The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts

Monday, May 24, 2010

..Cintaku Untuk Siapa?..

Ya Allah..Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimin..Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana..Jika aku jatuh hati, Kau jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku pada jalanMu..
Ya Rabbul Izzati..Jika aku merasa nikmat rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindukan syahid di jalanMu..
Ya Allah..Jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malamMu..
Ya Allah..Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku bertatih & terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah..Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas hingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu..

Sesungguhnya aku hambaMu yang xdapat lari drpd semua godaan di usia remaja. Tp insyaAllah setakat ni aku masih dapat kawal perasaan. Bantulah aku Ya Rabb. Tolonglah aku. Aku masih mengejar cinta milikMu Ya Rasyid. Aku xnk cinta yang aku kejar ini diracuni cinta berlandaskan nafsu. Aku sedar cinta sememangnya indah. Tuntunlah aku ke arah cinta yang Kau redhai Ya Rahim. Xde lain yang mampu aku lakukan selain berserah segalanya kepadaMu..

Indah kan kata2 ni. Kata2 ni petik dalam 1 buku bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'. Buku ni banyak cita psal cinta remaja yang xdikawal. Berdasarkan pengalaman seorang novelis iaitu Fatimah Syarha Mohd Nordin, beliau menceritakan betapa indahnya perkahwinan tanpa didahului dengan percintaan. Agak teruja baca cita pasal beliau ni.. Bkn apa, juz sbb islamik.. 2 je..


Kalau tanya sapa2 pun pasal jodoh, mesti akan cakap nak yang beriman, bertanggungjawab, penyanyang... Tapi nak dpt jdoh yg cmtu, kita kena start dulu perbaiki diri. Dah dicatatkan seungkap nama pasangan hidup kita di Luh Mahfuz. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita. Sekiranya kita berada di jalan yang diredhai, insyaAllah dia pun turut di jalan yang sama.

Sorang sahabat aku penah cakap, "Jangan risau la sapa pun jodoh kita.. Xperlu la nak risau akan kehilangan seseorang.. Kalo betul org tu milik kita, xperlu takut.. Selagi kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.." Walaupun hanya sebaris kata2, cukup utk buat aku insaf. Syukran awak dengan kata-kata ni..Sampai sekarang saya masih pegang kata2 ni..insyaAllah..harap awak pun cmtu jgak..=)

Selalulah tanya diri sendiri, cinta kita setakat ni dah cukup mantap ke kpd Allah kalau kita nak alihkan cinta kita kat makhluk yang Allah ciptakan? Aku penah dengar satu kisah. Xingat la zaman bila. Ada seorang wanita yang xkahwin. Bila ditanya nape, wanita tu cakap, dia xnak cinta dia kt Allah menjadi sedikit lantaran dibahagikan dengan bakal suaminya. Sampai mcm tu sekali dia menjaga cintanya kpd Allah. Kita ni plak cne? Mcm tu jgk ke? Sedar la sblum terlewat. Cinta sesama manusia xkan ke mana kalau xdpt redha Allah.. Harap2 semua sahabat2 dpt mesej yg cuba disampaikan.. Akhir kata, assalamualaikum=)

2 comments:

  1. alhamdulillah...
    thanks 4 this sharing.
    hope our life line will always towards Him..;)

    ReplyDelete