The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Sunday, October 24, 2010

..Best Ke Jadi Wanita??..

"Best ke jadi wanita?"

Saya tersenyum.

"Tak rimas ke kena tutup rambut, kena pakai baju
longgar..bla..bla..bla.."

Saya buat muka comel.

"Perempuan ni kena bersalinla, jaga anakla, macam2 lagi.
Tak penat ke? Macam jadi hamba pulak"

Tangannya ditarik, duduk dibangku sambil wajahnya
ku tatap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Jadi perempuan ni seronok"

"Ha!! Seronok??"

Mengangguk sambil tersenyum

"Jadi perempuan ni seronok sebab banyak kemuliaan
yang Allah bagi.

1) Dalam apa-apa keadaan si ibu mesti diutamakan.
Orang menyebut 'ibubapa' bukannya 'bapaibu'.
Ha, ibu didahulukan dulu. Tidakkah
seorang wanita itu rasa dimuliakan?

2) Rasulullah S.A.W. meriwayatkan hadis bahawa
'Syurga itu dibawah tapak kaki ibu'. Bertapa martabat
seorang ibu yang juga seorang wanita sangat tinggi
hingga digambarkan syurga itu dibawah
tapak kakinya. Allah...

3) Dalam diri seorang wanita, Allah kurniakan satu
anggota yang diberikan dengan namaNya yang mulia
iaitu RAHIM (MAHA PENYAYANG). Bersyukurlah
kita padaAllah sebab Allah bagi kemuliaan ini pada
wanita bukan pada lelaki.

4) Walaupun wanita dikatakan kurang beribadat
kerana adanya 'keuzuran' namun Allah tetap
memberikanpahala kepadanya sebagaimana
seorang wanita itu solat jika dia bersabar dengan
keadaan tidak selesa yang dia alami.
Subahanallah, pemurahnya Allah."

~~~~~~~~~~~~~~~~

Dia terangguk-angguk. Senyuman tercalit
dibibirnya.

"ALHAMDULILLAH"

3 comments: