“Pelik bunyinya kan tapi
itulah yang sebenarnya.. Kita takkan lari daripada dikejar syaitan dan diumpan
dengan gelojak nafsu yang sangat berbahaya.. Saya bagi contoh yang mudah
dikaitkan dengan perumpamaan yang saya katakan tadi.. Sekiranya sebuah ikatan
perkahwinan terjalin, mesti ada suami dan isteri bukan..dah bila berkahwin akan
lahirlah zuriat.. zuriat yang dilahirkan itu pula boleh jadi zuriat yang soleh
ataupun zuriat yang toleh.. bla bla bla..”
Tekun mendengar tazkirah
maghrib oleh seorang ustaz yang hanya kukenal suaranya yang berkumandang kuat
dari menara masjid.. Pasti setiap hari Isnin, pasti gema suara beliau akan
kedengaran di sekitar kampungku.. Kurasakan satu kelebihan bagi yang tinggal
berdekatan masjid.. Boleh juga dapat pengisian rohani walaupun kaki tidak
melangkah ke rumah Allah itu.. TAPI ini tidak bermakna tak perlu ke masjid ya..
Berbalik kepada perumpamaan
‘Lelaki umpama Syaitan, Wanita umpana Nafsu’ itu tadi.. Jangan terus degil
menafikan diri setiap manusia tidak disertai dengan nafsu.. Nafsu ini tidak
pernah sekali-kali mengajak kita berbuat kebaikan.. Berkongsi tugasan pulak
dengan si syaitan..mengajak ke arah kemaksiatan..
Perumpamaan
tersebut dijelaskan lagi ustaz dalam tazkirah maghribnya …
Pada akal waras seorang
manusia, sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, akan
lahirlah zuriat. Zuriat itu sifatnya harus. Mengapa harus? Hal ini kerana,
boleh saja apabila perkahwinan terjadi, pasangan itu tidak dikurniakan zuriat..
Lahirnya zuriat bukan wajib ada bagi setiap pasangan.
Aku tertanya-tanya, apa
kaitan syaitan, nafsu dengan kahwin plak ustaz ni.. aduhh.. susah jgk berguru
secara jauh ni..kalo tak boleh tanya soalan..hehe..
Sambung
ustaz lagi…
Kalau dikaitkan dengan syaitan dan
nafsu plak, bayangkan kalo syaitan (umpama lelaki) dan nafsu (umpama wanita)
yang diikuti kemahuannya (perkahwinan), waktu inilah maksiat (umpama zuriat)
akan terjadi.. Nafsu yang memberontak ini dinamakan nafsu lawwamah.. yakni
nafsu yang tidak dapat dikawal oleh iman seseorang.. Nafsu menjadi raja
bertenterakan iman.. Iman tidak dapat bersuara dan terpaksa akur terhadap
kemahuan dan titah rajanya walaupun iman sedar rajanya zalim..
Namun, sekiranya syaitan menggoda
nafsu yang tenang yakni nafsu mutmainnah, kemaksiatan tidak berlaku.. Mengapa?
Kerana perbalahan antara nafsu dan iman dimenangi oleh iman.. Di sini manusia
berjaya menambat nafsunya dengan tali iman daripada terus memberontak.
Jika kita sedar, mengapa golongan
alim ulama dapat terus beristiqamah melakukan perbuatan yang diredhai
Allah..terus dan terus beribadat..bukan menantikan apa2 balasan.. Mengapa nafsu
tidak lagi memberontak? Kerana nafsu mereka sudah dilatih menjadi tentera
kepada raja yang bernama ‘Iman’.. Kali ini iman yang bersuara dan bertitah,
nafsu tidak dapat ingkar lagi..
MasyaAllah..kagum..walaupun
perumpamaan tu agak berat untuk aku fahami pada mulanya dan agak sensitif bila
melibatkan gender, ustaz tersebut dapat mengupas dengan sgt jelas..xperlu
angkat tangan tanya soalan lagi..hehe..sekadar perkongsian bersama..=)
*Ayat
penulis, bukan butir bicara ustaz..maksudnya berdasarkan pemahaman penulis..