The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Sunday, June 6, 2010

..Israel, nape kejam sangat ek?..

Assalamualaikum..=)
Urmm..skrg ni kalo kita perhatikan mcm2 yg dh jd kan..Dengan msalah dunianye..masalah sosialnye..masalah politiknye..xpnah surut2 bah masalah..Problem yg hangat diperkatakan skrg ni, semestinye masalah kekejaman rejim zionis terhadap aktivis2 yg membawa bantuan ke Gaza..

Actually, ak xtau langsung cita psal tentera Israel ni..Maklum la..hidup kt mktab ni kurang tgk tv..bca paper pun jarang gak..huhu..2 la kekurangan org yg malas membaca..Kt umah ni free la nk tgk tv..ak tgk tv pgi td..Selamat Pagi Malaysia..sblum2 ni xpnah pun nk tgk cita2 cmtu..hehe..Bila cita pasal Israel dikupas, ak rsa tertarik plak nak share ngan korang sume pasal kekejaman Israel tu..

Misi sukarelawan yang bertujuan menghantar bantuan ke Genting Gaza, Palestin kini tergendala angkara serangan Israel. Mavi Marmara yang membawa bertan-tan bantuan yang berupa bantuan perubatan dan makanan diserang oleh Israel di perairan antarabangsa Gaza. Masa tu, Mavi Marmara membawa lebih kurang 600 aktivis dari pelbagai negara termasuk 12 warga Malaysia.

Dalam serangan ni juga, aktivis2 yg berada dalam kapal Mavi Marmara tersebut langsung tidak bersenjata. Kejamnye Israel. Serangan ganas ni mengakibatkan banyak negara di dunia mengutuk perbuatan Israel yang jelas tidak berperikemanusiaan. Amerika dan negara2 bersekutu Israel yg laen juga mengutuk perbuatan kejam ini.

Apabila Israel terus dikecam hebat, Israel memberi alasan serangan terbabit bertujuan mempertahankan kepentingan & hak mereka. Pe bnde yang diiktiraf sebagai hak Israel pun xtau la. Benjamin Netanyahu (gambar sebelah), Perdana Menteri rejim zionis menolak kecaman antarabangsa ke atas Israel & menganggap serangan tersebut sebagai langkah mempertahankan keselamatan Israel daripada serangan peluru berpandu terhadap Yel Aviv & Yerusalem.

Tapi yang peliknye, kalo betul la orang dalam kapal armada tu nak serang Israel, diorang mesti bersenjata. Tapi, aktivis2 tu kan xbersenjata. Pe yang bahayanye aktivis2 sampai nak serang mcm tu skali. Menurut 1 sumber, semasa kapal armada mereka diserang, bendera putih diangkat tanpa menyerah. Tu pun mereka still lg diserang.. Nampak sangat alasan2 yang diberi tu hanya nak mengaburi mata dunia. Sedar la Israel. Hampa tu dah terbukti kejam!

Dah la kapal kena serang, aktivis2 dibawa ke penjara. Kat penjara tu plak, diorang x diberi makanan & tandas. Tapi syukur alhamdulillah..Setelah desakan negara2 dunia agar membebaskan tawanan mereka, Israel membebaskan aktivis2. Berdasarkan rekod, inilah kes pertama Israel membebaskan tawanan mereka dalam masa yang singkat. Sblum2 ni untuk membebaskan tawanan, Israel mengambil masa yang agak lama. Aktivis dari Malaysia kini selamat dibebaskan.

Skrg ni timbul pulak isu pasal kapal kedua yang turut membawa bantuan ke Gaza. Menurut satu sumber:

DUBLIN 5 Jun - Kempen Solidariti Palestin Ireland menyelar tindakan Israel menawan kapal Rachel Carrie sebagai 'merampas dan menculik' para penumpangnya semasa membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Badan pro-Palestin itu dalam kenyataannya berkata, untuk kali kedua dalam seminggu ini, tentera Israel memintas dan menawan kapal bantuan tidak bersenjata, menculik penumpang dan memaksa kapal ke pelabuhan Ashdod.

Operasi ketenteraan Israel itu bermula selepas subuh apabila aktivis di atas kapal memberitahu menerusi telefon kepada jawatankuasa sambutan di Gaza bahawa mereka telah dikepung oleh bot-bot rejim Zionis.

Sejurus kemudian, semua talian komunikasi kapal Rachel Carrie itu diputuskan, kata Amjad al-Shawa kepada AFP di Gaza City.

Kerajaan Ireland, yang telah meminta Israel supaya tidak berkeras dan membenarkan kapal itu sampai ke Gaza, sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan situasi, kata jurucakap Kementerian Luar di Dublin.

Israel telah berulang kali mengatakan tidak wujud krisis kemanusian di Genting Gaza dan bantuan seumpamanya tidak diperlukan, satu dakwaan yang ditolak oleh Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

"Kami akan menghentikan kapal dan juga setiap kapal lain yang cuba untuk merugikan kedaulatan Israel. Tidak ada kesempatan Rachel Corrie mencapai pantai Gaza," kata Menteri Luar Negeri rejim zionis, Avigdor Lieberman.

''Untuk mengatakan tidak wujud krisis kemanusiaan di Gaza adalah mengarut,'' kata jurucakap UNRWA, Chris Gunnes di Ashdod, sambil menambah, tahun lalu sahaja, paras kemiskinan penduduk seramai 1.5 juta di Gaza telah bertambah tiga ganda.

''Bilangan orang yang tidak mampu mencari makanan untuk diri mereka sendiri atau keluarga telah meningkat dari 100,000 kepada 300,000 tahun lalu. Sebanyak 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan asing,'' ujarnya.

Skrg ni PBB dh bersidang, tapi 1 keputusan pun blum dibuat.. Pe la nasib Gaza skrg ni.
Gaza kini bertukar menjadi penjara terbuka terbesar di dunia kerana seluruh laluan dan pintu masuk ditutup kepada pergerakan manusia. Bukan saja jalan darat, bahkan laluan laut dan udara juga ditutup menyebabkan lebih 80 peratus rakyat Gaza hidup di bawah paras kemiskinan.

Kepada semua sukarelawan yang berjihad, moga kalian selamat sentiasa. Jika gugur, syurga Allah pasti menjadi milik kalian. Kita seharusnya berbangga dengan keberanian mereka dalam misi tersebut kerana misi ini telah berjaya membuka mata masyarakat dunia akan keprihatinan negara Islam dalam membantu Palestin. Moga masyarakat dunia akan turut menghulurkan bantuan demi mengurangkan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin..insyaAllah..

"Ya Allah..Bantulah hambaMu yang sedang berjuang, berjihad di jalanMu Ya Allah..Peliharalah mereka.. Permudahkanlah urusan mereka dalam membantu mereka yang teraniaya..Aku hanya mampu berdoa mengharapkan pertolongan daripadaMu..Amin.."

Sumber:
http://palestinkini.info/?p=6457
http://utusan.com.my/utusan/info
http://www.facebook.com/pages/Kami-Mengutuk-Kekejaman-Israel-Keatas-Misi-Kemanusiaan-Untuk-Gaza

No comments:

Post a Comment