The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Thursday, May 13, 2010

Bantulah Aku Ya Allah..

Bismilahirrahmanirrahim..

Exam datang lagi untuk sem ni.. Setelah mcm2 yang dilalui selama lebih kurang 5 bulan dlm tahun 2010 ni, tibalah saat penentuannya. Frankly, aku belum sedia lagi nak ambik exam. Sekarang ni pun belum habis lagi revise. Ada lagi yang perlu aku study. Nak kongsi something. Dua hari lepas mama ada bagi aku satu buku. Sekarang baru abis baca. Orang time exam baca buku yang nak masuk exam, aku plak dok menelaah buku motivasi.hehe.. Bukan apa, juz nak dapatkan semangat nak study. Tajuk buku tu, 'Peperangan Sebagai Seorang Remaja Islam'. Sangat menarik.. Apa yang terkandung dalam buku tu......

Sesungguhnya, Imam Al-Ghazali menjelaskan, ada tiga perkara yang apabila diberikan kepada pemuda, sesungguhnya ia sudah memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat iaitu hati yang sentiasa bersyukur, lidahnya sentiasa berzikir dan dirinya sentiasa bersabar menghadapi ujian.

Peperiksaan sebenarnya bukan hanya ujian untuk menentukan tahap pemahaman seseorang pelajar. Bahkan merupakan ujian daripada Allah. Tujuannya adalah supaya kita bersabar dan terus memohon pertolongan daripadaNya. Kita selalu merungut akan sesuatu ujian yang menimpa kita. Siapalah kita untuk mempertikaikan apa yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.

Bila baca kat part ni, tetiba rasa tersentuh dan hina sangat di sisiNya. Selama ni aku selalu gak merungut bila hadapi saat2 yang sukar. Selalu je xsabar walaupun pada hakikatnya aku tau ujian tu sume ada hikmahnya. Sebab Allah sayangkan hambaNya. Nak nangis..=( xpe2..kita sambung lagi.......


Matlamat sebuah kehidupan bagi manusia kepada Penciptanya..

Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Dalam solat kita berulang-ulang kali membacakan ayat ini. Tapi tahukah apa yang terkandung dalam ayat ini?? Sekiranya inginkan solat yang khusyuk, hafallah maksud ayat ini. Ayat ini merupakan janji kita dengan Allah.. 'Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam'. Seharusnya setiap perkara yang kita lakukan hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas semata2 mencari redhaNya. Apa kaitannya dengan peperiksaan?? Sama seperti exam. Tujuan kita mencari ilmu adalah untuk mendekatkan diri denganNya. Jika kita mengulangkaji dengan ikhlas kerana Allah, insyaAllah ilmu akan mudah diterima. Jangan belajar semata2 untuk menghadapi peperiksaan. Betulkan niat kita yang sebenar. Adakah usaha kita dalam mencari ilmu Allah selama ini hanya untuk menjawab peperiksaan?? Sedangkan Allah menggalakkan hambaNya menjadi orang yang berilmu..


Selain ulangkaji, kita juga perlu bertawakal kepada Allah. Hanya Dialah yang berhak menentukan segalanya di atas muka bumi ini. Cakap pasal tawakal ni teringat pulak kat tokoh pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Mohd Kamal. Pernah dengar cerita pasal Nik Madihah yang memperoleh 20A dalam SPM? Tentang rahsia kejayaannya?? Kepada pelajar, xkira la sekolah menengah, pelajar universiti.. Sama2 la kita ambil teladan daripada kisah Nik Madihah ni..

Solat tengah malam, menghafal al-Quran, amalan puasa sunat Isnin dan Khamis, membanyakkan ibadah sunat, menjauhkan diri daripada riak, menggabungkan sistem pendidikan duniawi dan ukhrawi serta reda dengan ujian Allah, itulah rahsia kejayaannya. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, bukanlah halangannya untuk berjaya. Hal ini telah membuktikan Allah itu Maha Adil. Dia memberi kepada sesiapa yang meminta tanpa mengira keadaan hambaNya.

"Saya cuma manusia biasa yang sama dengan adik-adik, tiada apa keistimewaan pun pada diri saya tetapi untuk berjaya dalam hidup saya berpegang pada prinsip jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia."

Maksud jaga hubungan dengan Allah adalah menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, sebagai hamba kita wajib menunaikan solat 5 waktu dan menunaikan segala perintah Allah Taala, jelasnya.

Pelajar cemerlang negara itu turut mengingatkan adik-adik bahawa segala apa yang kita ada adalah merupakan nikmat daripada Allah taala yang dikurniakan kepada kita termasuklah nyawa dan harta benda. Oleh itu katanya, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan kerana Allah berhak mengambil semula pada bila-bila masa jika kita ingkar pada perintahNya.

Dari segi menjaga hubungan dengan manusia, kita hendaklah taat kepada kedua ibubapa yang bekerja siang malam mencari nafkah membesarkan kita, guru-guru yang sentiasa memberi ilmu dan tunjuk ajar serta kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.

"Jika kita mahu berjaya, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan manusia sekeliling kita," ujar beliau lagi.

Semoga apa yang dikongsi kali ini akan menjadikan kita seorang yang tabah menerima dugaan Allah seterusnya sentiasa berusaha menimba ilmu Allah yang tiada penghujungnya ini.Kepada semua calon2 yang akan menduduki peperiksaan, selamat berjaya!! Usaha, doa dan tawakal...insyaAllah, anda akan memperoleh kejayaan dunia dan di akhirat..=)

2 comments: