The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Thursday, October 28, 2010

..Mencintai Tidak Semestinya Memiliki..











Suka sgt statement2 di atas..Mencintai xsemestinya memiliki..sebaliknya redha dan doa je ok..insyaAllah insan tersebut akan bahagia walaupun bukan dengan kita..=)

..Mahu Seperti Anak Gajah?..

Assalamualaikum..=)
Hari ni nak kongsi 1 pencarian..setelah beberapa minit ber'blog-walking', 1 persatu blog kususuri..Walaupun dlm keadaan internet yg merangkak seperti siput sedut (apakah? haha..) tetap kuteruskan jua..huhu..jom2, kita layan hasil dapatan aku..


Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itutidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.

Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah juga sering terjadi.Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.

Maka bangkitlah diri ini dan wahai seluruh umat Islam. Kita ada kekuatan, kekuatan yang sangat utuh lagi kukuh. Agama ini milik Allah S.W.T, maka apa yang perlu digentarkan. Kita bantu agamaNYA maka DIA akan bantu kita. Yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T!!


Aku suka part yg last tu..Sgt stuju!! Tp en, napa la tulisan ttbe xleh tukar sume ni..msalah problem btol la..xpela..yg penting still boleh baca kan..ambik pengajaran ye my dear readers!!

K..Salam..=)

Wednesday, October 27, 2010

..Teruknye!!..

Assalamualaikum..=)

Skrg tpat jam 4.52 pgi..tp mata aku still xleh ttup..mybe sbb td mata aku dh byk 'berehat' kot..hmm..apa nak jd la ni..dkat2 nak exam ni smakin menjadi2 lak..smakin malas nak pgang buku..mlas nak tgk exercise..aiyak!! kena berubah sebelum terlambat..

Ckap psal berubah ni..ttbe tingat psal teguran aku kt sorg sahabat..arghhh..teruknye aku!! aku pun xtau napa ttbe aku approach dia n tye psal tu..mmg sgt2 xberhikmah..rasa menyesal la plak..xnak wat dia terasa ngan aku..niat aku xnak dia terus dibuai bayu duniawi, leka, terpengaruh ngan bnde2 xelok..tu ja..DEMI ALLAH!! aku sangat menyayangi dia sbg sahabat dunia akhirat..insyaAllah..aku rasa berdosa selagi xtgur..

Maaf sgt kalo aku dh wat kamu terasa ngan aku..aku xtau cara yg baek utk tgur orang..tp aku hrap kamu fhm situasi aku..xde niat laen..

K..salam..=(

..Setiap Kali..

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah

kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang

leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan

singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini

mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Sunday, October 24, 2010

..Best Ke Jadi Wanita??..

"Best ke jadi wanita?"

Saya tersenyum.

"Tak rimas ke kena tutup rambut, kena pakai baju
longgar..bla..bla..bla.."

Saya buat muka comel.

"Perempuan ni kena bersalinla, jaga anakla, macam2 lagi.
Tak penat ke? Macam jadi hamba pulak"

Tangannya ditarik, duduk dibangku sambil wajahnya
ku tatap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Jadi perempuan ni seronok"

"Ha!! Seronok??"

Mengangguk sambil tersenyum

"Jadi perempuan ni seronok sebab banyak kemuliaan
yang Allah bagi.

1) Dalam apa-apa keadaan si ibu mesti diutamakan.
Orang menyebut 'ibubapa' bukannya 'bapaibu'.
Ha, ibu didahulukan dulu. Tidakkah
seorang wanita itu rasa dimuliakan?

2) Rasulullah S.A.W. meriwayatkan hadis bahawa
'Syurga itu dibawah tapak kaki ibu'. Bertapa martabat
seorang ibu yang juga seorang wanita sangat tinggi
hingga digambarkan syurga itu dibawah
tapak kakinya. Allah...

3) Dalam diri seorang wanita, Allah kurniakan satu
anggota yang diberikan dengan namaNya yang mulia
iaitu RAHIM (MAHA PENYAYANG). Bersyukurlah
kita padaAllah sebab Allah bagi kemuliaan ini pada
wanita bukan pada lelaki.

4) Walaupun wanita dikatakan kurang beribadat
kerana adanya 'keuzuran' namun Allah tetap
memberikanpahala kepadanya sebagaimana
seorang wanita itu solat jika dia bersabar dengan
keadaan tidak selesa yang dia alami.
Subahanallah, pemurahnya Allah."

~~~~~~~~~~~~~~~~

Dia terangguk-angguk. Senyuman tercalit
dibibirnya.

"ALHAMDULILLAH"

Sunday, October 17, 2010

..IEJ..

Assalamualaikum..=)

Hello everybody..dh lama xmenaip kan..disebabkan kemalasan ni smakin menjadi2, aku slalu men'forward'kan sja post2 yg menarik dr blog org laen..kpd blog2 yg telah di'copy-paste'kan tu, maaf la noh..hehe..

Bukan xnak update post, tp xde idea+xde mood..haa..sikalang mood dh dibina semula..huhu..(pelik la aku ni..cpt je mood berubah..) aku g daurah ngan Kak Izma..sbnarnye daurah ni just for munaqobak(kata jamak bg 'naqibah') je..tp aku ckp kt Kak Izma, xkira, nk g jgk!! hehe..akhirnya..Kak Izma bg aku g..huhuhu..Daurah kali ni diadakan di IEJ..IEJ stands for Islah Educare Junior..first time dgr nama tmpat tu, cm jauh je..tgk2 dekat je..blakang tesco extra, Gelugor..huhu..hmpa nk tau, tmpat tu comel sgt..berwarna-warni..mklumla utk budak tadika..actually, aku pun xtau sbb pa daurah wat kt ctu..

Dah g2 tu, tgk2 aku SORANG je yg paling muda..(bukan muda tu yg digarisbawahkan ok..tp nk ckp kt cni, aku sorg je xde geng!) ha!pdn muka..tp demi ilmu, sanggup aku keseorangan..perghh..ayat xleh blah..haha

Rohani aku kekenyangan bila g daurah ni..(apakah?) mcm2 perkongsian yg aku dpt..mlm first in the first slot, disampaikan oleh Kak Teh Afifah Shahira..sblum tu cop! sape yg knal ngan akak ni?? hmm..akak ni pnah msuk paper 12 Disember tahun lpas.kalo ada yg ingat tu bgus..mksudnye korg alert ngan apa yg berlaku di sekeliling korg..kpd yg xtau tu plak, 'cari sndiri' ye..'homework2'..hehehe..jgn marah ek..t pnuh ngan wrinkle..haha

K2..u-turn ke topik asal..akak ni sbnarnye sorg student Universiti Auckland, New Zealand..Beliau sudah berkahwin, namun usia perkahwinannya hanya bertahan dlm masa 3 jam sahaja..Suami beliau kembali ke Rahmatullah dlm 1 kemalangan di Kangar, Perlis..berita pasal ni penah msuk dlm paper..amat menyayat hati kan..hmm..cam ada persamaan je..xpe2..kena kuat!! xnk rambai banjir..huhu

Tajuk talk akak ni 'Cerita Cinta Kita'..


Waa..bunyik cm menarik je kan..Dlm slot yg akak ni sampaikan, aku tgk akak ni tenang je..dia terangkan psal konsep I'badurrahman yakni hamba Allah Yang Maha Pengasih..dia ckp, ujian yg dia terima tu xsebesar ujian Islam tergugat..maksudnye, setinggi mana pun dugaan Allah, nikmat yg paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam tetap dimilikinya..nak dibandingkan dengan org kafir, diorg mungkin xdiuji dgn ujian yg berat, tp Allah xbuka hati mrk utk terima hidayah Allah..hmm..

Ala..xde idea la plak nak wat ayat cne..k la..

Dadaa..Salam..=)

Friday, October 15, 2010

..Takutnye..

Hari berganti hari.
Keadaanku semakin tenat.
Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang
aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.
Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada disekeliling ku.
Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh.
Nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang, mengucap... Asyhaduallailahaillallah..." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,
manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.


"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"
Aku amati suara itu.
Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.
"Tenat" ,jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, ,jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu, datanglah.....

Tapi mataku.... semakin gelap. Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah". Abangkah yang bersuara tu?
Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah", sayup sayup kedengaran suara doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya kita akan berpisah.
Tapi ibu.... aku tidak mahu berpisah denganmu.
Tolonglah ibu, selamatkan lah daku

."Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.
Aku tahu itu suara abang tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????
Aku takut!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.
Sedetik lagi izrail datang.
Sedetik lagi malaikat maut datang.
Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi.
Aku tidak kenal sesiapa disekeliling ku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan.

Apa mereka semua sudah pekak?
Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan.
"Panas,dahaga,haus,panas........", tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?
Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
"Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.
Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi? Kenapa kau berubahlaku?
Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?
"Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami".
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".
Cahaya putih datang.
Datang kilatan hitam.
Datang sinaran kuning.
Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini?

Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".
Aku tersentak.
Roh ku berselerak didalam tubuhku.
Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun...
.Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya

. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......".
"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku"."Kau siapa wahai pemuda?". Seorang lelaki tercegat di hadapan katil ku.
Rambutnyayang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa dipedulikannya..... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas.
Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".
Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".Aku terdiam.
Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.

Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah.

Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat.
Apa yang aku harus lakukan!!!!

!Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat Kak Long dan Kak Ngah menangis.
Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air.
Air apa ini?
"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus.
Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!
Kenapa ramai orang melihat aku???
Aku malu... malu... malu... !!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.

Kapas dibubuh dicelah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini?
Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.
Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkan ku.

Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan?
Bukankah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.
Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan didalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"
Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam.
Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.

Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu
"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".
Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun....... Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar,
alam barzakh itu benar,
siratul mustaqim itu benar,
syurga dan neraka itu jua benar........"

.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan.
Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.
Terasa semakin gelap dan .....
aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.

Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

THERE IS ONE MOST IMPORTANTTHING IN DEATH....

Sebenarnya mati itu indah bagi sesiapa yang mencintaiNya..
Mengharap untuk bertemu denganNya...

Tapi mati itu seakan tembok pemisah..
antara dunia dan neraka..
bagi sesiapa yang mengingkariNya...

."SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMATTAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KEAKHIRAT."

..Berubah+Keinginan-Environment?..

Ada yang pernah mempersoalkan..
"aku tak mampu untuk jadi baik...."
"aku tak mampu untuk betul betul mengamalkan Islam secara keseluruhannya..."


bila ditanyakan alasan..
jawapannya adalah kerana...
"keadaan sekelilingku yang buat aku jadi macam ni..
jadikan aku jauh dari Tuhan...
orang-orang dulu boleh la senang jadi baik sebab ramai yang dapat tegur mereka..
korang sekolah agama ok la..
kitorang diletakkan di sekolah biasa..
sebab tu kami jadi seperti ini..."


Sepertinya apabila direnung,
di sini ramai yang menjadikan keadaan sekeliling sebagai alasan untuk mereka
tidak sepenuhnya dapat memahami Islam.
Apatah lagi mempraktikan semua yang diajar Islam.


Mungkin juga diantara kita yang menaggap environment yang akan merosakkan kita,
yang akan melemahkan kita..
tetapi mungkin juga kita lupa..


Sebenarnya untuk memahami agama bukanlah saja dipengaruhi oleh
persekitaran sahaja..
tapi sbenarnya atas DIMANA USAHA KITA...???


Adakah boleh dijadikan alasan kita di hadapan pencipta nanti
yang kita tak dapat menutup aurat sepenuhnya atau pun solat 5 waktu dengan cukup
adalah kerana aku ditempatkan dalam environment yang sangat susah untuk aku
berbuat demikian...


Sumber khas daripada: http://haqqulyaqiin.blogspot.com

Sekadar ingin berkongsi.sbb cm ada kaitan je..huhu..xde kena mengena antara yg hdup atau yg telah meninggal dunia..ok..