The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Monday, February 21, 2011

Solehah ke Aku?

Solehahkah aku??
Andai solat yang 5 juga masih lagi tidak kukuh,
Masih lagi tidak tepat pada waktunya,
Liat untuk berjemaah pula...

Solehahkah aku??
Andai al-Quran masih lagi jarang dihadam,
Lebih banyak menghadap Facebook berbanding al-Quran,
Majalah yang sia-sia masih jadi tatapan saat kebosanan...

Solehahkah aku??
Andai mulut ini masih lagi tidak berzikir padaNya,
Lebih banyak mengumpat dan mencaci orang disekeliling,
Berbicara tanpa adab sopan..

Solehahkah aku??
Andai auratku masih lagi dipamerkan pada mereka yang tidak berhak,
Menjadi tatapan pada lelaki ajnabi,
Mengikut fesyen barat yang kian hilang muslimahnya...

Solehahkah aku??
Andai membiarkan umat Islam yang lain hidup dalam kesengsaraan,
Malah jarang sekali mengambil tahu issu ummah,
Hanya sibuk mengejar keperluan sendiri...

Solehahkah aku??
Andai tidak sabar dalam menghadapi mehnah,
Banyak pula merungut dengan takdir Allah,
Merasakan bahawa Allah tidak kasihan padaku...

Solehahkah aku??
Andai diri ini tidak taat pada orang-orang tuaku,
Menanyakan khabar mereka apatah lagi tika berjauhan,
Sibuk melayan kekasih hati hingga kredit kehabisan...

Solehahkah aku??
Andai tugas untuk membela agama malas untuk melaksanakannya,
Tetapi boleh sahaja menontong wayang dan berhibur tanpa batas,
Mengikut kawan menuju kebinasaan,meninggalkan jemaah da'wah terkapai-kapai...

Solehahkah aku??
Andai hati tidak tertaut dengan majlis ilmu,
Mendabik dada dengan ilmu yang cetek dan sesat,
Bukankah majlis ilmu merupakan taman-taman syurga di dunia...


Renung2kan wahai sahabat sekalian..=)

3 comments: