The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Thursday, September 2, 2010

..الرجل المثالي..

Lelaki Idaman..

Seorang lelaki yg kuidamkan ialah seorang yg buta, bisu, bakhil dan papa..

Biarlah dia seorang yg buta..
Buta kerana matanya sunyi drpd melihat perkara2 maksiat dan lagha..
Kerana matanya terpelihara drpd memandang wanita ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam yg laen..

Biarlah dia seorang yang bisu..
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncangkan keimanan..
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracunkan fikiran..
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan..
Asalkan lidahnya xpernah lekang daripada membaca Al-Quran..
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..
Dan lantang menyuarakan kebenaran..

Lelaki yang kuidamkan ialah seorang yang bakhil..
Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya..
Bakhil dalam meluangkan masa berjanji temu dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yg xsepatutnya..
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya..
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran..

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH..
Kembali megah di muka bumi ini..

Lelaki yang kuidamkan ialah seorang yang papa..
Papa dalam melakukan maksiat..
Papa dalam ilmu yang xberfaedah dan bermanfaat..
Papa memiliki sifat mazmumah..
Tapi dia cukup kaya dalam ilmu pengetahuan agamanya..
Dia begitu kaya memiliki ketinggian dan budi pekerti yg mulia..
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
Seorang yang kaya dalam membina jati diri..
Dia hanya menginginkan syuhada..
Yang syahid di jalan Maha Esa..

Persoalannya..

Masih adakah lelaki yang kuidamkan itu??insyaAllah..masih ramai lelaki soleh atas muka bumi ni kan..aminn=)

No comments:

Post a Comment