The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Thursday, October 9, 2014

Pembelajaran Koperatif

Apa dia pembelajaran kooperatif ?
Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Asasya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Selain dari itu, ciri-ciri umumnya ialah:

Ciri- ciri pembelajaran kooperatif
Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, diantaranya ialah :
1. Matlamat kumpulan
Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam  menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
2. Interaksi sosial ditekankan.
Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi yang serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.
3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak kerja.
Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan. Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas masing-masing yang diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu projek. Penyertaan pula bermaksud semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama.

Apakah kelebihan pembelajaran kooperatif ?
Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

Beberapa bentuk pembelajaran kooperatif
1.Kaedah Jigsaw II
Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi 'juru' dalam sub-unit sesuatu topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap 'juru' mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan 'juru' dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untukmenjadi 'juru' dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.
2.Kaedah STAD
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum.
TAI

TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil.

Friday, August 23, 2013

-Merenung Langit, Memikir Panjang-

Dulu.. 
Ketika masih berstatus 'junior',
Diri terasa sangat kental
Semangat kental
Bisa saja 'berlari' sendirian
Terasa ramai memberi sokongan

Dulu..
Setiap sudut tampak sempurna
UKHUWAH, IKHTILAT semua terjaga
KEBAJIKAN juga sentiasa dipelihara
Namun, bukan sebab utama 'pegangan' dibina

Kenapa kini..
Semua macam sayu
Semangat seakan layu
Langkah tersadung rebah tersungkur
Dan kini, merangkak bagaikan umur setahun

Aku rindukan zaman dahulu
Ada saja yang ingin membantu
Walau tak pernah kuucapkan 'perlu'

Kini..
Kian keliru dan bercelaru
Antara ditinggalkan atau meninggalkan
Kian nampak setiap yang terselindung
Cuma tak cukup usaha nak membendung

Pegangan utama tak pernah 'pudar'
Kerana 'iqrar' sudah diucapkan
Terasa gentar pada 'janji'ku dengan Allah
Menjadi pembakar walaupun sekejap

Cuma..
Rasa ini tak seperti dulu
Bila mengenali satu persatu
Kurasa sudah tegar, rupanya lesu

Demi Allah..
Bukan ini yang kuharapkan
Setiap saat mohon kebaikan
Moga terus kekal pada masa hadapan

Mungkin diri belum cukup 'memahami'
Mungkin diri terlalu mengharapkan kesempurnaan dari semua segi
Mungkin juga diri belum cukup usaha untuk memperbaiki

Salah diri...
Hanya mengharapkan
Tanpa usaha memberi harapan
Salah diri...
Hanya ingin dimengerti 
Tanpa usaha untuk memahami
Dan salah diri...
Kurang rasa kebergantungan pada Ilahi..

*Out of topic..

Ya Rabb, seandainya 'itu' yang terbaik buat diriku, agamaku, masa depanku, keluargaku dan hidupku jadikanlah aku redha dengannya..Jauhilah rasa putus asa dalam diriku..Jadikanlah ia sebagai pelengkap iman dan penambah kecintaan terhadapMu..aminn..

Sunday, March 3, 2013

..Menangis Teresak-esak..

Assalamualaikum :)


"Janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah orang yang tertinggi sekiranya kamu beriman."

Surah Ali Imran ; 139

Lapang dada ini. Tenang jiwa ini. Text message itu aku terima daripada seorang sahabat. Tidak ku minta. Tetapi sungguh Allah Maha Mengetahui. Saat aku benar benar terasa lemah. Saat aku benar benar terasa ingin berputus asa, Allah hadirkan seseorang untuk menenangkan jiwa. Itu pun, masih melalui ayat ayat cintaNya. Di mana hak aku sekiranya aku masih mahu mempertikaikan kasih sayangNya?

Moga Allah redha dengan beliau. Moga beliau menjadi sahabat yang tidak akan jemu menarik aku saat sukarku.

Tidak dinafikan, dalam hidup ini banyak pancarobanya. Banyak halangannya. Lagi lagi kita. Ya. Kita. Kita umat akhir zaman. Umat bongsu. Umat terakhir di dunia. Tapi masih, Allah mengangkat darjat kita sebagai sebaik baik ummat berbanding ummat ummat sebelum ini. Kerana apa? Kerana sungguh, Allah sangat mencintai Rasulullah. Nabi kita. Junjungan kita. Role model kita. Tidak beruntungkah kita menjadi umat baginda?

Sekali tersungkur, aduhai, susahnya Ya Rabbi untuk kembali segar seperti dahulu. Susahnya yang amat untuk tegur berdiri seperti dahulu. Susahnya untuk kembali gah dengan nama Islam yang syumul. Kerana apa? Kerana gagalnya diri ini mentarbiyah saat sendiri. Gagalnya diri ini menjalankan tarbiyah kendiri.

Hati ini sedar. Teramat sedar betapa jauhnya diri ini daripada Allah Taala. Betapa sudah hanyutnya diri ini dibawa arus jahiliyah moden. Betapa tunduknya diri ini dengan taghut taghut akhir zaman. Betapa kalahnya diri ini dengan berhala berhala era baru. Tapi masih, lemah yang dirasa ini sangat sukar untuk diterjemah. Entah kenapa iman ini tidak mahu bangkit semula. Entah kenapa diri ini terasa malas untuk tunduk kepadaNya.

Sakit mata. Mengalirlah air mata. Jangan ditahan tahan lagi. Aku sudah tidak mampu untuk berpura pura bahagia dalam keadaan aku terasa Allah murka denganku.

Pandai cakap. Tak reti nak buat. Tak tahu ke berapa banyak amaran keras yang Allah lontarkan dalam Quran untuk mereka yang cakap tak serupa bikin?

"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri? Padahal kamu membaca kitab (Taurat) ? Tidakkah kamu mengerti?"

Surah al-Baqarah ; 44

Ini adalah apa yang Allah tempelak kepada kaum bani Israel. Ya. Mungkin Allah tidak tuju terus kepada kita. Tapi takkan tak terasa kot?

Allahu.

Sakitnya iman. Menderitanya jiwa.

Kita mengaku Allah itu tuhan kita. Kita ucap kalimah syahadah hari hari dalam solat kita. Tapi kenapa masih tegar kita melanggar perintahNya? Masih culas melaksanakan suruhanNya? Di mana letaknya iman kita?

Kita kata Rasulullah itu adalah Rasul kita. Kita berbangga mengatakan Nabi Muhammad itu role model kita. Kita cakap kita beriman dengan risalah yang dibawanya. Tapi mengapa masih ada pertikaian dalam sunnah nya? Kenapa kita masih lagi mahu mempertikaikan kewibawaanya? Kenapa kita tak nak ikut apa yang disuruhnya? Kenapa kita melakukan perkara yang dibencinya? Kenapa?

Tidak mahukah kita kembali kepada Allah dengan sebenar benar pengembalian? Tidak dambakah kita akan syurga Allah sebagai tempat sebaik baik pengakhiran? Tidak takutkah kita akan murka Allah dan azab nerakaNya? Kenapa kita masih degil tidak mahu bertaubat kepadaNya? Kenapa?

Dan hari ini, aku mengajak diriku terutamanya. Dan anda anda yang mungkin sedang membaca dengan tekun. Mungkin juga tidak ada yang tersentuh jiwanya. Mungkin ada yang baca skip skip. I dont care. Hari ini aku menyeru untuk kita sama sama kembali kepada fitrah. Tidak sedarkah kita, hidup kita hanya harapkan Allah? Tidak sedarkah kita, kita sangat memerlukan Allah? Kenapa kita masih mahu membutakan hati kita? Kenapa?


Menangislah. Merataplah. Tapi hanya pada Dia. Dia yang Maha Mendengar. Dia yang sentiasa ada. Dia yang tidak pernah tinggalkan kita. Luahkan segalanya. Bukan Allah tidak tahu, cuma kita yang tidak mahu. Kita tidak mahu meluahkan segala galanya kepada Allah. Bukankah Dia pencipta kita? Untuk apa kita berpaling dariNya? 

Kita siapa?


Ini apa yang Allah dah janji. Tidakkah kita yakin akan janjiNya?

Ayuh kita taubat. Sebelum terlambat. Mulakan dengan istighfar. Mulakan dengan hati yang lapang. Mulakan dengan tangisan. Jika mata ini degil tidak mahu mengalirkan air mata taubat, maka pura puralah menangis. Bukan kita menipu Allah. Allah Maha Mengetahui. Tidak mungkin Dia akan tertipu. Tapi itu salah satu usaha kita untuk menghayati taubat kita. Siapa tahu, dengan usaha yang sedikit itu kita akan dilembutkan hati? Tidak mahukah kita?


Menangislah teresak esak. Kerana tangisan kita berharga dalam menyelamatkan diri dari api neraka.

Jangan putus asa. Allah tidak pernah tinggalkan kita...

Wednesday, February 27, 2013

'They' talked to me..

Salam~

Saat google2 nak siapkan esaimen, fikiran bercelaru, serabut..hati berbisik..

Ya Allah..npa ya aku mula rasa tak kuat nak hadapi ujian2Mu sejak akhir2 ni...



Ya tarbiah dari Allah..napa aku mcm selalu pasrah semata, tidak berasa redha dgn 'hadiah'Mu..


Bagaimana nak jadi hamba yang redha?


Selain tu?

Kadang kala terasa sendirian..tanpa sokongan..


Ya Allah, kerap sekali aku terasa sgt berat beban dakwah yang Engkau pikulkan padaku..




Allah..waktu terasa 'nazak' dalam jalan dakwah, tiada lain yang menjadi peneman setia, TEARS...


Jadi, apa yang sepatutnya aku lakukan??




InsyaAllah..terus kembali pulih dari rasa yang mengganggu jiwa..

Semoga Bermanfaat!! =)

Wednesday, January 2, 2013

Lelaki Umpama Syaitan, Wanita Umpama Nafsu



“Pelik bunyinya kan tapi itulah yang sebenarnya.. Kita takkan lari daripada dikejar syaitan dan diumpan dengan gelojak nafsu yang sangat berbahaya.. Saya bagi contoh yang mudah dikaitkan dengan perumpamaan yang saya katakan tadi.. Sekiranya sebuah ikatan perkahwinan terjalin, mesti ada suami dan isteri bukan..dah bila berkahwin akan lahirlah zuriat.. zuriat yang dilahirkan itu pula boleh jadi zuriat yang soleh ataupun zuriat yang toleh.. bla bla bla..”

Tekun mendengar tazkirah maghrib oleh seorang ustaz yang hanya kukenal suaranya yang berkumandang kuat dari menara masjid.. Pasti setiap hari Isnin, pasti gema suara beliau akan kedengaran di sekitar kampungku.. Kurasakan satu kelebihan bagi yang tinggal berdekatan masjid.. Boleh juga dapat pengisian rohani walaupun kaki tidak melangkah ke rumah Allah itu.. TAPI ini tidak bermakna tak perlu ke masjid ya..

Berbalik kepada perumpamaan ‘Lelaki umpama Syaitan, Wanita umpana Nafsu’ itu tadi.. Jangan terus degil menafikan diri setiap manusia tidak disertai dengan nafsu.. Nafsu ini tidak pernah sekali-kali mengajak kita berbuat kebaikan.. Berkongsi tugasan pulak dengan si syaitan..mengajak ke arah kemaksiatan..
Perumpamaan tersebut dijelaskan lagi ustaz dalam tazkirah maghribnya …
Pada akal waras seorang manusia, sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, akan lahirlah zuriat. Zuriat itu sifatnya harus. Mengapa harus? Hal ini kerana, boleh saja apabila perkahwinan terjadi, pasangan itu tidak dikurniakan zuriat.. Lahirnya zuriat bukan wajib ada bagi setiap pasangan.
Aku tertanya-tanya, apa kaitan syaitan, nafsu dengan kahwin plak ustaz ni.. aduhh.. susah jgk berguru secara jauh ni..kalo tak boleh tanya soalan..hehe..
Sambung ustaz lagi…
            Kalau dikaitkan dengan syaitan dan nafsu plak, bayangkan kalo syaitan (umpama lelaki) dan nafsu (umpama wanita) yang diikuti kemahuannya (perkahwinan), waktu inilah maksiat (umpama zuriat) akan terjadi.. Nafsu yang memberontak ini dinamakan nafsu lawwamah.. yakni nafsu yang tidak dapat dikawal oleh iman seseorang.. Nafsu menjadi raja bertenterakan iman.. Iman tidak dapat bersuara dan terpaksa akur terhadap kemahuan dan titah rajanya walaupun iman sedar rajanya zalim..
            Namun, sekiranya syaitan menggoda nafsu yang tenang yakni nafsu mutmainnah, kemaksiatan tidak berlaku.. Mengapa? Kerana perbalahan antara nafsu dan iman dimenangi oleh iman.. Di sini manusia berjaya menambat nafsunya dengan tali iman daripada terus memberontak.
            Jika kita sedar, mengapa golongan alim ulama dapat terus beristiqamah melakukan perbuatan yang diredhai Allah..terus dan terus beribadat..bukan menantikan apa2 balasan.. Mengapa nafsu tidak lagi memberontak? Kerana nafsu mereka sudah dilatih menjadi tentera kepada raja yang bernama ‘Iman’.. Kali ini iman yang bersuara dan bertitah, nafsu tidak dapat ingkar lagi..
            MasyaAllah..kagum..walaupun perumpamaan tu agak berat untuk aku fahami pada mulanya dan agak sensitif bila melibatkan gender, ustaz tersebut dapat mengupas dengan sgt jelas..xperlu angkat tangan tanya soalan lagi..hehe..sekadar perkongsian bersama..=)
*Ayat penulis, bukan butir bicara ustaz..maksudnya berdasarkan pemahaman penulis..

Sunday, September 9, 2012

..Kenali Dia..

Segala puji bagi Allah SWT yang memiliki segala Kebesaran, pemberi kurnia kepada wali-waliNa, pembuka segala awan, penyempurna segala pemberian,, pelepas segala kekusutan dan penyilau kepada penyelesaian.

Dialah Allah yang tidak didorong oleh orang-orang yang bodoh
Dialah Allah yang tidak ditipu oleh segala musuh. Dan tidak sampai kepadaNya kesamaran. Tidak pula diketahui zatNya dengan kefahaman

Dialah Allah yang tidak dapat dilihat dengan pandangan serta tidak terjangkau oleh akal fikiran
Dialah Allah yang tidak terkesan dengan peredaran masa

Dialah Allah yang tidak berasa lemah dengan berlakunya bencana
Dialah Allah yang Maha Mengetahui runtunan hati dan bisikan jiwa

Dialah Allah Pencipta tiap-tiap sesuatu dengan ukuranNya
Dialah Allah yang menepati segala janji-janjiNya

Dialah Allah yang pasti menolong pejuang-pejuang yang berjuang di jalanNya
Dialah Allah, Penolong kepada menegakkan kebenaran

Dialah Allah yang merendahkan maruah pembuat kebathilan dan menghinanya
Dialah Allah yang menimpakan bencana bagi setiap manusia yang menyimpang dan menyeleweng dari jalanNya

Dialah Allah yang menurunkan balasan terhadap pembuat bida'ah, pengkhianat dan penentang agama
Dialah Allah yang Maha Suci yang telah memilih agama Islam dan mengangkat martabatnya

Dialah Allah yang telah memilih seorang rasul dari Bani Hasyim lalu menjadikannya sebagai cahaya yang menerangi alam
Dia juga yang mencerahkan perjalanan NabiNya

Dialah Allah yang menyelamatkan umat yang sedang bergelumang dengan dosa yakni penyembah batu bata dan berhala
Dialah Allah yang mengajak manusia kepada jalan petunjukNya
Sehingga zahirnya wajah kebenaran yang sebelumnya layu kini tumbuh menghijau, berbunga dan berbuah

(Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih)

*Ya Allah, aku bermohon..aku merayu..aku merintih..jadikanlah aku dalam kalangan hambaMu yang Engkau kurniakan petunjuk.. Aku sangat-sangat meminta kepadaMu Allah..peliharalah diri daif ini..terlalu banyak yang aku ingin minta kepadaMu..jika satu sahaja yang Engkau kabulkan, mohon selamatkan imanku, keluargaku, sahabat2ku, guru2ku..makbulkanlah hajatku Ya Allah...


Monday, April 2, 2012

..Pabila Ka***n Menjadi Isu..

Assalamualaikum..=)

Dah bape lama dah tinggal blog..xsempat nak update..hoho..life skrg ni dh laen..lagi banyak tanggungjawab..tp sumenye best..memberi makna dalam hidup..huhu

Pnah aku terfikir..ada sesetengah female student ni, ada yang mengeluh..sb pe? sb bz..xsmpat nak rest, xberpeluang nak memanjakan diri..terlalu banyak tugasan..tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..biasa la nama pun student kan..that's normal..

Tapi..

Ada jgk individu yang suka dirinya bz..tiap2 hari schedule full..tanggungjawab laen dan macam2 lagi la..xlarat nak senarai..Nak tau sb pe? katanya sb malas nak fikir perkara yang xperlu difikir.. tanya lagi, xletih ke?bnda apa yang xperlu difikirkan? jawapannya, yeah, of course, MARRIAGE..lahi letih bila fikir soal itu..huhhh..

Penat n terasa berat kepala bila isu ini hangat diperkatakan..kerap kali menjadi topik perbualan utama dan sentiasa meniti di bibir belia masa kini..ntah la sbb pe..mungkin sbb faktor usia dah meningkat..Cuma terkadang, rasa terbeban dek ke'extreem'an sesetengah pihak dalam membicarakan topik ini..Namun, jauh di sudut hati, masih mengiakan Ka***n itu satu ibadah..Tapi belum tiba masanya lagi..

Mungkin bila berbicara tentang Ka***n bukan perkara pelik or melampau batas. tp bila dah jd terlalu g***k dan teruja, itu yang masalahnya..ada yang ttbe rasa nak ka***n cepat bila tengok sahabat2 yang lain dah berka***n..

Ka***n itu bukan trend tau..tp diiringi tanggungjawab dan matlamat yang betul..bila ditanya knpa nak ka***n? xkan sbb tgk org ka***n, kita jd terikut2 walhal belum bersedia lagi ke arah tu..bermatlamatlah kerana mengejar keredhaan Allah..bkn hanya kepuasan dunia semata..

Sekian, wasallam..

*Beauty is in the eyes of the beholder..