The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Monday, August 23, 2010

..Moga Tenang Di Sana..

ANDAIKU PERGI
By Mirwana

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu

Sunday, August 22, 2010

..Aku Merinduimu..

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

..Bila Hati Kita Berzina..

Assalamualaikum..=)

Alhamdulillah..skrg emosi ni smakin stabil.. dh xingat lg pe dh jd sbelum ni..Syukran Ya Rabb.. Sbbnye dh bantu aku walaupun kdg2 tu aku alpa utk mengingatiMu.. Smalam ckap ngan rumate pasal couple..ntah mcm mana masuk plak topik zina hati.. That y aku nak share ngan korg pasal zina hati..rasanye xsume org arif psal zina yg paling halus yg menyerang remaja skrg ni tnpa kita sedaq..especially remaja Islam..hati manusia ni kan halus..rapuh..senang rasa hepi..senang gak nak rasa kecewa..ni based on my experience la..keep on reading my readers..jom kita tgk apa sebenarnye zina hati ni..

Zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membayangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Zina hati sebenaqnya bukan kita fikir pasal zina dalam khayalan kita. Tetapi bila kita xcontrol rasa cinta kita. Walaupun xberzina, kita wat perkara yang mendekati zina. Nauzubillahiminzalik..Mendalam tu mksudnye..

Zina hati ni boleh jd dlm mcm2 cara. Cthnya, tefon, ym, sms, e-mail...(yg len fikir sndiri la..) Mksud dia kt sini, kita xwat mksiat secara terang-terangan cthnye dating ke..pgang2 tangan ke..tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita..pendek cita dok ber'feeling2', rindu2, tingat bukan mahram tiap2 mlm tu sume la..

Zina hati jd bila kita tidak menjaga perhubungan kita. Xmustahil gak akan jd kalo kita sendiri yg over limit ingat pasangan yg kita cinta or org yg kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kpd zina.Perasan x, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?

ALLAH SWT berfirman,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”

(surah al-Isra:32)

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi nak buat..Tp hakikat manusia skrg ni..kalo bnde yg dilarang, lg2 dia nak wat..kalo bnde yg org suruh xnak plak..pelik la..xpyh tgk jauh2..kt mktab ni pun dh mcm2 yg jd..'Pencemaran' merata-rata..aiyak! apa mau jadi daa..


Kemusykilan: "Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat pada yg bukan mahram, itu termasuk zina hati?"

Soalan yg best ni..Islam tu sndiri kan agama yg suci..agama yg syumul..agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanye sume dh tau fact tu. Tp fitrah tu bukanlah sewenang2nya diikuti sampai boleh timbulkan fitnah. Dalam keadaan cmni, perasaan minat pd manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yg dilarang atau yg dihalalkan?


Jawapannya, perasaan minat kpd s'sorg tu bukanlah termasuk zina hati. Perasaan tu termasuk dlm fitrah manusia yg amat dihormati oleh Islam dan halal jika x secara over (contohnya sampai x makan, x minum, sampai tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Skrg ni manusia amat2 sukar diduga..ada yg sanggup berlapar nak kurus sbbnye boyfriend ckap bdn diorg gemuk..However, bagi mereka yg menjaga wara'nya ataupun amat takut taqwanya akan rosak, perkara cmni eloklah dijauhkan. Tu lebih baik utk mereka kan. Walaupun perasaan tu x haram tp boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

PERINGATAN: Baca sampai habis kerana soal perasaan ini akan di'detail'kan lagi..


Kemusykilan: "Abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?"

Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap x..

Cmni..xsalah kalo kita minat padanya..tp kalo kita terbayang2 pada minda, inilah yang ditafsirkan sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.

(rujukan: Minhajul 'Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu 'Atoillah)

Bg those yang sudahpun dilanda oleh perkara2 cmni & x dapat lagi menjauhkan diri, disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan suka or ingat kt someone tu dengan alasan tadi. Sesungguhnya, yg halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaan pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan yg xelok pada diri sendiri & manusia skeliling.

Diharapkan sume jelas ngan apa yg telah cuba dirungkaikan..kalo kita xcegah awal2, perkara cmni akan melarat..sbb kalo dh libatkan hati dan perasaan ni conform susah nak perbetulkan..aku sndiri pun cmtu gak..still dlm proses making correction..my soul..my feelings..my heart..cuma kena bersabar..Innallahama'assobirin rite?

'Perubahan xakan jd dlm sekelip mata'

I'll remember that..tengs..

Bg mereka yg bercouple tu plak, aku xsure sama ada mereka2 ni mampu nk jga hati or x..kalo pandangan, pendengaran, anggota2 bdan tu insyaAllah boleh jga sbb tu yg zahir..yg batinnye??hanya Allah shj yg tau kan..kita xboleh nak tipu Allah..apa yg kita wat sume dlm pengetahuanNya..Fikir2 la..Moga kita sume dikurniakan hidayah oleh Allah utk berubah..aminn..That's all from me today..Assalamualaikum..

Saturday, August 21, 2010

..Ya Asdiqi Wa Sadiqaat..

Assalamualaikum..=)

Subhanallah..Alhamdulillah..Lailaha Illallah..Allahu Akhbar..syukran Ya Allah..Kau masih kurniakan aku ketenangan setelah mcm2 bnde yg ujian yg Kau kurniakan..aku sgt bersyukur Ya Rabbi..Kau masih lg 'melihat' hambaMu ini..aku xingin jd hamba yg tidak Kau peduli.. Hmm..arini dalam dok bz ngan so many things, sempat lg aku buka blog sorg sahabat ni..
tertarik ngan tajuk post tu "Wahai Sahabatku Yang Kecewa"..
nak share sket ngan korang sume..apa yg aku nk share ni sbenarnye sgt2 berkaitan ngan hidup aku..tmbah2 dalam masa skrg ni..mudah-mudahan sume sahabat2 akan terkesan ngan apa yg aku nk share ni..aminn..=)~~~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Ingatlah semua..bergantung haraplah padaNya..insyaAllah..doamu akan dimakbulkan..

Thursday, August 19, 2010

..Tu Me Manques..

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Thursday, August 12, 2010

..Ramadhan Itu Nikmat & Ujian..

Assalamualaikum..=)

Arini msuk hari yg ke-2 bulan Ramadhan..syukurnye x terhingga Allah masih menemukan aku dengan bulan mulia ni..aminn Ya Rabb..dpt lg sahur sama2 ngan kwn2..berpuasa..iftar jama'ie..cuma ngan family ja blom diberi kesempatan..sedih pun ada gak..waaaaaa..='(( yela..slalunye 1st day puasa, aku kt umah..ngan family..mama yg slalu kejut bgun sahur..ma yg akan msak..mmg la! xkan aku lak kan..huhuhu..smalam ma tefon, tye bila aku nk balik..ayah,mak long, abah, kak Midah sume tye sal aku..terharunye..ttbe rasa cm nak nangis..hukhukhuk..diorang siap sanggup ambik cuti kalo aku balik sbb nk sahur & buka puasa sama2..syukur Ya Rahman sbb dh kurniakan aku family yg cmni..Hmm..sebut je puasa mesti akan tfikir bazar Ramadhan kan..special ni..bulan2 len xde..(everybody knows that already rite...)kalo kt umah, time puasa ckap je nk mkn apa..msti ma akan sediakan..xkira la msak sndiri or msak kt kedai..hehe..ni bukan sbb aku anak mnja ke apa k..nak wat cne, mereka2 syg ak lebih..hehe..koya sebentar..

Bg aku, aku masih lg dihidupkan pada bulan ni satu ujian gak..maksudnye, Allah izinkan aku hidup lg dlm bulan Ramadhan ni, sudah tntulah Allah nak uji tahap iman hambaNya..sejauh mana usaha hamba yg lemah mcm aku ni nak meningkatkan amal ibadat..but it's not mean that in the other months, we can't imrove our amal ibadat..kan..

Kt mktab ni byk aktiviti..ngan suraunye..qiamnye..tadarusnye..sbnarnye, kalo niat nak wat ibadat or nak ubah diri saja xckup kalo xsertakan ngan usaha..skrg ni sume dh ada kt depan mata..tinggal nak tunggu kita join je..credit to my dearest friend..snggup korbankan masa kalian utk sama2 beribadat fisabilillah..luv u all..=) moga2 istiqamah walaupun bukan dlm bulan ni.. slalunye time Ramadhan je tgk sume org berlumba2 nak kejar pahala..bulan len cmne?? kan best kalo tiap2 mlm, saf-saf kt surau or masjid penuh..bila la akan jd keadaan cmtu kan..insyaAllah..1 hari nanti Allah akan bukakan pintu hati kita ke jalan yg benar..aminn..

masa kt sekolah dulu, akak2 dr universiti kt Jordan balik cuti..diorang lawat la kami2 & junior diorg kt esyad..time usrah jama'ie, Kak Sakinah cita cmne org2 kt Jordan sambut Ramadhan..nak tau, kalo kt sana, surau2 or masjid2 xpernah kosong..malah bertambah sesak sbb tiap2 hari bilangan makmum sentiasa akan bertambah..sampailah hujung Ramadhan..Umah org2 kat sana sgt dekat..kalo kt Malaysia ni lebih kurang mcm umah taman tu la..berkembar..bila waktu mlm, kalo jalan kt kawasan perumahan diorang, xde bunyi lain selain org bca Al-Quran..waaahh!! kagumnye kan..kita kt Malaysia ni cmne agak2?? time org solat tarawih kat surau, ada jugak yg melalak..psang lagu kuat2..bukan niat nak memburukkan sape2..tp itulah hakikat environment kita skrg ni..mcm2 la tingkahlaku manusia yg pelik yg kita bleh tgk..bila akak tu cita pasal Jordan, Allah saje yg tau betapa aku teringin nak g sana..nak tgk sndiri keadaan masa bulan puasa kt Jordan..moga aku diberi kesempatan..insyaAllah..

Wednesday, August 4, 2010

..Debu-debu Dosa..

Assalamualaikum..=)

Stakat ni xde byk bnde sgt jd in my life..just rutin yg sama je..bgun,mndi,smbyg,g klas, balik klas, ngadap laptop..huhu..keja still byk..tp smpat lg nk melepak kt blog ni kan..xpela..skejap je..(yeke??) yg pastinye itu tipu..huhu.. Alhamdulillah..Allah masih lg kurniakan aku masa lapang..wlaupun ada byk keja, still rasa lapang..nmpak sgt xwat keja..kantoi suda..hehe..

Dok tgh ngadap laptop ni, bukan lepak kt blog je..smbil dgr my feveret tune..nasyid..kebetulan aku tgh update sume folder yg ada dlm laptop aku ni..serabut ja byk sgt..buka la 1 folder nasyid yg agak evergreen sket..ak xtau la ni lgu lama ke or 'ter'masuk dlm folder ni..jarang ak dgr nasyid dlm folder tu..nasyid yg aku nk share ngan korg "Debu-debu Dosa"..nyanyian Hijjaz..one of my feveret kumpulan also..lirik dia pergghh..merentap kalbu menikam jiwa..eh, overstate plak..hehe..Jom kita layan..zaaazz~~~

Ke arah mana halanya

Bagi insan yang terleka

Mengejar nikmat dunia

Bagaikan hidup selamanya

Tak peduli dosa noda

Seksa azab neraka

Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia

Pentas ciptaan manusia

Terlupa pada segala

Mengikut nafsu semata

Membiar syaitan beraja

Di hati dan juga jiwa

Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri

Moga dikau akan merasai

Betapa indah nikmat Ilahi

Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti

Dunia tidak kekal abadi

Hanya menguji cekalnya hati

Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui

Andai teguh keimananmu

Pasti bahagia menanti

Di akhirat yang abadi

http://www.youtube.com/watch?v=pLt8YlDxr-s

Based on the lyric mmg dunia ni sementara ja..so jgn la lalai..hrap2 aku pun xtermasuk dlm kalangan org2 yg rugi..insyaAllah..Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari dlm 1 kuliah kt Bainun last week ada ckp, kita xpnah renungi apa yg ada dlm kehidupan kita..sebenarnye, setiap apa yg Allah jadikan sume ada mksud tersirat..sbb pe kita tdo n bgun dr tido tu pun ada mksud tersendiri..nak tau sbb pe..manusia normal msti akan tido gak selama mana dia berjaga pun kan..mksudnye kt sini, setiap kejadian Allah pasti akan menemui ajalnya..cuma xpasti bila..kalo dh tdo msti akan terjaga kan..boleh ke manusia tido selama-lamanya? msti la x kan..mksudnye kat cni, selama mana seseorang tu dah mati, dia pasti akan dihidupkan kembali.. cuma xtau bila saatnya lg..

Pesanan utk diri sndiri dan para sahabat, tingkatkan iman, kuatkan hati utk hidup di dunia ni..kalo rasa nak buat bnde xbaek, ingatlah..layakkah kita utk mengingkari Sang Murabbi??sedangkan sume milik Dia..anggota badan kita, roh kita..sumenye hanya pinjaman..mesti kena pulangkan balik suatu hari nnti..

Kalo org pinjam something dr kita, msti kita harap dia akan pulangkan bnde tu dalam keadaan asal..mksudnye xrosak..sama la jgk..xkan kita nk kembalikan hak-hak Allah yg kita dh pinjam dlm keadaan kotor ngan dosa dan maksiat yg kita dh buat masa kt atas muka BumiNya ni..renungilah wahai diri dan sahabat sekalian..bertaubatlah selagi punya waktu utk berbuat demikian..insyaAllah, Allah tu kan Maha Pengampun..

Assalamualaikum..=)