The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Thursday, October 28, 2010

..Mahu Seperti Anak Gajah?..

Assalamualaikum..=)
Hari ni nak kongsi 1 pencarian..setelah beberapa minit ber'blog-walking', 1 persatu blog kususuri..Walaupun dlm keadaan internet yg merangkak seperti siput sedut (apakah? haha..) tetap kuteruskan jua..huhu..jom2, kita layan hasil dapatan aku..


Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itutidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.

Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah juga sering terjadi.Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.

Maka bangkitlah diri ini dan wahai seluruh umat Islam. Kita ada kekuatan, kekuatan yang sangat utuh lagi kukuh. Agama ini milik Allah S.W.T, maka apa yang perlu digentarkan. Kita bantu agamaNYA maka DIA akan bantu kita. Yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T!!


Aku suka part yg last tu..Sgt stuju!! Tp en, napa la tulisan ttbe xleh tukar sume ni..msalah problem btol la..xpela..yg penting still boleh baca kan..ambik pengajaran ye my dear readers!!

K..Salam..=)

1 comment: