The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Friday, October 14, 2011

..Seandainya Itu Yang Terbaik..

Assalamualaikum..=)

Sekadar perkongsian & renungan bersama..
Semoga menjadi pedoman terutamanya insan yang faqir ini..

“Ya Allah…
Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,
menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya
maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”

(via tersenyum-melihat-langit) /tumblr/

"Cinta kena jaga..xkan nak bagi cinta yg secondhand je kt jodoh kita..cian dia.."
Quote : rakan bakal sejawatan..

Renung-renungkan..jaga diri, jaga iman, jaga akhlak..Salamun'alaikum..=)

Wednesday, October 12, 2011

..Sangat Indah Apabila Dirasai..

Assalamualaikum..=)

Alhamdulillah..masih punya kesempatan berblogging walaupun tubuh ini sentiasa digigit kesibukan yang melampau-lampau..(hiperbola sket, hehe) First of all, I only need 4-5 minutes of ur precious time..Lets check it out!!

1.

2.
3.

U.K.H.U.W.A.H.

Senang dibicarakan..Tapi xramai yang memahaminya secara mendalam..Itulah hakikatnya..
Mungkin sebahagian yang lain sudah rasa muak apabila topik UKHUWAH ini dibincangkan..
Namun, bagi Cik Blogger, Ukhuwah itu indah..Bertambah manis apabila seseorang itu merasainya sendiri..Lagi manis sekiranya dibajai dengan ketakwaan, disirami keberkatan dan buahnya, sudah semestinya Mardhatillah..=)

Bukan mudah membina sebuah ikatan..Tambahan pula nak menyelesaikan taaruf (mu'ayasyah) yang mungkin sekali bertahun..Jauh sekali hanya dalam beberapa hari, beberapa minggu mahupun bulan..Boleh bagi salute la sekiranya kalian mampu berbuat demikian..=)

'Dah kawan lama pun, masih boleh bergaduh'

Penah alami masalah cmni? Ya..Itu mungkin akan terjadi dalam bersahabat..Untuk merasakan kemanisan ukhuwah, fahamilah dan jadikanlah segala kekurangan saudara kita sebagai sesuatu yang menjadikannya istimewa..If people widen their mind by thinking this way, I guarantee, there is no quarrel in this world..insyaAllah..

Dalam bersaudara, kita juga dapat berdakwah..Xsemestinya bersahabat sudah hampir sedekad baru perlu mengajak ke arah kebaikan bukan? Setiap perkara yang baik itu dimulakan dengan kesakitan, penderitaan..Manisnya kemudian..Memang sukar dalam jalan Allah..Pada awalnya mungkin dicerca, disindir..Tapi kesukaran itu bukanlah menjadi alasan untuk kita melupakan saham akhirat kita dengan amal ma'ruf..=)

Saat Liga' berlangsung petang tadi, diri yang faqir ilmu ini ingin menyatakan sesuatu..Namun tidak terungkap.. So, bicara dalam blog jela..hehe..Ingin mengutarakan satu persoalan sebenarnya.. Berapa ramaikah yang sanggup berkorban apa sahaja demi sahabatnya? Bak kata org, senang susah bersama..1 lgi, berapa ramaikah yang tidak mementingkan diri sendiri dalam bersaudara?Sanggup mengetepikan hal diri demi sahabat?

Bagi Cik Blogger sendiri, sekiranya ukhwah dengan seseorang itu bermasalah, ianya berlaku disebabkan kelemahan diri kita sendiri..Ramai yang begitu mementingkan diri dalam segenap hal..Tanya diri kita, dah berapa kali kita bangun malam, berdoa, bermunajat semata-mata untuk sahabat seagama kita? Pernahkah kita bertanya khabar sekiranya dia dilanda masalah? Kadang-kadang, kita hanya mengharap tetapi tidak pernah memberi..Itu yang menjadi puncanya..Remember this 'Understand before being understood'.

Pohonlah doa untuk mereka..Mintalah dalam sujud tahajud kalian agar Allah melembutkan hati sahabat-sahabat kita untuk turut sama-sama di jalan Allah..Nescaya Allah perkenankan..Doa sahabat yang tidak diketahui oleh sahabatnya yang lain insyaAllah akan dimakbulkan Pemilik sekalian Alam ini..

Buat sahabat-sahabat sekalian, ketahuilah, Uhibbukum fillah fiddunya wal akhirah..Sayangku bukan semata-mata di dunia..Ingin sekali bertemu kalian di akhirat kelak..Moga Allah merahmati kalian fi kulli makan wa kulli zaman insyaAllah.. Amin..Ya Rabbal Alamin..

Salam ukhwah =)

Friday, October 7, 2011

Lawak ke??

Assalamualaikum dear readers..=)

Letih2..arini seharian bertapak..Badan pun dh bagi isyarat 'in danger'..huhu..
Wlaupun letih, smpat lagi online skejap..Facebook..Blogging..Hati tertarik untuk baca satu artikel kt Fb..& artikel ni buatkan aku terfikir panjang..Sekadar renungan dan perkongsian..Artikel tu berbunyi......

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .


Renung-renungkan..Jaga diri, jaga iman..Wasalam..=)