The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Tuesday, May 17, 2011

..Put A Distance From Me, Pleaseee..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..Bingkisan ini hanya sebagai ingatan buat kebaikan kalian dan untuk diri ana juga..

Jauhilah ana...sebab ana tidak mampu menjaga diri sebaik mungkin apabila didekati ajnabi..Ana tidak pasti akan dapat menjaga hati ini daripada hasutan syaitan..hasutan yang sentiasa membawa ke arah kehancuran..

Jauhilah ana...sebab ana tidak sanggup diazab di akhirat kelak..ana tidak mampu menanggung azab itu walaupun sedikit..disebabkan hati ana dikotori dengan perasaan cinta yang bukan kerana Allah..

Jauhilah ana...Sebab ana tidak mahu ada yang mendapat dosa lantaran fitnah.. daripada mata yang memerhati, lidah yang mencerca kerana kesalahan yang ana lakukan..kerana ana didekati lelaki ajnabi walaupun niatnya hanya ingin berkawan..kasihanilah mereka..

Jauhilah ana...sebab ana malu setiap anggota tubuh ini akan menyuarakan kemaksiatan yang telah ana lakukan..ana malu dosa itu ditayangkan kembali di hadapan seluruh isi alam..masyaAllah..

Jauhilah ana...sebab ana tidak kuat dalam bermujahadah kepada Allah..ana hanya inginkan cinta daripadaNya..ana inginkan ikhlaskan niat semata-mata keranaNya..bantulah ana dengan menjauhi diri ini..

Jauhilah ana...sebab ana tidak mahu hati ini diserang rindu kepada yang haram bagi ana..ketahuilah, hati muslimat itu sangat lembut, mudah tersentuh oleh keprihatinan dan kasih sayang yang diberikan..ana hanya harapkan kasih sayang itu daripada Allah dan lahir daripada ikatan yang suci..

Jauhilah ana...sebab iman ana tidak seteguh Khadijah..iman ana tidak secantik Zulaikha..malah tidak setanding Rabiatul Adawiyah..ana tidak mahu iman yang nipis itu dicarik-carik lagi oleh nafsu liar yang meronta-ronta..

Jauhilah ana...sebab ini mungkin ujian daripada Allah untuk kita..bagaimana sekiranya ujian sebegini pun tidak mampu ana tepis..ana tidak kuat..bantulah ana..

Kadang-kadang, tanpa disedari setiap perbuatan yang membuatkan kita selesa itu merupakan ujian daripada Allah..dalam keselesaan itu, terselit kemurkaan Allah jika kita tidak segera menjauhinya..Diri ini tidak kebal dengan ujian..belum cukup ampuh untuk digugat dengan segala perkara batil..kadang-kadang tumpas sebelum berjuang..

Dalam jalan ini mardhatillah yang dikejar..biarlah syariat menjadi kepala..bukan nafsu yang menjadi pengemudinya..tiada kemanisan sekiranya tiada pengorbanan..biarlah tarbiyah mengajar..agar peribadi yang dibina sentiasa mekar di jalan Allah..

Ingatan tulus ikhlas.. Assalamualaikum..=)

Monday, April 25, 2011

Allah Is Our Aim

Assalamualaikum..=)

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Puji dan syukur hanya kupanjatkan kehadrat Yang Esa..Tiada yang laen selain diriNya..Dialah yang memiliki seluas-luasnya alam yang indah ini..

Perubahan..bukan sesuatu yang mudah dan dipandang remeh..ia memerlukan pengorbanan yang besar..ia memerlukan mujahadah untuk terus kekal istiqamah..Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dikurniakan Allah hidayah untuk berubah..syukur Ya Rabb..

One more thing dalam jihad merubah diri, perkara utama yang menjadi kemestian untuk disemak ialah niat..Adakah berubah semata-mata kerana Allah? Adakah berubah untuk ingin mendapat keredhaanNya? Adakah berubah kerana pujian makhluk?Atau adakah berubah kerana ingin menukar imej diri supaya mendapat perhatian?

Alhamdulillah sekiranya perubahan dalam diri semata-mata kerana Allah s.w.t. Namun, sekiranya selain daripada itu,beristiqfarlah..muhasabahlah diri masing-masing..Sesungguhnya niat itu ada dalam diri setiap manusia..sama seperti ikhlas, tiada yang mampu mengetahuinya selain Allah dan yang empunya diri..jauhilah diri daripada sifat riak dan takabbur..sesungguhnya ia bagaikan klorox yang mampu mengikis pahala kita..(dah la pahala pun kurang, kena kikis lagi..)

Ingatlah..sesungguhnya setiap amalan kita dinilai berdasarkan niat..sebanyak mana pun amalan seseorang hamba Allah, ia tidak akan dinilai bahkan akan dicampak ke muka seperti kain buruk di akhirat jika niatnya bukan kerana Allah..(betulkan sekiranya salah) Oleh itu sama-samalah kita mengikhlaskan semua perbuatan kita semata-mata kerana Allah..Usah risau sekiranya tidak mendapat pengiktirafan semasa makhluk, kerana sebaik-baik pengiktirafan hanyalah daripada Allah yang Maha Agung..

Akhir kalam, jom sama-sama kita upgrade iman, upgrade amalan dan upgrade diri..dan doakan semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang saling ingat mengingati dan terhindar daripada kerugian dunia dan akhirat..hamba yang sentiasa terpelihara imannya, jasadnya serta ruhnya oleh Allah s.w.t..

*Jangan risau jika rupamu tidak menawan..risaulah jika nurani tiada pengisian..jangan risau diri jarang mendapat pujian..risaulah jika akhlak murahan..jangan risau jika dirimu tiada kelebihan.. risaulah jika diri jauh dari Tuhan..

Wallahua'lam..

Sunday, April 17, 2011

Dengarlah Duhai Hati..

Assalamualaikum..=)

Feeling great to see you again my dearest readers..Thanks alot for spending ur precious time reading my entry...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda...



Siapa yang mengakui indahnya bunga?

Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman...

Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan...

Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya...

Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya...

Bukankah ini yang dinamakan iman???


Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya awan petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan tiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun... lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: 'Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.'

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia, jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.

Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki... indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia, melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Hatinya berbisik lagi 'Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku. Tapi... sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai... sedikitnya doaku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih'

Marilah kita bersama-sama berlumba-lumba untuk memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah... Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara...(pesanan buat diri sendiri dan kalian juga)

~Wallahua'lam~

Thursday, April 7, 2011

Saya Saaaaayang Kamu..

Assalamualaikum..=)

Dearest readers..

Huhhh..hembusan nafas dihela panjang..tertib..walaupun diuji dengan kesibukan yang dirasakan begitu menguji, hamdallah masih meniti di bibir..syukur atas kurniaanNya..beruntunglah mereka yg mampu memanfaatkan tiap detik yg ada dengan mengingati Murabbi..


Gambar ketika bersama rakan ber-BIG di Taman Belia, Pulau Pinang tempoh hari kutatap lama.. Kegembiraan yang terukir pada wajah-wajah mereka membuatkan aku tersenyum sendirian..dalam hatiku berbisik, 'Indahnye ukhwah itu, Ya Allah..Moga Kau kekalkannya..insyaAllah'

Aku hanya inginkan yg terbaik buat kalian sume..kwn2 yg lain juga..Tingat pada kata2 seorang sahabiah..ad dinyatakan, kalau kita sayang atau cinta seseorang, berdoalah dia bersama kita di syurga kelak..bukan setakat di dunia sahaja..dunia hanyalah umpama R&R utk kita kembali meneruskan perjalanan seterusnya..

Aku bukan seorang sahabat yg sempurna, yg mampu membuatkan wajah suram kalian bertukar gembira..But, be among all of u, makes me learn something new..bout love..bout frienship..bout happiness..thanks again and again..nothing can change my feeling towards you guys..sbb sayang lah aku tidak sanggup melihat kalian disakiti..dunia mahu pun akhirat kelak..sbb sayang jugak lah aku ingin berjumpa kalian di syurga kelak..

Moga Allah memelihara kalian, wahai sahabat2ku..xkira di mana jua kalian berada..always bear in your mind..tiap apa yg kita lakukan sentiasa berada bawah penguasaan dan penglihatan Allah..

Assalamualaikum =)

Thursday, March 31, 2011

Jangan Buat Saya Jatuh Hati

Pesanan buat dia..

Awak, jangan terlalu rapat dengan saya sebab nanti saya akan jatuh hati dengan awak..Awak tahu, hati perempuan ni mudah tersentuh..

Awak jangan terlalu baik dengan saya, sebab nanti saya akan mula suka pada awak..

Awak, janganlah text saya kalo tak ada apa-apa kepentingan sebab nanti saya akan jadi rindu pada awak..

Awak, jangan buat saya terlalu gembira dengan perhatian yang awak berikan pada saya..Saya tak dapat nak elak daripada menyenanginya..

Saya tahu, walaupun awak layan saya macam tu, awak hanya anggap saya kawan je kan..

Awak, saya nak bgtau perempuan ni hati dia lembut, cepat tersentuh dengan kebaikan atau perhatian yang diberikan..

Bila saya dah start suka kat awak, baru awak cakap awak anggap saya macam kawan je..

Bila saya dah start sayang awak, baru awak cakap kita juz kawan je..

Sekarang saya dah faham kenapa Allah dah letakkan dalam hubungan sesama Muslim & Muslimat..Sebab Allah tak nak saya & wanita2 lain terluka disebabkan wanita hanya punya satu cinta..

Nampak mcm pelik sket kan..tp ini hanyalah sekadar untuk renungan bersama..yang baik dijadikan ikutan..yang salah jadikan batasan..

Diedit semula daripada: http://dirikudrcinta.blogspot.com/

Tuesday, March 29, 2011

..Sanah Helwah Ya Akhi..

Assalamualaikum..=)

Alhamdulillah..telah 20 tahun mengembara di atas bumi Allah ini..telah 20 tahun jua kau menikmati anugerah Allah..nikmat kesihatan..nikmat udara..nikmat kesenangan..nikmat kelapangan..nikmat ujian..etc..xtercatat segala nikmat yang telah kau perolehi..

Bermacam2 dugaan yang telah ditempuhi bernafas dalam jasad bergelar hamba kepada Sang Pemilik Nyawa..Segala keperitan kau alami..segala cercaan kau hadapi dengan tenang..segala ujian kau kebalkan diri, terima dengan redha..u're struggling to be better..I love the spirit..teruskan..moga Allah permudahkan segalanya..

Kau yang ku anggap sahabat, teman, kawan..dirimu kuhormati..yang merupakan bakal pemimpin, bakal pembawa perubahan kelak,bakal pencorak masa depan generasi cilik, pembela agama Allah, bakal menjadi pewaris para Nabi..insyaAllah..

Syukran wahai sahabat..byk perkara telah aku pelajari daripadamu..byk ilmu yang telah kau kongsikan..aku amat berterima kasih Ya Rabb..di persimpangan kehidupan ini, kau telah temukan diriku dengan hambaMu yg soleh..satu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan serangkai kata-kata..

Tiada harta mampu ku berikan..tiada kata2 manis mampu kuuntaikan..tiada ucapan indah mampu kutitipkan..cukuplah sekadar doa buatmu tiap kali usai solat..Moga dengan doa itu, Allah akan memelihara perjalanan kehidupanmu..memberkati segala usaha sucimu..memandangmu dengan pandangan rahmatNya..


Doaku buatmu teman..Selamat hari lahir..Moga dipermudahkan segala urusan dunia & akhiratmu..moga sentiasa dilingkari kenikmatan yang membuatkan kau tahu apa erti syukur..moga sentiasa dipagari dengan cahaya keimanan agar kau tahu nikmat iman & Islam..kuberharap dirimu kebal menghadapi ujian Allah..tegar menafikan kebatilan..jangan kaurebah sebelum berjuang..jangan kau kalah dalam menegakkan agama Allah yg satu..jangan kau hanyut dengan nikmat dunia yang bisa melalaikanmu..nikmat dunia yang bisa menindasmu..bisa memusnahkan imanmu..sebaliknya, walaupun hanya secebis iman yang tidak kau sia-siakan, insyaAllah..dirimu akan selamat..jasadmu akan terpelihara..imanmu akan bertambah subur..amin..insyaAllah..

Akhir kalam, maaf andai aku telah melakukan dosa terhadapmu sepanjang perjalanan kehidupan ini..hanya ucapan maaf yang mampu kuhulurkan =)

Sunday, March 27, 2011

Dia Menjadi Pilihan..

Assalamualaikum..=)

My spirit was back when I was watching Pertandingan Akhir Akademi Al-Quran Musim Ke-5 last night which was held at the Putrajaya International Convention Centre (PICC).. Deep in my heart, I always pray to Allah..Ask Him to give me a chance to be like them..to learn what they had learned..Allah willing..

Let me introduce to all of you the finale of Akademi Al-Quran 5

There were the great participants who had performed last night:

1) Mohamad Husaini Mahmur, 19 years old, from Negeri Sembilan

At a young age, he was able to master one part of knowledge of Al-Quran..subhanallah..feels ashamed of him..hukhuk..


2) Mohd Syahriansyah Apin, 25 years old, Sabah


3) Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21 years old, Selangor


4) Suhailah Zulkifly, 22 years old, from Melaka

She was the only single female participant in the competition..I like..=)

Let us recall the contestants that have been successful in Akademi Al-Quran
There were...

Anuar Hasin (juara AQ1)
Abdullah Fahmi Che Nor (juara AQ2)
Fakhrul Radzi Khamaruddin (juara AQ3)
Ahmad Tirmizi Ali (juara AQ4)

And the latest one..

Mohd Syahriansyah Apin (juara AQ5)

I hope more such programs will be displayed instead of Akademi Fantasia, Mentor and etc..Nothing more to say..I'm excited rite now..May Allah bless me and u to guys..=)

Thursday, March 17, 2011

..Keluhan Subuh..

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain,
aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan,
tanda rindu serta kasih sayang.
Kutanya khabar
Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.?
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu,
"... aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi,
tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu
Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh
rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.

Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud,
puas kucari dibumi lain,
tapi jarang kujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.
Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail,
jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.
Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit,
serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh,
yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau
Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut.
Aku terkejut.
Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.
Dan aku berdetik didalam hati,
adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi
kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi,
dan kusuakan manisan
yang dipintanya.

Selesai menjamah kesemuanya,
Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku,
"... mahukah kau tinggal selamanya denganku?
Aku memerlukan teman dalam kesunyian.
Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",..
seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,
"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,
"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah.
Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.

Tuesday, March 15, 2011

..Indahnye Teguran Allah..

Assalamualaikum..dear readers..=)

Subhanallah..alhamdulillah..lailahaillallah..Allahu akhbar..tenang rasanya sekembali daku ke kampung halaman..meniti hari2 cuti..insyaAllah..berjuang di muka bumi Allah sebelum berangkat ke alam yg seterusnya..nyaman menghirup udara segar..pancainderaku seakan-akan terpaku pabila menyaksikan keindahan bumi Allah tika mentari di ufuk Barat tersergam indah..tiada taranya..

'Subhanallah' bisik hatiku..

Tiba-tiba....

'Ha tu dok buat apa lagi??dah azan maghrib dah nu..g smbayang..xabis2 termenung..' tersentak daku dengan suara itu..lembut tp pnuh dengan ketegasan..

'Erkk..ok ma..jap la..nak rehat jap..kejap je..' balasku..

'Camni ke nak jawab dengan Allah nnti kalo disoal knapa sembahyang lambat, xkan nak jawab sbb nak berehat kejap?' tersentak lagi..mendalam maknanya..

'Yela..ok2..anakmu menurut perintah..jgn marah ek..t muka kedut' Pura2 cool..tp dlm hati bgai direnjat elektrik..

Usai solat maghrib, terfikir balik apa yg ma ckp td..fikiranku melayang sendirian..mmg betul..sepatutnya dahulukan solat..bukan yg lain daripadanya..hmm..ada kala, manusia mengerti salahnya di mana..namun diri tak punya usaha untuk mengubahnya..

Wahai makhluk Allah yg diciptakan dengan akal fikiran..berfikirlah kalian (termasuk diri ini)..tiada apa yg lebih penting daripada suruhan dan larangan Allah..Sudah bersediakah kalian menuju kematian sedangkan ibadah wajib selalu sahaja dilalaikan? Solat..mmg solat..cukup 5 waktunya..siap ngan ibadah sunnat..alhamdulillah..amat bagus..tp cuba fikir balik..adakah solat kita berkualiti?adakah ianya dilaksanakan di awal waktu?

Ya..mmg betul jika ada yg menyangkal apa yg kukatakan ini..kualiti solat diukur dengan kusyuknya seseorang itu dalam melaksanakan solatnya..tp bila dilaksanakan juga penting bukan?utk mendapatkan solat yg kusyuk amat sukar..tp masih boleh diusahakan..utk solat diawal waktu, mudah kan..itu semua bergantung atas kehendak masing2..

Ku untaikan pengalamanku sebagai pengajaran buat diriku dan kalian juga..Yg baik, ambillah sebagai pedoman..yg salah harap dibetulkan..diri ini juga masih berusaha melakukan apa yg dikata..Sungguh, aku tak mahu menjadi manusia yg hanya mampu berhujah, tp tidak dizahirkan apa yg dihujahkan..Mudah-mudahan kita semua mendapat redha Allah..keberkatan daripadaNya..insyaAllah..=)

Ok..last but not least,jaga diri..jaga iman..insyaAllah, Allah bersama dengan kita..wasalam..

Monday, February 21, 2011

Solehah ke Aku?

Solehahkah aku??
Andai solat yang 5 juga masih lagi tidak kukuh,
Masih lagi tidak tepat pada waktunya,
Liat untuk berjemaah pula...

Solehahkah aku??
Andai al-Quran masih lagi jarang dihadam,
Lebih banyak menghadap Facebook berbanding al-Quran,
Majalah yang sia-sia masih jadi tatapan saat kebosanan...

Solehahkah aku??
Andai mulut ini masih lagi tidak berzikir padaNya,
Lebih banyak mengumpat dan mencaci orang disekeliling,
Berbicara tanpa adab sopan..

Solehahkah aku??
Andai auratku masih lagi dipamerkan pada mereka yang tidak berhak,
Menjadi tatapan pada lelaki ajnabi,
Mengikut fesyen barat yang kian hilang muslimahnya...

Solehahkah aku??
Andai membiarkan umat Islam yang lain hidup dalam kesengsaraan,
Malah jarang sekali mengambil tahu issu ummah,
Hanya sibuk mengejar keperluan sendiri...

Solehahkah aku??
Andai tidak sabar dalam menghadapi mehnah,
Banyak pula merungut dengan takdir Allah,
Merasakan bahawa Allah tidak kasihan padaku...

Solehahkah aku??
Andai diri ini tidak taat pada orang-orang tuaku,
Menanyakan khabar mereka apatah lagi tika berjauhan,
Sibuk melayan kekasih hati hingga kredit kehabisan...

Solehahkah aku??
Andai tugas untuk membela agama malas untuk melaksanakannya,
Tetapi boleh sahaja menontong wayang dan berhibur tanpa batas,
Mengikut kawan menuju kebinasaan,meninggalkan jemaah da'wah terkapai-kapai...

Solehahkah aku??
Andai hati tidak tertaut dengan majlis ilmu,
Mendabik dada dengan ilmu yang cetek dan sesat,
Bukankah majlis ilmu merupakan taman-taman syurga di dunia...


Renung2kan wahai sahabat sekalian..=)

Friday, February 18, 2011

Ter'overacting'

Assalamualaikum dear readers..=)

Terkedu sejenak bila soalan itu diajukan..Benakku bermonolog sendirian..Kagum..Pada usia yg begitu muda, insan itu mampu berfikiran matang..Memikirkan masalah-masalah yang melanda umat Islam kini..Kulihat dia termenung..sedang berfikir barangkali..Apa yg bermain di fikirannya, Allahu'alam..

'Akak, susah kan kalo pakai tudung labuh tapi attitude masih x brapa nak ok..akak xrasa cmtu?' Masih terngiang-ngiang luahan pandangannya itu..syukran wahai adikku..Pertanyaanmu menyedarkanku..Pertanyaanmu juga membuatkan air mataku mau mengalir deras..tapi kugagahkan diri menjadi setenang mungkin di hadapanmu..

'Dah pkai tudung comel dah..akhlak pun kena jaga la..,' jawabku ringkas sambil ketawa kecil (ketawa yg xikhlas)..Riak wajah adik itu menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan jawapan ringkasku..Perasaan malu dengannya kian menebal..terasa tiap tutur katanya bagaikan dikiaskan kpdku..

Ada juga kebenaran dlm butir bicara ukhti tersebut..Cuma jarang pula aku memikirkannya.. Hinanya diri ini dlm kalangan hamba-hambaMu yg lain..Kadang2 terasa insan fakir yg meminta-minta di jalanan lebih mulia daripada diriku..

Aku suka memerhati setiap perlakuan manusia..terutamanya di tempat umum..di shopping kompleks time keluar ngan ma or kwn2 yg lain..kt bus stop..dan kenalan2..byk perkara yg kupelajari daripada mereka..byk perubahan dh berlaku..ada yg positif..alhamdulillah..ada yg hmmm...tp xpe..insyaAllah sumenye masih dlm proses mengenali diri @ cuba mencari identiti sebenar..Moga identiti yg diketemu mendapat redha Allah..=)

Selama ni tanpa kusedari, byk perkara yg sudah melebihi batasan kulakukan.. dr segi ikhtilat..perlakuan sbg seorang Muslimah..aku leka..aku alpa..aku lemah menandingi nafsuku sendiri..Adakah aku telah mencalar imej Islam yg mulia? Apakah pandangan mereka-mereka yg belum dikurniakan Hidayah oleh Allah terhadap Islam apabila masyarakat Islam sendiri tidak mengamalkan apa yg telah digariskan utk kita?

Rasulullah bersabda: " Sesungguhnya Allah telah berkata: ' Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa (merasa) aman dariKu di dunia, Aku takutkan dia di akhirat.' "


InsyaAllah mudah-mudahan, kita tergolong dlm kalangan hamba Allah yg sentiasa berbakti dan mengabdikan diri kepadaNya..Ahli panel forum 'Sejauh mana kita mengenal Nabi Muhammad' pnah berkata, Umat manusia cuma diberi 2 pilihan, nak syurga ataupun neraka..xde yg tengah2..Sekiranya ditanya, ada ke yg nak msuk neraka..rasanya kalo ada mungkin org yg terkena ra'sun maridh..huhu..Sebaliknya, jika diukur melalui amalan, cm xnk ke syurga je..

Teguran ataupun kritikan ini sbnarnye untuk diri sendiri jugak dan sahabat2 sekalian..Demi Allah, uhibbukumfillah..jgalah diri kalian..Ia merupakan amanah Allah yg bakal dipersoalkan di akhirat kelak..jage diri, tingkatkan iman, jauhi kemungkaran..(dah boleh wat slogan ni..hehe)

Ok..stakat ini dulu..jejariku sudah tidak mampu menekan punat2 di keyboard lappy..Assalamualaikum..

Tuesday, February 15, 2011

Mampukah Aku Seperti Baginda Muhammad?

Assalamualaikum..=)

Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillah..Allahu Akhbar..Pertama dan selamanya pujian hanya dipanjatkan kepada Ya Rabbul 'Izzati..Mencoba untuk menjadi hambaNya yg tahu erti bersyukur..

Subhanallah..Indahnye kurasa hari ini..Setenang air di lautan..Selembut angin menghembus pipi..Seteguh pohonan merimbun..indahnya kuasa Allah..xtersusun dgn bait2 kata..

Alhamdulillah..aku masih lagi dikurniakan ujian..Allah masih memandang diriku yg kerdil ini..masih diberi nafas,masih diberi nikmat..

Lailahaillah..Hanya Dia yg Agung, tiada bandingan yg setara dengannya..Tidak layak rasanya insan hina ini merayu keampunan daripadaMu setelah dosa demi dosa kulakukan serta alpa dlm mengingatiMu Ya Allah...

Allahu Akhbar..'Dialah segalanya'..Sbg Tuhan, sbg penolong, sbg pendamping..Tiada kuasa yg mampu menandingi kekuasaanNya..dr timur ke Barat, Selatan ke Utara..semuanya di bawah peliharaanNya..

Terjaga dri lena, kulihat lampu study masih blm ditutup..Ya Allah..aku tertidur lg..laptop gelita..Kehabisan bateri barangkali..Bingkas kubangun menuju ke tandas..Segar kembali dlm kesejukan wuduk..Setelah usai solat, perlahan2 air mata deras mengalir..Memikirkan setiap bait kata Ustaz Husam malam td..X dpt digambarkan, ketika Baginda Rasulullah yg sememangnya dijanjikan syurga berjaga, melakukan ibadah, menghadap Ilahi sehinggakan bengkak kaki Baginda..Sedangkan ketika ini, aku masih tegar membiarkan nafsu menguasai, lena diulit mimpi indah..Wahai Rasulullah, jujurkah lisanku lancar menyatakan kecintaanku terhadapmu sedangkan jarang sekali aku zahirkan sunnahmu?

Tangisanku belum mampu membuktikan rasa keinsafan terhadap segala yg Rasulullah korbankan buat kami ummatmu..amat bernilai..cuba fikir sejenak..mampukah kita memberikan senyuman ketika yg lain menghadiahkan kita dengan cacian? Sejauh mana tahap kesabaran kita menegakkan agama Allah yg satu dengan berdakwah? Pernahkah walau setitis darah kita mengalir kerana memperjuangkan Islam? Apakah jawapan yg akan kita berikan? Bagiku, aku selalu merasakan nikmat..tu pun jarang sekali mengucapkan syukur..diri ini belum ampuh jika diuji dengan ujian sehebat Baginda..Subhanallah..itulah kekuatan jati diri Baginda yg patut kita contohi dalam menerima ujian Allah..insyaAllah..

Bangga dan gembira rasanya dapat bersama2 ikhwah akhawat yg lain menyambut Maulidul Rasul pd tahun ini.. Banyak program yg telah direncana..Moga berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan khususnya daripada Muslimin dan Muslimat..insyaAllah..

Diharapkan antum antunna sekalian dapat menginfakkan masa kalian utk mengucapkan selawat ke atas Baginda Rasulullah..kerana Rasulullah mengenali ummatnya di akhirat kelak dengan banyaknya selawat kita ke atas Baginda..Moga kita tergolong dalam golongan yg mendapat syafaat Baginda..

Cukuplah setakat ini.. Akhir kata renungilah apa usaha kita meneruskan ajaran kebenaran yg dibawa Baginda..Contohilah Nabi, biarlah diri ini disakiti, jangan diri ini menyakiti hati yg lain..Biarlah diri ini mendapat cercaan, janganlah mencerca yg lain..Biarlah diri ini mendapat kepahitan, moga yg lainnya beroleh kemanisan..Innallahama'ssobirin..

Sekian..Salam..=)

Tuesday, February 8, 2011

..Sahabat By Hawary..

Pertemuan telah ditakdirkan..
Antara kita tidak pernah dirancangkan..
Manalah takdir hendak dilawan..
Semuanya ketentuan tuhan..

Wahai sahabat sematkan semua kenangan..
Yang telah bersama sama kita lalui..
Suka dan duka memburu impian..
Moga teguhnya ikatan ini..

Sahabat yang amat ku kasihi..(kasihi..)
Susah senang kau disampingku..(di sampingku..)
Kehadiran dikau disisi..(sahabatku)..
Mengubat sepi dihatiku..

Wahai sahabat sematkan semua kenangan..
Yang telah bersama -sama kita lalui..
Suka dan duka memburu impian..
Moga teguhnya ikatan ini..

Sahabat...yang amat ku cintai..(cintai..)
Susah senag kau disampingku..(di sampingku..)
Walau kini hilang dimata..(sahabatku..)
Namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

Ooo...sahabat bertuahnya ku rasa..
Mendapat teman sepetimu..
Membimbing menasihatiku..
Hanya satu dlm beribu..

Ooooooo..
Sahabat yang amatku cintai..
Susah senang kau disampingku..
Walau kini hilang dimata..
Namun kau tetap dihatiku..

Namun kini... hanyalah tinggal kenangan..
Pertemuan kita dilamar perpisahan..
Kemesraan bermekar di akhir perkenalan..
Sayup menitiskan air mataku..

Wednesday, February 2, 2011

Assalamualaikum..=)

Slamat pgi..skrg tepat pkul 12.26 pgi pda tanggal 2 Februari 2011..keadaan seperti ini selalu berulang tiap kali aku pulang ke rumah..huhu..bertemankan bantal dan selimut, aku terbuai dek lagu2 nasyid yg kedengaran dari laptop.Kebetulan lagu 'Sahabat Sejati' nyanyian UNIC dimainkan. Tiada yg lain bermain di fikiranku selain bayangan wajah seorang sahabat yang sedang diuji dengan dugaan yg sgt berat untuknya..

Ingatanku ligat mengimbau kenangan bersamanya..org ckp, bila sesuatu ada bersama kita, kita akan kurang hargai bnde tu.tp bila dah kehilangan bnde tu, bru kita sedar betapa bernilainya ia kpd kita..it goes to me rite now..time skrg ni aku terasa rindu sgt kt insan ini..insan yg pernah bersamaku ketika di SMKA Al-Irsyad dulu..insan yg sentiasa menjadi pendengar setia ketika aku ada masalah..insan yg xpnah berkata 'tidak' ketika bantuan kupinta..insan yg sentiasa tersenyum wlaupun punyai sejuta masalah..

'Ya Allah'..itulah ungkapan pertama yg keluar dari bibir bila dpt tahu ummi kemalangan.. Sedih..pilu..hatiku bagaikan disayat bila melihat keadaannya yang terlantar koma di bilik ICU..hanya Allah yg tau..yg melihat ni dah rasa berat, ni kan yg menanggung....Allah tidak akan kurniakan ujian yg berat kalo seseorang tu xmampu nak tanggung kan..kata2 tu menjadi penguat semangat untuk aku..mudah-mudahan buat dirinya jugak..Ya Allah, permudahkanlah segalanya untuk dia..sesungguhnya aku sgt2 mengasihi dirinya..

Wlwpun dah sering melawat dirinya, emosi masih xboleh dikawal..Tiada kata yg bisa menggambarkan kesedihan ketika ini..hanya butir2 jernih yg mampu ditumpahkan dari kelopak mata..sebak..Allah..dlm hati, aku sentiasa bermohon agar dirinya disembuhkan, dikuatkan utk menerima dugaan sehebat ini..

Masih segar di ingatan, ketika aku dan dia sedang plan our future..nak grad sama2..masing2 nak wat 'salam perantauan'..nk fly la konon..last2 impian kami jd kenyataan gak..fly over the sea..huhu..wlaupun xpnah sekelas,xpnah se'dorm', aku slalu je wat sume bnde ngan dia..mkn skali..tido pun sebantal..skrg, aku rindu dan teringin lagi nak wat sume tu ngan ummi..


Detik dan saat ni aku sgt2 rindukan Ummi..aku rasa xcomplete..sblom tdo msti aku akan terfikirkan Ummi..mcm mana keadaan dia skrg..aku xdpt nak bersama selalu dgn dia saat dia susah..time aku susah, selalu je dia akan bantu aku, whatever problems, whenever, wherever..kuatkanlah dia wahai Pemilik nyawa sekalian alam..bantulah hamba2Mu yg kesusahan ini..Kau peliharalah jasadnya..Kau peliharalah imannya..hanya doa yg mampu kutitipkan setiap kali usai solat..aku harap dgn doa kudus ni, Allah akan makbulkan..moga aku diberi kesempatan meniti usia ini bersamanya lagi..insyaAllah..

Tuesday, February 1, 2011

..Cuba Untuk Berubah..

Assalamualaikum..=)

Saat mata kubuka perlahan
Syukur aku masih diberi hidup
Ruang untuk bernafas
Di muka bumi-Mu Ya Allah

Lantas kutitipkan wudhu’
Melangkah sujud pada-Nya
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
Dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

Kuhadapkan wajah menuju kiblatku
Tangan kutadah menyeru namaMu
Ya Allah Ya Ghaffar
Ampunkanlah daku
Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Sering lalai dan leka
Dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana

Terasa air jernih menitis hiba
Mengenangkan kerdilnya diriku di sisi-Nya
Sesungguhnya
Dia yang Maha Rauf
Tiada walau sedetik melupai aku
Dia yang Maha Tawwab
Menerima taubat
Sekalian hamba-Nya
Sebelum Israfil meniup sangkakala

Hati ini… jiwa ini…
Masih lagi merintih
Lagaknya seperti bayi jerih bertatih
Resah nuraniku penuh persoalan
Yang aku sendiri tiada jawapan

Ya Dzul-Jalali
Apa aku bisa menjadi hamba-Mu
Yang lisannya setiap saat basah dengan zikrullah?
Apa aku bisa menjadi umat pesuruh-Mu
Yang senantiasa hidup dengan sunnah Muhammad Rasulullah?
Dan apakah aku bisa menjadi seorang Mukmin
Yang beramal dengan kitab-Mu seluruh hidupku?

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu
Namun tidak pula sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ya Allah Ya Rabbi
Pancarkanlah nur-Mu ke dalam hidupku
Biarkan halawatul iman itu meresapi kalbu
Kirimkanlah taufik dan hidayah-Mu untukku
Agar aku bisa berdiri teguh disirat-Mu

Sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku
Hanya untuk-Mu Ya Allah
Di sini…
Di kiblat ini…
Aku cuba untuk berubah…