The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Sunday, August 22, 2010

..Bila Hati Kita Berzina..

Assalamualaikum..=)

Alhamdulillah..skrg emosi ni smakin stabil.. dh xingat lg pe dh jd sbelum ni..Syukran Ya Rabb.. Sbbnye dh bantu aku walaupun kdg2 tu aku alpa utk mengingatiMu.. Smalam ckap ngan rumate pasal couple..ntah mcm mana masuk plak topik zina hati.. That y aku nak share ngan korg pasal zina hati..rasanye xsume org arif psal zina yg paling halus yg menyerang remaja skrg ni tnpa kita sedaq..especially remaja Islam..hati manusia ni kan halus..rapuh..senang rasa hepi..senang gak nak rasa kecewa..ni based on my experience la..keep on reading my readers..jom kita tgk apa sebenarnye zina hati ni..

Zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membayangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Zina hati sebenaqnya bukan kita fikir pasal zina dalam khayalan kita. Tetapi bila kita xcontrol rasa cinta kita. Walaupun xberzina, kita wat perkara yang mendekati zina. Nauzubillahiminzalik..Mendalam tu mksudnye..

Zina hati ni boleh jd dlm mcm2 cara. Cthnya, tefon, ym, sms, e-mail...(yg len fikir sndiri la..) Mksud dia kt sini, kita xwat mksiat secara terang-terangan cthnye dating ke..pgang2 tangan ke..tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita..pendek cita dok ber'feeling2', rindu2, tingat bukan mahram tiap2 mlm tu sume la..

Zina hati jd bila kita tidak menjaga perhubungan kita. Xmustahil gak akan jd kalo kita sendiri yg over limit ingat pasangan yg kita cinta or org yg kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kpd zina.Perasan x, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?

ALLAH SWT berfirman,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”

(surah al-Isra:32)

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi nak buat..Tp hakikat manusia skrg ni..kalo bnde yg dilarang, lg2 dia nak wat..kalo bnde yg org suruh xnak plak..pelik la..xpyh tgk jauh2..kt mktab ni pun dh mcm2 yg jd..'Pencemaran' merata-rata..aiyak! apa mau jadi daa..


Kemusykilan: "Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat pada yg bukan mahram, itu termasuk zina hati?"

Soalan yg best ni..Islam tu sndiri kan agama yg suci..agama yg syumul..agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanye sume dh tau fact tu. Tp fitrah tu bukanlah sewenang2nya diikuti sampai boleh timbulkan fitnah. Dalam keadaan cmni, perasaan minat pd manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yg dilarang atau yg dihalalkan?


Jawapannya, perasaan minat kpd s'sorg tu bukanlah termasuk zina hati. Perasaan tu termasuk dlm fitrah manusia yg amat dihormati oleh Islam dan halal jika x secara over (contohnya sampai x makan, x minum, sampai tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Skrg ni manusia amat2 sukar diduga..ada yg sanggup berlapar nak kurus sbbnye boyfriend ckap bdn diorg gemuk..However, bagi mereka yg menjaga wara'nya ataupun amat takut taqwanya akan rosak, perkara cmni eloklah dijauhkan. Tu lebih baik utk mereka kan. Walaupun perasaan tu x haram tp boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

PERINGATAN: Baca sampai habis kerana soal perasaan ini akan di'detail'kan lagi..


Kemusykilan: "Abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?"

Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap x..

Cmni..xsalah kalo kita minat padanya..tp kalo kita terbayang2 pada minda, inilah yang ditafsirkan sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.

(rujukan: Minhajul 'Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu 'Atoillah)

Bg those yang sudahpun dilanda oleh perkara2 cmni & x dapat lagi menjauhkan diri, disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan suka or ingat kt someone tu dengan alasan tadi. Sesungguhnya, yg halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaan pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan yg xelok pada diri sendiri & manusia skeliling.

Diharapkan sume jelas ngan apa yg telah cuba dirungkaikan..kalo kita xcegah awal2, perkara cmni akan melarat..sbb kalo dh libatkan hati dan perasaan ni conform susah nak perbetulkan..aku sndiri pun cmtu gak..still dlm proses making correction..my soul..my feelings..my heart..cuma kena bersabar..Innallahama'assobirin rite?

'Perubahan xakan jd dlm sekelip mata'

I'll remember that..tengs..

Bg mereka yg bercouple tu plak, aku xsure sama ada mereka2 ni mampu nk jga hati or x..kalo pandangan, pendengaran, anggota2 bdan tu insyaAllah boleh jga sbb tu yg zahir..yg batinnye??hanya Allah shj yg tau kan..kita xboleh nak tipu Allah..apa yg kita wat sume dlm pengetahuanNya..Fikir2 la..Moga kita sume dikurniakan hidayah oleh Allah utk berubah..aminn..That's all from me today..Assalamualaikum..

2 comments:

  1. ameen.
    mudah2an kita dpt buka hati utk terima hidayah Allah..

    ReplyDelete