The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Thursday, May 13, 2010

..Nasihat Yang Berguna..

Assalamualaikum..
Untuk hari ni, xtau la apa yang aku rasa sebenarnye.. Sedih + terharu + hina..
Nak tau, arini salah seorang rakan kelasku memberi teguran yang sangat menusuk kalbu.. Actually teguran ni bukan ditujukan khas untuk aku je.. Untuk sume dak2 kelas yang seramai 19 (kecuali Nabil).. Aku rasa terharu sebab masih ada lagi Muslimin yang berani menegur kawan2 beliau & Muslimat secara terbuka.. Jarang sekali nak jumpa Muslimin cam Aizuddin.. Aku respect sangat ngan beliau.. Dah2.. point kat sini bukan nak cita pasal Aizuddin.. terlebih lak..huhu..sambung2..

Tadi masa kat kelas, tetiba je Aizuddin bersuara.. Dengan niat yang baik, beliau menegur pergaulan antara kami semua.. Muslimin dengan Muslimin.. Muslimat Align Centerdengan Muslimat.. & pergaulan antara Muslimin dengan Muslimat..yang ni penting ni..

Sebenarnya, dah lama aku detect cara pergaulan dak2 kelas aku yang boleh dikatakan agak over di situ.. Aku pun termasuk skali la.. Teringat plak kata2 ustazah masa kt Irsyad dulu.alaupun seseorang tu ada ilmu tentang batas2 pergaulan antara Muslimin dan Muslimat, xsemestinya dia akan sentiasa menjaga batas2 pergaulan yang telah ditetapkan dalam Islam. Kalau boleh, aku xnak jadi manusia yang hanya mampu berbicara, tetapi tidak pernah mengamalkannya.Sebab orang yang tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki lebih buruk dari orang bodoh. Ia mendapat murka Allah di dunia dan mendapat siksaan dari-Nya di akhirat. Bahkan, ia akan mendapat siksa yang berat dan termasuk orang yang pertama kali merasakan azab neraka. Nauzibillah.. Moga2 kita xtermasuk dalam kalangan manusia yang rugi di dunia & akhirat.. InsyaAllah..

Berbalik kepada cita dak2 kelas aku tu.. Aku insaf bila dengar kata2 Din. Sesungguhnya dengan merobohkan benteng2 pergaulan antara Muslimin dan Muslimat, mudah la bagi syaitan memasukkan jarum2nya untuk melemahkan anak Adam.. Rasa berdosa..=( Mama, Mai mintak maaf sgt2 sebab dah lalai pesan ma..xmenjaga batas pergaulan..Mai dah kianati kepercayaan ma.. Kepada Din, syukran kerana telah menyedarkan insan yang leka dan sentiasa hanyut dibuai godaan dunia ini..

Imam Thabrani meriwayatkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tidak ada ibadah kepada Allah yang lebih utama dari kefahaman agama. Sesungguhnya seorang yang mendalam ilmu agamanya (fakih) lebih susah untuk diperdayakan syaitan berbanding seribu orang ahli ibadah..."

Tapi napa masih ramai antara kita yang sukar menjaga syariat pergaulan antara sesama rakan?? Termasuklah insan yang hina ini.. Ya Allah..janganlah jadikan ujian ini istidraj kepada aku dan rakan2 yang lain jauh daripada jalanMu.. Kepada Engkau kami memohon Ya Allah.. Betapa hinanya diri aku jika nak dibandingkan dengan orang lain. Rasa kerdil sangat2. Moga2 kita sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan diri agar tidak berterusan dibelenggu dosa.

Tadi Din ada gak cakap pasal cara2 untuk mendapatkan Mahabbah Allah dan Rasulullah s.a.w. MENUNAIKAN YANG FARDU & MEMPERBANYAKKAN AMALAN SUNNAT. Dua amalan ini cukup untuk kita mendapatkan MahabbahNya. Ini tidak bermakna sekiranya kita xmelakukan amalan sunnat,kita tidak dikasihiNya. Sesungguhnya kita sedia maklum kasih sayang Allah kepada hambaNya tiada penghujung. Cuma kita saja yang selalu hanyut dengan dunia kita sendiri tanpa memikirkan Pencipta.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)

Antara perkara sunnat yang selalu dilakukan Rasulullah:

1) Siti Aisyah RA pernah bertanya kepada Nabi SAW : “Ya Rasulullah !. Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk surga tanpa hisab ?”. Beliau menjawab : “Ada. Yaitu orang yang mengingat dosanya lalu dia menangis”. Karena itu Umul Mukminin itu pernah berkata : “Beruntunglah orang yang mendapati istigfar yang banyak dalam catatan amalnya”.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membanyakkan istighfar nescaya dijadikan Allah baginya kelapangan dari tiap-tiap kesusahan dan jalan keluar dari tia-tiap kesempitan dan dianugerahkan rezeki dari jalan yang tidak diduganya ” ( HR. Abu Daud, An Nasai, Ibnu Majah dan Al Hakim)

2)Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa)

Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.
Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:

"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang soleh, mendekatkan kamu kepada Tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat." (Hr Hakim)

Sebab apa kita tidak mampu bangun untuk solat malam?

Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tidur malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:

"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua-dua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:

"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullail; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang
kamu lakukan."

3)عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Maksud: Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

Telah berpuasa Rasulullah s.a.w. sehingga kami mengatakan bahawa beliau tidak pernah berbuka, dan beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa. Kemudian aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.

Ibadat puasa juga secara tidak langsung dapat menyihatkan badan dan mendapat ganjaran pahala yang xterhitung di sisiNya.

Setakat ini dulu bingkisan yang ingin aku kongsi dengan kalian semua.
Semoga perkongsian kali ini akan membawa kita dekat dengan Mahabbah Allah yang x ternilai harganya dan x mampu diucap dengan kata2.. Sama2lah kita bermuhasabah diri serta memperbanyakkan amalan sunnat di samping amalan fardu yang wajib kita kerjakan dalam kehidupan kita seharian sebagai seorang hambaNya..InsyaAllah..

2 comments:

  1. sama2 la kita usaha mjaga batas pergaulan & perbanyakkan amalan sunat ye..=)

    ReplyDelete