The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Thursday, December 9, 2010

..Practice Make Perfect..

Assalamualaikum..=)

Alhamdulillah..lafaz tahmid aku mulakan..bsyukur masih lg bernafas..jantung masih berdegup..jari masih lg mampu menekan punat2 berhuruf kt papan kekunci komputer..Ai sume..lama kan xjmpe..(cm sblom ni slalu jmpe je)hehe..mksud aku kt blog ni la..sbb dh lama blog ni bsawang kan..spider pun xnk dok..eh, over mengarut lak..hehe..Ntah la sbb pe la rsa kemalasan memuncak nk update blog..lg pun xde cita nk dikongsi..

Hmm nak tye, cuti2 ni (bg yg cuti la ye..yg xcuti jgn jeles lak..hehe) korg wat pe? Hah?g jalan2?picnic?tdo?besarkan diameter perut? waa menarik2..haha..bg yg berkesempatan g melancong tu best la..leh lihat tmpat org sambil leh tgk hasil ciptaan Allah subhanahuwata'la yg serba indah..tiada cacat celanya..subhanaAllah (sambil menggeleng2kan kepala tanda kagum..huhu) Bg yg asyik mkn tdo dan membesarkan diameter perut tu, leh geng ngan aku la ek..haha

Arini tahap keboringan menggila..Aku ckp kt ma..
Aku : Ma, nk msak pe ek arini?
Ma :Ada pe dlm peti ais? (smbil buka peti ais). Eh, padang bola la pulak..xsangka anak2 aku kuat mkn..
Aku :(terkedu sebentar, termasuk akukah yg 'kuat mkn' tu?)
Ma : Jom..g siap cpt..
Aku : Laa..nk g mana lak?
Ma : Jgn byk tya la..ikut ja..

Aku pun g la siap..upenye ma bwk g Tesco Extra..g shopping brang dapur..tp bkn byk sgt pun..bila balik umah je, aku, ma & my little bro wat projek..baek punye..nk tau projek pe?masak la pe lg..tp special sket..CAPATI..1st time wat capati sndiri kt umah..slalunye wat kt kdai je..huhu

Tekun je dok canai capati..action je tu..capati yg terakhir ni..Dlm bekas tu dh abis dh tepung utk dicanai..haha..anda dh kantoi la bang..


Ni capati msih dlm proses membakar capati..eh, capati org bakar ke?xtau istilah pe org guna..xkan goreng lak..xde minyak..huhu..kekurangan vocab, cmni la..aiyak!!


Hsilnye..jeng3..wlaupun sedikit terhangus..hehe

Pengalaman berharga hasilkan sesuatu sndiri..lg puas walalupun xbrapa nak s**ap..hehehe..Alhamdulillah..ptg ni capati jd rezeki aku sekeluarga+jiran sebelah umah (czenku..hehe) Syukur Ya Rabb..=) Hmm esok nk try menu baru plak..tp still dlm perancangan..xtau lg nk blaja msak pe..

ok..gtg..dok umah2 tu jgn mlas2 ye..jga time solat anda ye..(peringatan utk diri sndiri & rakan2 jgk..=) ) Semoga sentiasa dilingkari rahmatNya..insyaAllah..dadaaa..Assalamualaikum..

Tuesday, December 7, 2010

..Seat-belt & Tudung? Ade Kaitan Ke?..

Assalamualaikum..=)

Xnk ckp byk2..just nk share pe yg aku terbaca je..slamat membaca..=)

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

Monday, November 8, 2010

..Peperiksaan? Ikhlas Ke Kita Selama Ni?..

Assalamualaikum..=)

Dear readers..(eh, cm nak wat surat la plak..hehe) Urmm..skrg tepat kul 2.25 ptg..rehat kjap..asyik dok study utk exam je..(study ke?teett..) otak pun dh dpt 1 mesej yg berbunyik..'No space for new message'..

(cop2..msej ada bunyi ke? ahh..biar ar..msj aku je special sket..kui3

..) Nak share sumthing sbnarnye..bila bca ni aku cm terkesan sket ngan mesej yg nak disampaikan..ada kaitan dengan kehidupan seorang pelajar cm aku..jom2 sama2 meniti stiap fonem, suku kata, perkataan, baris dan ayat..haha..(bakal cikgu BM la katakan)haha..bermulalah ceritanya....

Masa jalan-jalan kat facebook tadi tiba-tiba tersentap bila terbaca status sepupu saya ni..

Tergamam sekejap..

[i told myself "you must work hard..but not for dean list not for pointer but to gain as much as you could...to house as much as nur of ilmu into your cerebrum... to let it run through your vein.ya Allah gives me strength..to make it comes true.but am i able to do it? can i afford to gain it??? it leaves a question mark for me..hopin dat question mark will lead me to da answer."]


Betul cakap dia!!

Dan sekarang saya dah sedar…

Sem ni apa niat dan aim saya ek?

niat saya nak dapat pointer bagus…nak naik kan pointer..

nak dpt pointer bla bla bla..pointer bla bla bla…

pointer lagi…..tapi…….tengokla..

Sepatutnya niat belajar kerana Allah..

Kerana Allah..

Sebab tu sem ni terrible sangat..

Belajar tapi belajar sebab nak exam..

Belajar tapi belajar ape yang nak masuk exam je..

Belajar tapi nak belajar bila nak test je..

Bukan sebab nak dapatkan ilmu…

Ya Allah..

Menyesal nya…satu sem ni macam ntah apa-apa..nothing..

Dah la kelas xpergi..

Macam mana nak dapat keberkatan dari lecturer??

Belajar memang belajar..

Belajar tapi lepas test je terus lupa..

Sebab apa??sebab belajar sebab nak exam..

Kate td nak pointer cantikk..

Padan muka sendiri..

Jadi mulai sekarang…saya akan tukar niat saya..

Saya belajar kerana Allah..

Saya ikhlas belajar untuk dapatkan ilmu…

Belajar selagi mampu..sebanyak mana yang boleh..

Yes! Ikhlaskan hati……


Huhu..menyesalnye..rsa cm kena kt batang hidung sendiri je..Ya Allah, bantulah aku utk ikhlaskan diri belajar semata-mata kerana Engkau Ya Allah..bukan hya di atas kertas..tp utk dipraktikkan dlm kehidupan seharian..Moga aku (dan kwn2 yg laen jgk) tidak tergolong dalam golongan yg lalai dan rugi..aminn Ya Rabbal 'Alamin..

Saturday, November 6, 2010

..Cita Si 'Drakula'..

Assalamualaikum..=)


Urmm..mlm yg hening..rumate dh tdo..pelepak2 tegar kt blik aku ni pun dh berangkat pulang ke kediaman masing2..huhu..tinggal la aku keseorangan..boring la plak..k2..keadaan dh mengizinkan aku utk study ni..ttbe ada sorg mamat 'drakula' ni soh aku bca post terbaru kt FB dia..luangkan msa 5 minit bca post tu..(sedang membaca)


selepas 5 minit.....

kakakakakakaka..perut aku nk pecah than gelak..nak tau sbb pe? jom2..test daya tahan gelak hmpa..hahaha


cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.


So, amacam?haa?xbjaya?nmpak sgt daya tahan gelak hmpa lemah..haha..just kidding..cita ni dh wat aku sewel sekejap..asyik senyum ja bila ingat balik cita 'drakula' tu..huhu


Sorry la ter'over' bercerita plak..time exam xleh tension sgt..bahaya..k..dadaaa..Assalamualaikum..=P

Monday, November 1, 2010

..Saatku Terima Cintanya..

Assalamualaikum..=)

Kwn2, ape khabar?Sihat?Alhamdulillah..Haa?Demam?alala..ciannye..sbar ye..Dugaan Allah..Kena terima dgn redha..bykkan doa ye..=)

Arini buka facebook..(yeke arini?rsanye tiap2 ari on9 je fb..teett..kantoi suda..) tertgk kt home,ada sorg sodiqi ni share link..dengan semangat, aku pun buka new tab n buka link tu..tunggu 3 saat, muncullah 1 blog..(nk ckp,internet lju sket arini)hahaha..sblom tu, for male, jgn mrh ye dgn statement2 yg diberikan..bukan aku yg taip..kalo nk mrh, mrh pnulis blog tu.. ish aku ni.. astaqfirullahal'azim.. mengajar wat bnde xbaek plak..maaf2..huhu..jom2..sama2 kita bca apa yg aku jmpe tu..

('SAYA' di sini adalah seorang lelaki ye..)

Hari ini saya sempat berbalas status FB dengan seorang gadis yang seusia dengan adik saya,seorang yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.Setiap masa mesti ada lelaki yang mendengar luahan dan ceritanya,kalau tiada,pasti dia bersedih.Saya mengenalinya bukan melalui adik saya tetapi menerusi sepupu saya ketika majlis pengebumian datuk sepupu saya yang lain.

Sepupu 1 : Sape Ayeen?Die add saya ikut FB..

Sepupu 2 : Ade la…

Saya : Gewe awok ko?

Sepupu 2 : Ngorat jah…

Sepupu 1 : Budok sekolah agama kan?

Sepupu 2 : Hom..Tapi sekolah je agama die x agama pun. Dot di sekolah pakai tudung labuh,balik umah pakai skirt pendek.

Selepas habis majlis pengebumian datuk sepupu saya,saya balik ke rumah dan cari siapakah Ayeen dan memang benar, dia ‘in relationship with’ sepupu saya.Tidak sampai sebulan,statusnya kembali single.Seminggu selepas itu,dia kembali ‘in relationship’.Tanpa segan silu saya memulakan bicara.

Saya : Wah,laju cari pengganti..

Dia : Hehehe..nak wat camne,orang tinggal kite,terpakse la cari pengganti baru

Saya : Yakin ke dia ni betul-betul nak kat Ayeen?

Dia : Yup,sebab dia cakap dia tunggu saya dari dulu lagi,masa kenal kat tuisyen,form 2.(sekarang Ayeen di form 4)

Saya : Ok lah camtu..Tapi ingat lah,laki sume mulut lidah bercabang,termasuk saya.

Dia : Lagipun,dia cakap dia ikhlas,dia cakap dia nak kawin ngan Ayeen,tu yang Ayeen percaya.

Saya : Ooo,baguslah,harap2 kawin la ek.Nak dengar nasihat?

Dia : Ok gak…

Saya : Laki ni ada banyak jenis.Ada yang bila dia sayang sorang pompuan,dia akan sayang betul-betul.Biar datang Lisa Suriani depan dia pun,dia takkan tergoda. Ada gak yang jenis kaki pancing,bila dapat,dia buang balik.Ala,sport fishing.

Dia : Sport fishing?

Saya : A’a,bila dapat ikan,dia lepas sebab dia pancing bukan untuk makan tapi untuk main-main dan jenis yang ni memang ramai.Semua ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut dia.Saya nak kawin dengan awak,saya tunggu awak bertahun-tahun lama,saya rela bunuh diri kalau awak tolak cinta saya,saya sayang awak,i luv u so much dan macam-macam ayat lagi akan keluar.Matlamatnya hanya satu,ikan yang dipancing termakan umpan yang diletak. Padahal, tyme cakap ‘i luv u’ tu,dot usha FB pompuan lain.

Dia : Teruknya laki…

Saya : Yup,memang teruk tapi itulah hakikatnya. Nak cari lelaki yang benar-benar nak kat kita(cakap macam saya perempuan,hahhaha),sama susah nak cari pompuan tutup aurat dengan sempurna.Banyak lagi trick-trick yang akan laki guna untuk pastikan pompuan yang dia nak,dia dapat.Tapi dia bukan nak betul-betul,kadang-kadang ada lelaki yang nak perempuan tu sebab kawan-kawan dia selalu cakap siapa dapat perempuan tu mesti hebat.Jadi untuk tunjuk dia hebat depan kawan-kawan dia,dia usha la pompuan tu.Pompuan yang memang mudah cair dengan pujuk rayu laki,memang akan termakan la dengan segala kata-kata manis beracun itu.

Dia : Lelaki tak bersalah ke buat macam tu?

Saya : Mungkin ada yang rasa bersalah tapi kadang-kadang,mungkin bila dia dengar seruan azan or tengah solat,dia insaf. Tapi insafnya tidak lama,bila dia bersendirian,mula lah dia cari balik perempuan-perempuan.Nak taw sumthing?

Dia : apa dia?

Saya : Tyme dia panggil Ayeen sayang,Ayeen rasa camne?

Dia : hahahha,segan lah..Rasa disayangi..

Saya : Lagi?

Dia : Takde,rasa disayangi je..Tapi membahagiakan..

Saya : Ayeen taw bila Ayeen panggil budak laki as Sayang even mesej,apa yang dia rasa?

Dia : Disayangi lah kot sebab tyme couple,sume orang cakap kalau nak tunjuk kita sayang kat dia,panggil lah sayang.

Saya : Rasa disayangi itu satu hal dan sebenarnya ada lelaki yang teransang dengan panggilan itu,lebih-lebih lagi yang call di waktu subuh.Konon-konon nak kejut subuh tapi sebenarnya nak dengar suara sayup-sayup pompuan tidur.

Dia : Mane taw sume ni?Cam mengarot je..

Saya : Saya sekolah sejenis dari tadika lagi hinggalah awal form 4,form 1 hingga form 3 tu dahlah sejenis,sekolah agama lak,memang kuat lah bincang isu-isu Munakahat(nikah kahwin) ni,kadang-kadang satu hari suntuk dot bincang benda-benda ni.

Dia : Oooo…

Saya : So,saya x kata couple tu dibenarkan or salah,cuma sebelum terima seorang laki,periksa dulu latar belakangnya, kenal familinya dan tanya ‘adakah nak kawin ngan saya,kalau nak,datang umah jumpa mak abah dulu’,kalau dia kata nak,ok go on la.

Dia : Thanx

Ya,tadi saya buka Facebooknya dan statusnya kembali single.Baru 3 minggu selepas saya memberi nasihat kepadanya dan saya tanya dia “dah clash ke?”

“Tak sampai seminggu pun”

Tak sampai seminggu?BUkankah dia tunggu kamu dari form 2 lagi?Wahai kaum hawa,teliti balik dan kaji balik apa yang berlaku di sekeliling kamu,kamu sangat senang dipermainkan,jangan sesekali keluarkan perkataan sayang dari mulut kamu sehinggalah orang yang kamu ingin panggil sayang itu berstatus suami kamu.

WAlaupun nasihat ini pasti menjatuhkan saham saya =P,tapi saya seru juga kepada semua kaum hawa supaya jangan sesekali termakan dengan godaan lelaki,tanya balik soalan yang saya tulis di atas dan pastikan dia adalah suami kamu,barulah kamu keluarkan perkataan sayang.

Ingatlah fitnah paling besar di akhir zaman ialah godaan wanita dan tanya diri kamu,adakah kamu ingin menjadi salah satu dari fitnah dunia?

Sumber: http://azzariyat.com/blog/2010/04/15/aku-terima-cintanya/

Post ni hanya perkongsian je..aku bukan bias k..bukan sume laki seperti yg dikatakan di atas..msih ada laki yg menjaga ikhtilat antara laki & pmpuan..pape pun, ambik pengajaran ye drpd cita ni..ok? Doa jela yg mampu kita wat utk dilindungi drpd nafsu remaja..ingat ye kengkawan..jgan pnah sesekali menghalalkan yg ternyata haram..Sesungguhnya, murka Allah amat pedih..

Hanya utk renungan bersama..Assalamualaikum..=)