The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Monday, April 25, 2011

Allah Is Our Aim

Assalamualaikum..=)

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Puji dan syukur hanya kupanjatkan kehadrat Yang Esa..Tiada yang laen selain diriNya..Dialah yang memiliki seluas-luasnya alam yang indah ini..

Perubahan..bukan sesuatu yang mudah dan dipandang remeh..ia memerlukan pengorbanan yang besar..ia memerlukan mujahadah untuk terus kekal istiqamah..Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dikurniakan Allah hidayah untuk berubah..syukur Ya Rabb..

One more thing dalam jihad merubah diri, perkara utama yang menjadi kemestian untuk disemak ialah niat..Adakah berubah semata-mata kerana Allah? Adakah berubah untuk ingin mendapat keredhaanNya? Adakah berubah kerana pujian makhluk?Atau adakah berubah kerana ingin menukar imej diri supaya mendapat perhatian?

Alhamdulillah sekiranya perubahan dalam diri semata-mata kerana Allah s.w.t. Namun, sekiranya selain daripada itu,beristiqfarlah..muhasabahlah diri masing-masing..Sesungguhnya niat itu ada dalam diri setiap manusia..sama seperti ikhlas, tiada yang mampu mengetahuinya selain Allah dan yang empunya diri..jauhilah diri daripada sifat riak dan takabbur..sesungguhnya ia bagaikan klorox yang mampu mengikis pahala kita..(dah la pahala pun kurang, kena kikis lagi..)

Ingatlah..sesungguhnya setiap amalan kita dinilai berdasarkan niat..sebanyak mana pun amalan seseorang hamba Allah, ia tidak akan dinilai bahkan akan dicampak ke muka seperti kain buruk di akhirat jika niatnya bukan kerana Allah..(betulkan sekiranya salah) Oleh itu sama-samalah kita mengikhlaskan semua perbuatan kita semata-mata kerana Allah..Usah risau sekiranya tidak mendapat pengiktirafan semasa makhluk, kerana sebaik-baik pengiktirafan hanyalah daripada Allah yang Maha Agung..

Akhir kalam, jom sama-sama kita upgrade iman, upgrade amalan dan upgrade diri..dan doakan semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang saling ingat mengingati dan terhindar daripada kerugian dunia dan akhirat..hamba yang sentiasa terpelihara imannya, jasadnya serta ruhnya oleh Allah s.w.t..

*Jangan risau jika rupamu tidak menawan..risaulah jika nurani tiada pengisian..jangan risau diri jarang mendapat pujian..risaulah jika akhlak murahan..jangan risau jika dirimu tiada kelebihan.. risaulah jika diri jauh dari Tuhan..

Wallahua'lam..

Sunday, April 17, 2011

Dengarlah Duhai Hati..

Assalamualaikum..=)

Feeling great to see you again my dearest readers..Thanks alot for spending ur precious time reading my entry...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda...



Siapa yang mengakui indahnya bunga?

Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman...

Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan...

Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya...

Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya...

Bukankah ini yang dinamakan iman???


Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya awan petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan tiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun... lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: 'Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.'

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia, jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.

Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki... indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia, melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Hatinya berbisik lagi 'Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku. Tapi... sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai... sedikitnya doaku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih'

Marilah kita bersama-sama berlumba-lumba untuk memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah... Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara...(pesanan buat diri sendiri dan kalian juga)

~Wallahua'lam~

Thursday, April 7, 2011

Saya Saaaaayang Kamu..

Assalamualaikum..=)

Dearest readers..

Huhhh..hembusan nafas dihela panjang..tertib..walaupun diuji dengan kesibukan yang dirasakan begitu menguji, hamdallah masih meniti di bibir..syukur atas kurniaanNya..beruntunglah mereka yg mampu memanfaatkan tiap detik yg ada dengan mengingati Murabbi..


Gambar ketika bersama rakan ber-BIG di Taman Belia, Pulau Pinang tempoh hari kutatap lama.. Kegembiraan yang terukir pada wajah-wajah mereka membuatkan aku tersenyum sendirian..dalam hatiku berbisik, 'Indahnye ukhwah itu, Ya Allah..Moga Kau kekalkannya..insyaAllah'

Aku hanya inginkan yg terbaik buat kalian sume..kwn2 yg lain juga..Tingat pada kata2 seorang sahabiah..ad dinyatakan, kalau kita sayang atau cinta seseorang, berdoalah dia bersama kita di syurga kelak..bukan setakat di dunia sahaja..dunia hanyalah umpama R&R utk kita kembali meneruskan perjalanan seterusnya..

Aku bukan seorang sahabat yg sempurna, yg mampu membuatkan wajah suram kalian bertukar gembira..But, be among all of u, makes me learn something new..bout love..bout frienship..bout happiness..thanks again and again..nothing can change my feeling towards you guys..sbb sayang lah aku tidak sanggup melihat kalian disakiti..dunia mahu pun akhirat kelak..sbb sayang jugak lah aku ingin berjumpa kalian di syurga kelak..

Moga Allah memelihara kalian, wahai sahabat2ku..xkira di mana jua kalian berada..always bear in your mind..tiap apa yg kita lakukan sentiasa berada bawah penguasaan dan penglihatan Allah..

Assalamualaikum =)