Sebab Allah sayangkan hambaNya. Nak nangis..=( xpe2..kita sambung lagi.......


Matlamat sebuah kehidupan bagi manusia kepada Penciptanya..

Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Dalam solat kita berulang-ulang kali membacakan ayat ini. Tapi tahukah apa yang terkandung dalam ayat ini?? Sekiranya inginkan solat yang khusyuk, hafallah maksud ayat ini. Ayat ini merupakan janji kita dengan Allah.. 'Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam'. Seharusnya setiap perkara yang kita lakukan hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas semata2 mencari redhaNya. Apa kaitannya dengan peperiksaan?? Sama seperti exam. Tujuan kita mencari ilmu adalah untuk mendekatkan diri denganNya. Jika kita mengulangkaji dengan ikhlas kerana Allah, insyaAllah ilmu akan mudah diterima. Jangan belajar semata2 untuk menghadapi peperiksaan. Betulkan niat kita yang sebenar. Adakah usaha kita dalam mencari ilmu Allah selama ini hanya untuk menjawab peperiksaan?? Sedangkan Allah menggalakkan hambaNya menjadi orang yang berilmu..


Selain ulangkaji, kita juga perlu bertawakal kepada Allah. Hanya Dialah yang berhak menentukan segalanya di atas muka bumi ini. Cakap pasal tawakal ni teringat pulak kat tokoh pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Mohd Kamal. Pernah dengar cerita pasal Nik Madihah yang memperoleh 20A dalam SPM? Tentang rahsia kejayaannya?? Kepada pelajar, xkira la sekolah menengah, pelajar universiti.. Sama2 la kita ambil teladan daripada kisah Nik Madihah ni..

Solat tengah malam, menghafal al-Quran, amalan puasa sunat Isnin dan Khamis, membanyakkan ibadah sunat, menjauhkan diri daripada riak, menggabungkan sistem pendidikan duniawi dan ukhrawi serta reda dengan ujian Allah, itulah rahsia kejayaannya. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, bukanlah halangannya untuk berjaya. Hal ini telah membuktikan Allah itu Maha Adil. Dia memberi kepada sesiapa yang meminta tanpa mengira keadaan hambaNya.

"Saya cuma manusia biasa yang sama dengan adik-adik, tiada apa keistimewaan pun pada diri saya tetapi untuk berjaya dalam hidup saya berpegang pada prinsip jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia."

Maksud jaga hubungan dengan Allah adalah menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, sebagai hamba kita wajib menunaikan solat 5 waktu dan menunaikan segala perintah Allah Taala, jelasnya.

Pelajar cemerlang negara itu turut mengingatkan adik-adik bahawa segala apa yang kita ada adalah merupakan nikmat daripada Allah taala yang dikurniakan kepada kita termasuklah nyawa dan harta benda. Oleh itu katanya, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan kerana Allah berhak mengambil semula pada bila-bila masa jika kita ingkar pada perintahNya.

Dari segi menjaga hubungan dengan manusia, kita hendaklah taat kepada kedua ibubapa yang bekerja siang malam mencari nafkah membesarkan kita, guru-guru yang sentiasa memberi ilmu dan tunjuk ajar serta kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.

"Jika kita mahu berjaya, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan manusia sekeliling kita," ujar beliau lagi.

Semoga apa yang dikongsi kali ini akan menjadikan kita seorang yang tabah menerima dugaan Allah seterusnya sentiasa berusaha menimba ilmu Allah yang tiada penghujungnya ini.Kepada semua calon2 yang akan menduduki peperiksaan, selamat berjaya!! Usaha, doa dan tawakal...insyaAllah, anda akan memperoleh kejayaan dunia dan di akhirat..=)

Wednesday, May 12, 2010

Betapa Mulianya Seorang Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan dalam Islam. Antaranya:

1) "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

2) "Orang yang paling baik antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik antara kamu kepada isi rumahku." Demikianlah hadis Nabi yang menyatakan tentang kelebihan berbuat baik kepada golongan yang bergelar wanita, terutamanya kepada kaum kerabat sendiri. Tidakkah berasa bertuah bergelar wanita dalam Islam? Kehidupannya tidak akan dibiarkan keseorangan tanpa kasih sayang bagi mereka yang memahami keistimewaan wanita. Bukan hanya digelar kaum yang lemah dan sentiasa ditindas.

3) "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

4) "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

5) "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Oleh itu, sebagai renungan bersama, hargailah insan yang bergelar wanita sama ada ibu,kakak, adik atau saudara seIslam kita kerana pada mereka terdapat pahala yang menanti. Janganlah hanya memandang kekurangan seorang wanita, sebaliknya pandanglah kelebihan dan keimanan seseorang wanita sebagai hiasan dunia ini.

Tuesday, May 11, 2010

Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Rabb..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum...

1st skali, syukur kepada Allah sebab masih lagi memberi nikmat yang amat berharga buat kita semua.. Nikmat masa, kesempatan untuk mencari redhaNya..Nikmat kesihatan, untuk berusaha memperbanyakkan amalan kepadaNya..Nikmat akal, merenung apa yang telah dan bakal kita lalui sebagai hambaNya..Nikmat2 yang dikurniakan ni kita xsedar.. Kita hanya akan sedar jika nikmat2 tersebut ditarik.. Insaflah..Xde kuasa yang mampu membantu kita selain kuasa Allah Taala..

2nd, Syukur sangat2 sebab dah berjaya update blog ni.. Dah lama 3 bulan blog ni wujud.. Cuma ak xde masa nk update + xreti..haha..tq sgt2 kat Husna..
my sifu dlam proses mengedit blog ni...Sebenarnya..dah lama teringin nak buat blog..Actually dari aku form5..Time tu agak bz sket..Mama xkasi aku mengadap komputer tiap2 hari.. Pernah jugak aku merajuk ngan ma
sebab ma xkasi aku wat apa yang ak nak..hehe.. Tapi sekarang baru aku sedar
apa yang ma dah buat untuk aku tu bukan sebab nak halang kemahuan aku..
Tu la kan.. Ibu.. Apa yang dia buat semuanya sebab nak yang terbaik untuk anak-anaknya..

Sebab utama napa aku teringin sangat nak wat blog?? Ada gak kwn2 aku tya..Sebabnye,
ada satu hari aku terbaca satu blog yang sangat islamik.. Penuh ngan nasihat, hadis,
ditujukan khas buat hamba Allah yang bergelar Muslimah.. Banyak pengisian kat
dlm blog tu..Antaranya, keistimewaan wanita di sisi Murabbi.. Tajuk post tu 'Wanita, Penyeri Dunia'.. Masa baca post tu, rasa sebak sangat.. Sebab selama ni aku xpenah nak bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslimah..Nak tau, sebab terbaca blog tu jugak la aku bertekad nak mengubah diri.. Alhamdulillah.. sekarang tekadku berhasil sampai hari ni..insyaAllah untuk hari2 seterusnya..

Kalau diikutkan, banyak sangat2 benda yang nak dikongsi.. Kalau ada masa insyaAllah,
aku akan post benda baru yang mungkin boleh mendekatkan kita dengan Sang Pencipta..Kalau boleh aku teringin nak sape2 yang terbaca pape kt blog ni dapat ambik pengajaran dan berusaha mengubah diri ke arah yang diredhai..=)