The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Wednesday, May 12, 2010

Betapa Mulianya Seorang Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan dalam Islam. Antaranya:

1) "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

2) "Orang yang paling baik antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik antara kamu kepada isi rumahku." Demikianlah hadis Nabi yang menyatakan tentang kelebihan berbuat baik kepada golongan yang bergelar wanita, terutamanya kepada kaum kerabat sendiri. Tidakkah berasa bertuah bergelar wanita dalam Islam? Kehidupannya tidak akan dibiarkan keseorangan tanpa kasih sayang bagi mereka yang memahami keistimewaan wanita. Bukan hanya digelar kaum yang lemah dan sentiasa ditindas.

3) "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

4) "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

5) "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Oleh itu, sebagai renungan bersama, hargailah insan yang bergelar wanita sama ada ibu,kakak, adik atau saudara seIslam kita kerana pada mereka terdapat pahala yang menanti. Janganlah hanya memandang kekurangan seorang wanita, sebaliknya pandanglah kelebihan dan keimanan seseorang wanita sebagai hiasan dunia ini.

No comments:

Post a Comment