The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Friday, August 23, 2013

-Merenung Langit, Memikir Panjang-

Dulu.. 
Ketika masih berstatus 'junior',
Diri terasa sangat kental
Semangat kental
Bisa saja 'berlari' sendirian
Terasa ramai memberi sokongan

Dulu..
Setiap sudut tampak sempurna
UKHUWAH, IKHTILAT semua terjaga
KEBAJIKAN juga sentiasa dipelihara
Namun, bukan sebab utama 'pegangan' dibina

Kenapa kini..
Semua macam sayu
Semangat seakan layu
Langkah tersadung rebah tersungkur
Dan kini, merangkak bagaikan umur setahun

Aku rindukan zaman dahulu
Ada saja yang ingin membantu
Walau tak pernah kuucapkan 'perlu'

Kini..
Kian keliru dan bercelaru
Antara ditinggalkan atau meninggalkan
Kian nampak setiap yang terselindung
Cuma tak cukup usaha nak membendung

Pegangan utama tak pernah 'pudar'
Kerana 'iqrar' sudah diucapkan
Terasa gentar pada 'janji'ku dengan Allah
Menjadi pembakar walaupun sekejap

Cuma..
Rasa ini tak seperti dulu
Bila mengenali satu persatu
Kurasa sudah tegar, rupanya lesu

Demi Allah..
Bukan ini yang kuharapkan
Setiap saat mohon kebaikan
Moga terus kekal pada masa hadapan

Mungkin diri belum cukup 'memahami'
Mungkin diri terlalu mengharapkan kesempurnaan dari semua segi
Mungkin juga diri belum cukup usaha untuk memperbaiki

Salah diri...
Hanya mengharapkan
Tanpa usaha memberi harapan
Salah diri...
Hanya ingin dimengerti 
Tanpa usaha untuk memahami
Dan salah diri...
Kurang rasa kebergantungan pada Ilahi..

*Out of topic..

Ya Rabb, seandainya 'itu' yang terbaik buat diriku, agamaku, masa depanku, keluargaku dan hidupku jadikanlah aku redha dengannya..Jauhilah rasa putus asa dalam diriku..Jadikanlah ia sebagai pelengkap iman dan penambah kecintaan terhadapMu..aminn..

Sunday, March 3, 2013

..Menangis Teresak-esak..

Assalamualaikum :)


"Janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah orang yang tertinggi sekiranya kamu beriman."

Surah Ali Imran ; 139

Lapang dada ini. Tenang jiwa ini. Text message itu aku terima daripada seorang sahabat. Tidak ku minta. Tetapi sungguh Allah Maha Mengetahui. Saat aku benar benar terasa lemah. Saat aku benar benar terasa ingin berputus asa, Allah hadirkan seseorang untuk menenangkan jiwa. Itu pun, masih melalui ayat ayat cintaNya. Di mana hak aku sekiranya aku masih mahu mempertikaikan kasih sayangNya?

Moga Allah redha dengan beliau. Moga beliau menjadi sahabat yang tidak akan jemu menarik aku saat sukarku.

Tidak dinafikan, dalam hidup ini banyak pancarobanya. Banyak halangannya. Lagi lagi kita. Ya. Kita. Kita umat akhir zaman. Umat bongsu. Umat terakhir di dunia. Tapi masih, Allah mengangkat darjat kita sebagai sebaik baik ummat berbanding ummat ummat sebelum ini. Kerana apa? Kerana sungguh, Allah sangat mencintai Rasulullah. Nabi kita. Junjungan kita. Role model kita. Tidak beruntungkah kita menjadi umat baginda?

Sekali tersungkur, aduhai, susahnya Ya Rabbi untuk kembali segar seperti dahulu. Susahnya yang amat untuk tegur berdiri seperti dahulu. Susahnya untuk kembali gah dengan nama Islam yang syumul. Kerana apa? Kerana gagalnya diri ini mentarbiyah saat sendiri. Gagalnya diri ini menjalankan tarbiyah kendiri.

Hati ini sedar. Teramat sedar betapa jauhnya diri ini daripada Allah Taala. Betapa sudah hanyutnya diri ini dibawa arus jahiliyah moden. Betapa tunduknya diri ini dengan taghut taghut akhir zaman. Betapa kalahnya diri ini dengan berhala berhala era baru. Tapi masih, lemah yang dirasa ini sangat sukar untuk diterjemah. Entah kenapa iman ini tidak mahu bangkit semula. Entah kenapa diri ini terasa malas untuk tunduk kepadaNya.

Sakit mata. Mengalirlah air mata. Jangan ditahan tahan lagi. Aku sudah tidak mampu untuk berpura pura bahagia dalam keadaan aku terasa Allah murka denganku.

Pandai cakap. Tak reti nak buat. Tak tahu ke berapa banyak amaran keras yang Allah lontarkan dalam Quran untuk mereka yang cakap tak serupa bikin?

"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri? Padahal kamu membaca kitab (Taurat) ? Tidakkah kamu mengerti?"

Surah al-Baqarah ; 44

Ini adalah apa yang Allah tempelak kepada kaum bani Israel. Ya. Mungkin Allah tidak tuju terus kepada kita. Tapi takkan tak terasa kot?

Allahu.

Sakitnya iman. Menderitanya jiwa.

Kita mengaku Allah itu tuhan kita. Kita ucap kalimah syahadah hari hari dalam solat kita. Tapi kenapa masih tegar kita melanggar perintahNya? Masih culas melaksanakan suruhanNya? Di mana letaknya iman kita?

Kita kata Rasulullah itu adalah Rasul kita. Kita berbangga mengatakan Nabi Muhammad itu role model kita. Kita cakap kita beriman dengan risalah yang dibawanya. Tapi mengapa masih ada pertikaian dalam sunnah nya? Kenapa kita masih lagi mahu mempertikaikan kewibawaanya? Kenapa kita tak nak ikut apa yang disuruhnya? Kenapa kita melakukan perkara yang dibencinya? Kenapa?

Tidak mahukah kita kembali kepada Allah dengan sebenar benar pengembalian? Tidak dambakah kita akan syurga Allah sebagai tempat sebaik baik pengakhiran? Tidak takutkah kita akan murka Allah dan azab nerakaNya? Kenapa kita masih degil tidak mahu bertaubat kepadaNya? Kenapa?

Dan hari ini, aku mengajak diriku terutamanya. Dan anda anda yang mungkin sedang membaca dengan tekun. Mungkin juga tidak ada yang tersentuh jiwanya. Mungkin ada yang baca skip skip. I dont care. Hari ini aku menyeru untuk kita sama sama kembali kepada fitrah. Tidak sedarkah kita, hidup kita hanya harapkan Allah? Tidak sedarkah kita, kita sangat memerlukan Allah? Kenapa kita masih mahu membutakan hati kita? Kenapa?


Menangislah. Merataplah. Tapi hanya pada Dia. Dia yang Maha Mendengar. Dia yang sentiasa ada. Dia yang tidak pernah tinggalkan kita. Luahkan segalanya. Bukan Allah tidak tahu, cuma kita yang tidak mahu. Kita tidak mahu meluahkan segala galanya kepada Allah. Bukankah Dia pencipta kita? Untuk apa kita berpaling dariNya? 

Kita siapa?


Ini apa yang Allah dah janji. Tidakkah kita yakin akan janjiNya?

Ayuh kita taubat. Sebelum terlambat. Mulakan dengan istighfar. Mulakan dengan hati yang lapang. Mulakan dengan tangisan. Jika mata ini degil tidak mahu mengalirkan air mata taubat, maka pura puralah menangis. Bukan kita menipu Allah. Allah Maha Mengetahui. Tidak mungkin Dia akan tertipu. Tapi itu salah satu usaha kita untuk menghayati taubat kita. Siapa tahu, dengan usaha yang sedikit itu kita akan dilembutkan hati? Tidak mahukah kita?


Menangislah teresak esak. Kerana tangisan kita berharga dalam menyelamatkan diri dari api neraka.

Jangan putus asa. Allah tidak pernah tinggalkan kita...

Wednesday, February 27, 2013

'They' talked to me..

Salam~

Saat google2 nak siapkan esaimen, fikiran bercelaru, serabut..hati berbisik..

Ya Allah..npa ya aku mula rasa tak kuat nak hadapi ujian2Mu sejak akhir2 ni...



Ya tarbiah dari Allah..napa aku mcm selalu pasrah semata, tidak berasa redha dgn 'hadiah'Mu..


Bagaimana nak jadi hamba yang redha?


Selain tu?

Kadang kala terasa sendirian..tanpa sokongan..


Ya Allah, kerap sekali aku terasa sgt berat beban dakwah yang Engkau pikulkan padaku..




Allah..waktu terasa 'nazak' dalam jalan dakwah, tiada lain yang menjadi peneman setia, TEARS...


Jadi, apa yang sepatutnya aku lakukan??




InsyaAllah..terus kembali pulih dari rasa yang mengganggu jiwa..

Semoga Bermanfaat!! =)

Wednesday, January 2, 2013

Lelaki Umpama Syaitan, Wanita Umpama Nafsu



“Pelik bunyinya kan tapi itulah yang sebenarnya.. Kita takkan lari daripada dikejar syaitan dan diumpan dengan gelojak nafsu yang sangat berbahaya.. Saya bagi contoh yang mudah dikaitkan dengan perumpamaan yang saya katakan tadi.. Sekiranya sebuah ikatan perkahwinan terjalin, mesti ada suami dan isteri bukan..dah bila berkahwin akan lahirlah zuriat.. zuriat yang dilahirkan itu pula boleh jadi zuriat yang soleh ataupun zuriat yang toleh.. bla bla bla..”

Tekun mendengar tazkirah maghrib oleh seorang ustaz yang hanya kukenal suaranya yang berkumandang kuat dari menara masjid.. Pasti setiap hari Isnin, pasti gema suara beliau akan kedengaran di sekitar kampungku.. Kurasakan satu kelebihan bagi yang tinggal berdekatan masjid.. Boleh juga dapat pengisian rohani walaupun kaki tidak melangkah ke rumah Allah itu.. TAPI ini tidak bermakna tak perlu ke masjid ya..

Berbalik kepada perumpamaan ‘Lelaki umpama Syaitan, Wanita umpana Nafsu’ itu tadi.. Jangan terus degil menafikan diri setiap manusia tidak disertai dengan nafsu.. Nafsu ini tidak pernah sekali-kali mengajak kita berbuat kebaikan.. Berkongsi tugasan pulak dengan si syaitan..mengajak ke arah kemaksiatan..
Perumpamaan tersebut dijelaskan lagi ustaz dalam tazkirah maghribnya …
Pada akal waras seorang manusia, sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, akan lahirlah zuriat. Zuriat itu sifatnya harus. Mengapa harus? Hal ini kerana, boleh saja apabila perkahwinan terjadi, pasangan itu tidak dikurniakan zuriat.. Lahirnya zuriat bukan wajib ada bagi setiap pasangan.
Aku tertanya-tanya, apa kaitan syaitan, nafsu dengan kahwin plak ustaz ni.. aduhh.. susah jgk berguru secara jauh ni..kalo tak boleh tanya soalan..hehe..
Sambung ustaz lagi…
            Kalau dikaitkan dengan syaitan dan nafsu plak, bayangkan kalo syaitan (umpama lelaki) dan nafsu (umpama wanita) yang diikuti kemahuannya (perkahwinan), waktu inilah maksiat (umpama zuriat) akan terjadi.. Nafsu yang memberontak ini dinamakan nafsu lawwamah.. yakni nafsu yang tidak dapat dikawal oleh iman seseorang.. Nafsu menjadi raja bertenterakan iman.. Iman tidak dapat bersuara dan terpaksa akur terhadap kemahuan dan titah rajanya walaupun iman sedar rajanya zalim..
            Namun, sekiranya syaitan menggoda nafsu yang tenang yakni nafsu mutmainnah, kemaksiatan tidak berlaku.. Mengapa? Kerana perbalahan antara nafsu dan iman dimenangi oleh iman.. Di sini manusia berjaya menambat nafsunya dengan tali iman daripada terus memberontak.
            Jika kita sedar, mengapa golongan alim ulama dapat terus beristiqamah melakukan perbuatan yang diredhai Allah..terus dan terus beribadat..bukan menantikan apa2 balasan.. Mengapa nafsu tidak lagi memberontak? Kerana nafsu mereka sudah dilatih menjadi tentera kepada raja yang bernama ‘Iman’.. Kali ini iman yang bersuara dan bertitah, nafsu tidak dapat ingkar lagi..
            MasyaAllah..kagum..walaupun perumpamaan tu agak berat untuk aku fahami pada mulanya dan agak sensitif bila melibatkan gender, ustaz tersebut dapat mengupas dengan sgt jelas..xperlu angkat tangan tanya soalan lagi..hehe..sekadar perkongsian bersama..=)
*Ayat penulis, bukan butir bicara ustaz..maksudnya berdasarkan pemahaman penulis..