The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Wednesday, June 30, 2010

..Layakkah Aku??..

Assalamualaikum..=)

Semalam xsmpat nk update blog ni..sbb mood xbaek..huhu..Semalam ada perjumpaan kt surau.. Ptg tu aku dpt msj drpd Kak Pah..Kak Pah soh aku g surau jumpa Kak Sal..Aku cm pelik gak..napa ek..bila aku tye, Kak Pah soh g je..Mcm2 yg aku fkir..tkut pun ada gak..yela..Kak Sal kan antara akak yg pegang jwatan tertinggi dlm PAI..nervous sih..

Lpas solat, aku pun g la surau..Dlm perjumpaan tu Kak Izma ckap psal kepentingan dakwah sesama kita especially kt mktab ni..Bila Kak Izma ckap pasal dakwah zatiyyah, rasa cm nak nangis je..Dakwah zatiyyah ni lebih kpd muhasabah diri..perbaiki kekurangan diri..mksudnye sblum kita berdakwah kt org laen, kita kena la dkwah kpd diri sndiri dulu..Mudah2an Allah tlong kita berdakwah kt org laen..insyaAllah..Kalo nk lebih menghayati mksud dakway zatiyyah ni, try baca buku Travelog Haji..sgt2 menyentuh perasaan..insaf terus..Travelog Haji tu cita cmne sorg hamba Allah yg x mengamalkan cara hidup Islam walaupun dia ni sorg yg berjaya..mmg aku nk promote buku tu..sbb sgt2 memberi kesan kpd aku..

Berdakwah ni plak amat2 pnting..Kak Izma ckap, wajib or xwajib kita berdakwah tu bergantung pada keadaan..xkira la kita ni wat salah ke x wat salah ke, boleh je nk tgur org lain..dlm masa yg sama perbaiki diri..jgn la wat bnde2 mksiat..na'uzubillah..Moga2 Allah lindung..Kak Izma ada gak ckp kalo org yg mengamalkan dakwah zatiyyah dlm kehidupan dia, Allah akan lindung dia drpd buat mksiat..Contohnye..bila sorg ni tingin sgt nk g tgk wyg..Walaupun dia tau tgk wyg tu xelok, nafsu dia nk jgk..Allah akan halang dia..Mesti ada saja alasan yg akan wat dia xleh g tgk wyg..xde duit ke..xde transport ke..parents xkasi kluar ke..hebatkan dakwah zatiyyah ni..

Layak ke aku??Aku xpnah lgsung terfikir lg nk bwak usrah utk adik2 junior..crius aku ckp, XPNAH lgsung..aku rasa blom bsedia..Sblum aku bg alasan pape, Kak Izma ckap kalo nk tunggu ilmu ckup, sampai bila ilmu kita akan ckup..Nak tunggu bersedia, sampai bila kita btul2 bersedia nk bwk usrah sndiri..Mmg ada btulnye pa Kak Izma ckp tu..

Aku keliru..aku rasa berat nk terima..rasa berat jgk nk tolak..berat nk terima sbb aku rasa masih kerdil lg nk pimpin adik2..mentah2 alasan aku yg ni ditolak..yg rasa berat nk tolak plak sbb ak rasa kesian tgk mereka2 yg blum benar2 faham konsep Islam..ak pun xterkecuali sbnarnye..still mencari..insyaAllah..Moga Allah kuatkan aku mencari redhaNya..

"Ya Allah..Aku berserah segalanya padaMu..Lorongkanlah aku ke jalanMu..aku xmmpu bersendirian..Jadikanlah aku insan yg memberi, bukan semata-mata menerima..Jika Kau takdirkan ini sebagai ujian utk menguji keimananku, aku redha Ya Allah..Sekiranya ujianMu ini berat bagiku, kuatkanlah aku..aminn.."

Tuesday, June 29, 2010

..Kisah Rasulullah Dengan Pengemis Buta..

Assalamualaikum..=)

Post kali ni, aku nk kongsi cita..kisah baginda Rasulullah s.a.w..Sama2 kita ambik iktibar ye..

Bacalah artikel ini kerana ia amat menyentuh hati & perasaan. Cerita ini sering di ulang-ulang di majlis-majlis ilmu di serata dunia tetapi pengajarannya cukup bermakna untuk kita teladani.

Akhlak Rasulullah S.A.W. adalah sebaik-baik akhlak manusia di muka bumi ini. Biarlah orang mengata buruk tentang diri kita. Sesungguhnya balasan yang baik & buruk itu ada di sisi Allah S.W.T.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abu bakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abu Bakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Betapa sabarnye Rasulullah..wlaupun dihina, dicerca dengan pelbagai tohmahan, baginda tetap bersabar dan teruskan dengan amalan yang diredhai Allah..kita pun jgn la mls ye tingkatkan amal ibadat..insyaAllah termasuk dalam kalangan org yg beriman jgk..aminn =)

Wednesday, June 23, 2010

..My Greatest Dad..

Assalamualaikum..=)

Post kali ni aku nk wish Hepi Father's Day.. Maaf ye ayah, lmbat wish..mmg nk wish awal sbnarnye..pagi tu aku sje je tunggu ayah nk g keja..tunggu punya tunggu tgk2 aku tlena lak atas krusi kt dapur..huhu..ngantuk pnye psal, atas krusi pun leh tlelap..pe daa..buka2 mata adik ckp ayah x g keja..ayah mc..ayah sakit ke??

Ayah,sbnarnye Mai tau ayah sakit..dh lama aku nk tye ayah sndiri..ayah mcm xnk kami tau je..kalo abang tye, ayah ckp sakit biasa2 je..sbb tu aku xbrani nk tye..aku xnk ayah jwab bnda yg sama kt aku..ayah mmg xsuka cita kt orang len psal kesusahan, kesakitan, ujian yg Allah kurniakan..ayah sgt2 tabah..yg ni yang buat aku sgt2 hormat kt ayah..

Family kami bukan la org berada..org susah..sume serba kekurangan..tp aku rasa ckup bahagia bila dok ngan family..rsa cm sume msalah hilang..tenang bila dpt tgk mama..ayah..wlaupun kami adik beradik slalu bercakaran..haha..opps..kantoi suda..bkn bercakaran mcm anjing ngan kucing 2..bercakaran manja dowh..hehe..

Kdg2 aku segan ngan ayah..sbbnye, aku xbpe rapat sgt ngan ayah..Adik Firdaus & abang je yg rpat ngan ayah..diorang mmg sekepala..1 sbb g napa kami xrpat, aku pmpuan..kalo da pape pun aku lbih selesa cita kat mama..normal ar tu kan..Aku xrpat ngan ayah ni bukan mkna aku langsung xckap ngan ayah..ckap2 tu ckap la..kami pun kdg ngarut2 gak..ape yg kami slalu wat skali??byk gak..tgk bola..g masjid..tp aku boleh rasa la keakraban tu kurang sket..

Ayah,wlaupun kita xbpe nk rapat, Mai sgt2 menghargai ayah..kalo Mai mintak pape kt ayah, ayah xpnah ckp ayah xde duit..ayah ckp OK je..nnti ayah beli..tp aku tau time tu ayah xde duit..
Xsmpai ati nk mintak lg..Mai ngan abg dh bsar..Mai dh fhm keadaan ayah..adik je..

Ingat lg, wlaupun family kita ni slalu je diuji dugaan yg berat, mcm org dok ngata..cari pasal..ayah xngeluh pun..cool je..mama pun sama la..kalo xthan sgt mama nangis..mungkin aku ni ikut mama kot..kui3..ayah ckp, biaq la pe org nk ckp, slagi kita tau bnda yg kita wat tu btoi, truskan..sbb susah nk puaskan ati sume org..Mungkin apa yg org len pikiaq xsama ngan kita..biaq je org len..

Ayah..wlaupun Mai xpnah ckp Mai syg ayah, but realitinye Mai sgt2 sgt kt ayah..xkisah la keadaan ayah mcm mana..Seorang anak kalo berbakti kt kedua org tuanya smpai dia meninggal pun xkan dpt nk balas jasa org tuanya..I'm sorry coz I can't be a perfect daughter to u..Tq ayah sbb dh berusaha keras membesarkan kami 3 org..u're the greatest dad in my world.

My dad is very special,
He's not just a dad but a friend;
For he knows where there is a Difference,
When one should start and the other end.

He's my dad when I need real guidance,
But if I need a pal for a while,
He's right there in each situation,
Not with just concern, but a smile.

Kids need someone like that,
To help them draw that line,
Between what is right and wrong.
Sometimes the difference is hard to define.

So I'd like to thank Dad for being there,
For helping me all the way.
And to all the Dads who stand by their kids,
God bless you this Father's Day.

Monday, June 14, 2010

..Lelaki Di Akhir Zaman Ini..

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi

Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini

Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat Syahid yang sentiasa menjadi matlamat Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui Yang sentiasa bermunajat dan berzikir Sentiasa bertafakkur dan berfikir Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi Lelaki di akhir zaman ini Seperti yang kufikir.




Sunday, June 13, 2010

..Rejab Bulan Mulia..

Assalamualaikum..=)

Sabda Nabi s.a.w.:
"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."

Post kali ni aku nk kongsi ngan korang sume pasal kelebihan bulan Rejab..Actually sblum2 ni ilmu aku pasal bulan Rejab ni xdela thap master g..bru thap nak msuk diploma..haha..apakah?? =P Smlam ada sorg kwn aku anta msj psal doa bulan Rejab..Syukran sgt2..sbb dia, Allah bgi aku kekuatan utk cari info psal bulan mulia ini..Ni apa yg aku dapt..Jom la sama2 kita hayati kelebihan bulan Rejab & mulakan bulan Rejab ngan memperbanyakkan amal ibadah kpdNya..insyaAllah..

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."


Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanijan (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya Allah."

Semoga apa yg dikongsi ini dpt memberikan input & manfaat yg berguna kpd aku dan kalian sume..insyaAllah..ok?? Assalamualaikum..

Wednesday, June 9, 2010

..Sifat Orang Mukmin..

Assalamualaikum..=)
Sbnarnye skrg ni tgh boring..ttbe tergerak hati nk bca msej kt fb..da 1 msj yg wat ak tertarik nk bca..kwn KMM yg anta..msj tu psal sifat sebenar seorang mukmin..kt sni aku nak kongsi ngan korang sume psal msj tu..

1)Orang Mukmin itu:
Jika melihat, dia mengambil pelajaran;
Jika berbicara,dia berzikir ;
jika kaya, dia bersyukur;
dan Jika ditimpa musibah dia bersabar.

2)Orang Mukmin itu:
Kegembiraan orang Mukmin terlihat diwajahnya, sedangkan kesedihannya tersimpan di hatinya.
Dadanya paling lapang (sabar) dan merasa dirinya paling hina.
Dia tidak menyukai kedudukan dan membenci reputasi.
Panjang kesedihannya. Jauh pikirannya.
Banyak diamnya.Sibuk waktunya.
Banyak bersyukur dan bersahabat. Tenggelam dalam pikirannya. Berpegang teguh pada kesetiakawanan.
Mudah perangainya. Penurut.
Jiwanya lebih keras daripada batu api, sementara dia lebih (merasa) hina daripada seorang budak.

3) Orang Mukmin itu:
Hanya mempunyai 3 (tiga) waktu, yaitu :
Waktu dia bermunajat kepada Tuhannya,
Waktu mencari penghidupannya (bekerja),
dan Waktu dia menikmati kesenangan dirinya (dalam hal-hal yang dihalalkan dan baik).


(Kata-Kata Mutiara Amirul Mukminin Imam Ali ibn Abi Thalib as)

Bila aku bca msj ni, trus tfikir, kalo disukat kat mana la tahap iman aku kan..kerdilnye aku ni..rasa insaf.. Ya Allah kuatkanlah aku..aku sntiasa alpa dan lalai ngan kehidupan aku selama ni..Harap2 apa yg ak kongsi ni dpat beri kesedaran kpd kita dlm usaha memperbaiki diri ke arah yang diredhaiNya..insyaAllah..selamat menghayati ye..=)

Sunday, June 6, 2010

..Israel, nape kejam sangat ek?..

Assalamualaikum..=)
Urmm..skrg ni kalo kita perhatikan mcm2 yg dh jd kan..Dengan msalah dunianye..masalah sosialnye..masalah politiknye..xpnah surut2 bah masalah..Problem yg hangat diperkatakan skrg ni, semestinye masalah kekejaman rejim zionis terhadap aktivis2 yg membawa bantuan ke Gaza..

Actually, ak xtau langsung cita psal tentera Israel ni..Maklum la..hidup kt mktab ni kurang tgk tv..bca paper pun jarang gak..huhu..2 la kekurangan org yg malas membaca..Kt umah ni free la nk tgk tv..ak tgk tv pgi td..Selamat Pagi Malaysia..sblum2 ni xpnah pun nk tgk cita2 cmtu..hehe..Bila cita pasal Israel dikupas, ak rsa tertarik plak nak share ngan korang sume pasal kekejaman Israel tu..

Misi sukarelawan yang bertujuan menghantar bantuan ke Genting Gaza, Palestin kini tergendala angkara serangan Israel. Mavi Marmara yang membawa bertan-tan bantuan yang berupa bantuan perubatan dan makanan diserang oleh Israel di perairan antarabangsa Gaza. Masa tu, Mavi Marmara membawa lebih kurang 600 aktivis dari pelbagai negara termasuk 12 warga Malaysia.

Dalam serangan ni juga, aktivis2 yg berada dalam kapal Mavi Marmara tersebut langsung tidak bersenjata. Kejamnye Israel. Serangan ganas ni mengakibatkan banyak negara di dunia mengutuk perbuatan Israel yang jelas tidak berperikemanusiaan. Amerika dan negara2 bersekutu Israel yg laen juga mengutuk perbuatan kejam ini.

Apabila Israel terus dikecam hebat, Israel memberi alasan serangan terbabit bertujuan mempertahankan kepentingan & hak mereka. Pe bnde yang diiktiraf sebagai hak Israel pun xtau la. Benjamin Netanyahu (gambar sebelah), Perdana Menteri rejim zionis menolak kecaman antarabangsa ke atas Israel & menganggap serangan tersebut sebagai langkah mempertahankan keselamatan Israel daripada serangan peluru berpandu terhadap Yel Aviv & Yerusalem.

Tapi yang peliknye, kalo betul la orang dalam kapal armada tu nak serang Israel, diorang mesti bersenjata. Tapi, aktivis2 tu kan xbersenjata. Pe yang bahayanye aktivis2 sampai nak serang mcm tu skali. Menurut 1 sumber, semasa kapal armada mereka diserang, bendera putih diangkat tanpa menyerah. Tu pun mereka still lg diserang.. Nampak sangat alasan2 yang diberi tu hanya nak mengaburi mata dunia. Sedar la Israel. Hampa tu dah terbukti kejam!

Dah la kapal kena serang, aktivis2 dibawa ke penjara. Kat penjara tu plak, diorang x diberi makanan & tandas. Tapi syukur alhamdulillah..Setelah desakan negara2 dunia agar membebaskan tawanan mereka, Israel membebaskan aktivis2. Berdasarkan rekod, inilah kes pertama Israel membebaskan tawanan mereka dalam masa yang singkat. Sblum2 ni untuk membebaskan tawanan, Israel mengambil masa yang agak lama. Aktivis dari Malaysia kini selamat dibebaskan.

Skrg ni timbul pulak isu pasal kapal kedua yang turut membawa bantuan ke Gaza. Menurut satu sumber:

DUBLIN 5 Jun - Kempen Solidariti Palestin Ireland menyelar tindakan Israel menawan kapal Rachel Carrie sebagai 'merampas dan menculik' para penumpangnya semasa membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Badan pro-Palestin itu dalam kenyataannya berkata, untuk kali kedua dalam seminggu ini, tentera Israel memintas dan menawan kapal bantuan tidak bersenjata, menculik penumpang dan memaksa kapal ke pelabuhan Ashdod.

Operasi ketenteraan Israel itu bermula selepas subuh apabila aktivis di atas kapal memberitahu menerusi telefon kepada jawatankuasa sambutan di Gaza bahawa mereka telah dikepung oleh bot-bot rejim Zionis.

Sejurus kemudian, semua talian komunikasi kapal Rachel Carrie itu diputuskan, kata Amjad al-Shawa kepada AFP di Gaza City.

Kerajaan Ireland, yang telah meminta Israel supaya tidak berkeras dan membenarkan kapal itu sampai ke Gaza, sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan situasi, kata jurucakap Kementerian Luar di Dublin.

Israel telah berulang kali mengatakan tidak wujud krisis kemanusian di Genting Gaza dan bantuan seumpamanya tidak diperlukan, satu dakwaan yang ditolak oleh Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

"Kami akan menghentikan kapal dan juga setiap kapal lain yang cuba untuk merugikan kedaulatan Israel. Tidak ada kesempatan Rachel Corrie mencapai pantai Gaza," kata Menteri Luar Negeri rejim zionis, Avigdor Lieberman.

''Untuk mengatakan tidak wujud krisis kemanusiaan di Gaza adalah mengarut,'' kata jurucakap UNRWA, Chris Gunnes di Ashdod, sambil menambah, tahun lalu sahaja, paras kemiskinan penduduk seramai 1.5 juta di Gaza telah bertambah tiga ganda.

''Bilangan orang yang tidak mampu mencari makanan untuk diri mereka sendiri atau keluarga telah meningkat dari 100,000 kepada 300,000 tahun lalu. Sebanyak 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan asing,'' ujarnya.

Skrg ni PBB dh bersidang, tapi 1 keputusan pun blum dibuat.. Pe la nasib Gaza skrg ni.
Gaza kini bertukar menjadi penjara terbuka terbesar di dunia kerana seluruh laluan dan pintu masuk ditutup kepada pergerakan manusia. Bukan saja jalan darat, bahkan laluan laut dan udara juga ditutup menyebabkan lebih 80 peratus rakyat Gaza hidup di bawah paras kemiskinan.

Kepada semua sukarelawan yang berjihad, moga kalian selamat sentiasa. Jika gugur, syurga Allah pasti menjadi milik kalian. Kita seharusnya berbangga dengan keberanian mereka dalam misi tersebut kerana misi ini telah berjaya membuka mata masyarakat dunia akan keprihatinan negara Islam dalam membantu Palestin. Moga masyarakat dunia akan turut menghulurkan bantuan demi mengurangkan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin..insyaAllah..

"Ya Allah..Bantulah hambaMu yang sedang berjuang, berjihad di jalanMu Ya Allah..Peliharalah mereka.. Permudahkanlah urusan mereka dalam membantu mereka yang teraniaya..Aku hanya mampu berdoa mengharapkan pertolongan daripadaMu..Amin.."

Sumber:
http://palestinkini.info/?p=6457
http://utusan.com.my/utusan/info
http://www.facebook.com/pages/Kami-Mengutuk-Kekejaman-Israel-Keatas-Misi-Kemanusiaan-Untuk-Gaza

Saturday, June 5, 2010

..Kenapa Dengan Dia?..

Assalamualaikum..=)
Maaf la ye..dah bpe hari xupdate post..Maklum la sibuk sket..Skrg ni dh start cuti sem..Baru je smpai umah petang td..xsangka la plak..smpai je umah tgk mama msak byk sgt utk ak..cm nk buat knduri kawin lak..tp lmbat g kot..hehe.. TQ mama..u're the greatest mom in the world..I luv U so much..hehe

Sume kwn2 kt I4P dh balik mlm ni..rsanye dh clear kot blok Rambai..huhu..Cakap psal kwn, tingat plak kt kwn ak yg sorg ni..dh lama xcontact..ak pun xtau pe khbar die skrg ni..sihat ke..sakit ke..cmne study die..ntah la..no idea..yg ak tau skrg ni dia dh abis exam..tu pun sbb tgk kt fb dia..sedih ar bila jd cmni..

Actually ak knal dia xde la lama sgt, tp ak rsa senang kwn ngan die..Dia byk nasihat ak..ajak ak wat bnde baik..Seingat ak,kami knal pun scara xsngaja..ada la cerita di sebalik tu..segan lak nk cita kt cni..hehe..sblum2 ni msj je..2 pun jarang..start awal thun ni,agak rpat sket..then ttbe,lost contact gitu je..xtau la pe masalah die..ke masalah ak??

Nak kata ak mrh tu xdela..ak try nk fikir positif..mana tau dia bz ke..mklumla dia dak pndai..mybe bz ngan preparation exam..tp kalo bz pun, xkan xde mse lgsung nk tye khbar kwn..ak ni bukan demand sgt nk org laen ambik berat pasal diri ak..as a friend je..kdg2 rsa disisihkan pun ada gak..tp ntah la..ke dia dh xingat ak ek skrg ni..xpela..ak redha je..

Nak tau,dulu ak pnah jnji ngan dia, nk berjaya sama2..jge diri..jge iman..rasa tenang je bila fikir balik..ak still nk kekalkan perasaan syg dia sbg kwn tu..ak syg dia sbg kwn je ok..ak ngaku, ak respect dia sbb dia ada basic agama yg kukuh..lagipun dia sek agama dulu..sek agama yg terkenal kt M'sia ni..sbg kwn, ak xnk lalaikan dia..ak nk dia bjaya dunia & akhirat..insyaAllah..Moga Allah melindungi & mempermudah semua urusannye..I'll try to keep thinking positive of him..insyaAllah..

Kalo dia bce post ni,ak nk ckp kt dia~~~

Awk,1st thing, sy mintak maaf kalo sy de wat pape slh ngan awk slama kita kwn ni..sy doakan awk selamat kt mana pun awk skrg ni..Bile dh msuk U nnti, jgn terpengaruh ngan bnde2 xbaik ye..awk pun dh pnah pesan sy cmni kan..jge diri, jge iman & jge siqah awk..jgn hampakan parents awk..blaja sungguh2..sy tau awk baek..insyaAllah..selagi kita jge hak Allah, Allah akan jge hak kita kan..=)

Kdg2 kwn ni anugerah kpd kita..kdg2,diorg ni jgk akan jd ujian Allah buat kita..Ak hrap kwn2 ak skrg ni akan buatkan ak lbih dekat dengan Allah..sntiasa nasihat ak kalo ak dh terlanjur..dpt share masalah..& yg paling pnting,dpt sedarkan ak yg sntiasa leka dgn dunia ni..insyaAllah.. get to now..Assalamualaikum..=)