The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Monday, August 30, 2010

..Sayang Saaaayang Sayang??..

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"

"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."

"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."

"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."

*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***

"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"

"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".

*** PENONTON TERCENGANG! ***

"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"

"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."

"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"

"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???

"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"

"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??

Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?

Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.

Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?

Dah bagi kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"

*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

*** TUKAR CHANNEL BALIK ***

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."

*** BLACKOUT, TUTUP TV ***

k..cerita tamat..sumber diperoleh daripada iluvislam..kesahihannya xtau la cne..tp insyaAllah kot..ak terkesan ngan mesej yg cuba disampaikan 2.Harap2 kita termasuk dalam kalangan mereka2 yg terlindung drpd azab Allah di akhirat kelak..

p/s: Peringatan ini hanya sekadar renungan bersama.aku pun belum mampu buat apa laksanakan apa yg dianjurkan.masih tercari-cari..maaf kalo ada kekhilafan dlm berbicara..xde laen yg kuharapkan selain rahmat dan petunjukNya..

Sunday, August 29, 2010

..Jgn Tangisi Apa Yg Bukan Milikmu..

DALAM meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: "Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin."

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah SAW pun bersabda: "Ingat akan Allah adalah penawar kalbu," diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; "Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan 'kecantikan' Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

InsyaAllah..

..Cinta, Love, Hubbu, Libliu, Ai..

Cinta itu Kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa.
Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati.
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan.
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan.
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan.
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif.
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu.
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan.
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan

Friday, August 27, 2010

..Janjiku, Maafkanku Teman..

Duhai Sang Pencipta..

Semalam aku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diri-Mu
Daku telah
berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Duhai Sang Pencipta..

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadap-Mu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dari-Mu

Oh Ya Allah,

Telah kurasa seluruh nikmat-Mu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...

Oh Tuhan,

Kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

Duhai teman..

Hatiku sayu bila mengenangkan
kekhilafanku terhadap dirimu
Yang hanya mengundang kebencianmu terhadap diriku

Duhai Teman..

Bertahun kita melangkah bersama
Mengejar cita-cita buat bekalan ke sana
Dalam menjalani liku-liku hidup bersamamu
Diriku telah menyakiti hatimu
Tegurlah aku sekiranya diri ini berdosa

Duhai Teman..

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah milik-Nya
Teman, dalam berusaha kita diuji
Kita dibenci, kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin dilepaskan beban ini
Sebagai seorang da'ie

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi diri
Berpeganglah pada janji kita yang dibina
Untuk tetap bersama
Walaupun badai datang melanda

Duhai Teman..

Bukan niatku utk melukaimu
Aku hanya cuba mengubah diri
Memberi peringatan kepada diri sndiri
Agar kau dan aku sentiasa dirahmati Ilahi

Aku harap kau mengerti, Teman
Aku juga manusia biasa
Sering lalai diulit dosa noda
Lalai dalam setiap tindakanku
Alpa dalam menjaga batasan
Berilah aku teguran
Berilah aku peringatan
Agar menjadi pedoman
Buat masa akan datang

Maafkan diriku Teman..