The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Tuesday, May 17, 2011

..Put A Distance From Me, Pleaseee..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..Bingkisan ini hanya sebagai ingatan buat kebaikan kalian dan untuk diri ana juga..

Jauhilah ana...sebab ana tidak mampu menjaga diri sebaik mungkin apabila didekati ajnabi..Ana tidak pasti akan dapat menjaga hati ini daripada hasutan syaitan..hasutan yang sentiasa membawa ke arah kehancuran..

Jauhilah ana...sebab ana tidak sanggup diazab di akhirat kelak..ana tidak mampu menanggung azab itu walaupun sedikit..disebabkan hati ana dikotori dengan perasaan cinta yang bukan kerana Allah..

Jauhilah ana...Sebab ana tidak mahu ada yang mendapat dosa lantaran fitnah.. daripada mata yang memerhati, lidah yang mencerca kerana kesalahan yang ana lakukan..kerana ana didekati lelaki ajnabi walaupun niatnya hanya ingin berkawan..kasihanilah mereka..

Jauhilah ana...sebab ana malu setiap anggota tubuh ini akan menyuarakan kemaksiatan yang telah ana lakukan..ana malu dosa itu ditayangkan kembali di hadapan seluruh isi alam..masyaAllah..

Jauhilah ana...sebab ana tidak kuat dalam bermujahadah kepada Allah..ana hanya inginkan cinta daripadaNya..ana inginkan ikhlaskan niat semata-mata keranaNya..bantulah ana dengan menjauhi diri ini..

Jauhilah ana...sebab ana tidak mahu hati ini diserang rindu kepada yang haram bagi ana..ketahuilah, hati muslimat itu sangat lembut, mudah tersentuh oleh keprihatinan dan kasih sayang yang diberikan..ana hanya harapkan kasih sayang itu daripada Allah dan lahir daripada ikatan yang suci..

Jauhilah ana...sebab iman ana tidak seteguh Khadijah..iman ana tidak secantik Zulaikha..malah tidak setanding Rabiatul Adawiyah..ana tidak mahu iman yang nipis itu dicarik-carik lagi oleh nafsu liar yang meronta-ronta..

Jauhilah ana...sebab ini mungkin ujian daripada Allah untuk kita..bagaimana sekiranya ujian sebegini pun tidak mampu ana tepis..ana tidak kuat..bantulah ana..

Kadang-kadang, tanpa disedari setiap perbuatan yang membuatkan kita selesa itu merupakan ujian daripada Allah..dalam keselesaan itu, terselit kemurkaan Allah jika kita tidak segera menjauhinya..Diri ini tidak kebal dengan ujian..belum cukup ampuh untuk digugat dengan segala perkara batil..kadang-kadang tumpas sebelum berjuang..

Dalam jalan ini mardhatillah yang dikejar..biarlah syariat menjadi kepala..bukan nafsu yang menjadi pengemudinya..tiada kemanisan sekiranya tiada pengorbanan..biarlah tarbiyah mengajar..agar peribadi yang dibina sentiasa mekar di jalan Allah..

Ingatan tulus ikhlas.. Assalamualaikum..=)

2 comments: